Door To Door Delivery..Sementara Stock Masih Ada!!!

Saya ada nak let go..more than 70 pcs novel yang condition tip top ..macam baru..(bagi customer2 yang pernah beli novel dengan saya..so far puas hati dengan kualiti novelnya)..Saya akan buat door to door sales sekitar lembah klang....Bagi yang berminat nak pilih sendiri novel2 yang saya nak let go..boleh bagi saya :

(1) Nama, Alamat, Hp no..saya akan call anda untuk setkan appoinment dengan anda

(2) Boleh contact saya:
Email: norazlinayusof@gmail.com
HP: 012-6110140
BBM PIN: 233E6C75

Tawaran terhad sementara stock masih ada...saya yang akan bawa stock2 novel ke tempat anda....

Promo: Bawah Pohon Sena: Nisyah

Kata mama, cinta itu pelik. Cinta akan hadir tanpa kita duga.
Memang betullah cinta itu pelik. Cinta takkan pernah hadir jika tiada izin daripada-Nya.
Tiga tahun Lili cuba membina istana kasihnya bersama Harith, namun takdir menentukan sebaliknya. Lantas dia pergi mengundurkan diri mencari tenang di lorong belakang Pasar Seni. Di situ dia bertemu dengan Gibran, si pemuzik jalanan yang mengubat hatinya dengan Ghazal Asmara.
Baca bab awal
Hati Lili baru sahaja ingin sembuh dengan kehadiran Gibran. Namun dia diuji lagi dengan permintaan Suraya untuk menjadi ibu kepada Puteri Diyana. Dia rela atas dasar simpatinya pada seorang teman. Lalu Gibran ditinggalkannya tanpa sebarang ucapan.

Gibran, ibaratkanlah dia seperti bumerang...
Tapi, kalau dia jadi bumerang sesat?

Harith cuba untuk meraih kembali cinta Lili namun hati Lili telah dibawa jauh ke Norway. Benarkah dia akan menemukan impiannya di sana? Atau bahagia itu menantinya di sini.

Promo: Dapur Wawa : Ika Madera

Semua orang suruh kahwin dan Wawa tidak pernah peduli. Wawa sudah penat bercinta, mencari, mengejar dan lebih suka bercinta dengan buku sahaja. Hinggalah bonda dan Kak Pah serahkan padanya fail ‘Encik Abu’.
“Apa ni?” Fail biru dengan kod 100789 terletak di hadapan Wawa.
“Ini fail klien Kak Pah. Cuba Wawa lihat.” Jawab Kak Pah.


Baca bab awal
Dalam fail itu, tertera biodata bujang trang tang tang ‘Encik Abu’ Abdullah, yang bonda yakin sangat-sangat, secocok dengan Wawa. Haah? Drebar mahu dicalonkan dengan Wawa, pekerja kelas atasan? Hesy, bonda! Tak sesuai langsung!
Tapi, jodoh itu di tangan Tuhan. Biarpun pada mulanya Wawa menolak, ternyata ‘Encik Abu’ itu jodohnya. Masalahnya, Wawa ni jarang sekali masuk ke dapur! Nanti nak kasi anak lelaki orang tu makan apa?
Maka berpencaklah Wawa di dapur, belajar memasak; belajar mengemudi kehidupan baharu; belajar menyesuaikan diri dengan kejutan-kejutan dalam hidup baharunya.

Promo: Dia Jadi Saksi: Fareeda Qalisya


Promo: Aduhai Cinta: Samsiah Mohd Nor


Promo: Terus Cintai Aku: Aleya Aneesa


Promo: Ingin Berkasih Lagi: Damya Hanna


Promo: Cinta Awek Dan Pakwe: HASRUDI JAWAWI

PERCINTAAN di antara Noah Zuhairi dan Didi Dania terputik di sebalik rasa egois masing-masing. Masakan Didi Dania ingin meluahkan? Itu seperti perigi mencari timba. Noah Zuhairi mahu kata ‘aku cinta padamu’ pada Didi Dania? Dia bukan ‘mat jiwang’. Dia Mat Rock! Bila Juliana dan Razy Radin mula masuk dalam episod cinta mereka, cinta Didi Dania untuk Noah Zuhairi semakin menjauh. Didi Dania merasakan dia hanya bertepuk sebelah tangan. Dia memilih untuk menerima dari terus mengharap pada sesuatu yang tiada. Apakah cinta di antara Noah Zuhairi dan Didi Dania bisa bersatu? Hanya keikhlasan yang mampu menyatukan cinta mereka.

Promo: Di Hujung Ranting 2 : Indah Hairani

Kerana luka dia meredah samudera bersama anak kecil dan datang ke sini. Pertama kali dia menjejakkan kaki ke pulau ini, sepanjang malam dia menangis. Setiap kali Amar Hakimi menangis, dia akan ikut menangis. Kehadiran ke sini pun tidak diberitahu pada sesiapa pun termasuk pada Amar. Dia tahu Amar pasti kecewa dengan kepergiannya. Dia telah berjanji pada dirinya, dia tidak akan menerima lelaki dari keturunan Datin Fatimah. Manusia bergelar MAWARDAH ini tidak cukup mulia untuk menjadi anggota keluarga orang kaya itu. Andai waktu bisa diundur, dia tidak ingin berkenalan dengan Amar dan juga Hakim. Kesilapan yang tidak dilakukan, akhirnya Hakim melepaskannya. Fitnah ke atas dirinya sangat berat. Namun dia redha. Amar kembali melamar cintanya. Apakah dia menerima Amar? DI HUJUNG RANTING 2 memberi jawapan kepada persoalan itu.

Promo: Biarkan Indah Berlalu: Ramlah Rashid

emi cintanya, Danial dengan rasa terpaksa memaksa hati membiar Indah berlalu. Cinta bukan bererti memiliki, tetapi berusaha membahagiakan yang tercinta mengutip bahagia dengan caranya. Dan demi Putri juga, relalah Danial mencari sirih jampi bagi melupai mereka. Namun demi harapan terindah Putri, berusaha juga Danial menjejak diari lama, bukan untuk merampas yang bukan miliknya tetapi sekadar melunasi apa yang dia sudah berjanji. Dan demi menebus doa silam, Azril mahu melupai semuanya. Mahu dibimbing Indah dan Putri menjejak esok yang masih misteri. Demi Putri juga, Indah mengajar hati menerima yang dibenci.

Promo: Awa Bila Hati Dah Sayang : Tinta Biru


Promo: Cik Bunga Dan Encik Sombong: Airisz


Promo: Cinta Si Ikan Buntal: Muliati Abdul


Promo: Bukan Pungguk Rindukan Bulan: Wanis Soffya


Promo: Si Mangkuk Tingkat: Faziela

Seandai dirinya tercipta untukku, rela kumenjadi miliknya.
Impiannya satu dalam seribu.
“Nampak tak apa yang aku nampak, ni?”
Huh?
“Budak perempuan tu.”
“Yang tadi? Jadi?”
“Dia pakai baju kurung la.”
Eh, haah la!
“Benda yang aku cakap tadi bukan mustahil kan?”
Senyap.
“Kau nampak benda yang dia bawa tadi?”
Geleng.
“Mangkuk tingkat.”

Baca bab awal 

Sejak dari itu, hatinya sudah terpaut pada Si Mangkuk Tingkat. Namun, pertemuan kedua mereka tak seindah yang diimpikan.

Sreeeeet!
Malaun mana nak mati melintas jalan macam rombongan orang kahwin ni???
“Cik adik manis, tak tahu lintas jalan ke?”
“Encik ni tak tahu bawa kereta ke? Ni dapat lesen terbang ke?” Suaranya memetir.
“Cik, lain kali kalau nak melintas, buat cara melintas. Bukan macam rombongan kahwin Cik Kiah.”


Takdir menemukan mereka atas jodoh keluarga. Apabila hati mula menerima, ada saja yang cemburu dan dengki menyelit di tengah kehidupan mereka.

Andai takdir Allah tertulis jodohmu itu dia, datanglah seribu orang sekalipun merebutnya, dia akan tetap menjadi milikmu.

Promo: Jula Juli Bintang Tujuh: Adileah

Jadilah seperti pasir yang hanya sebutir. Kecil, halus dan tenggelam hingga ke dasar. Tetapi pasir yang hanya sebutir ini tidak akan pernah hancur.

Kehidupannya penuh dengan kegembiraan. Impiannya untuk menjadi dayang di istana juga kesampaian apabila dia berjaya menempatkan diri di Kediaman Aris. Namun kehidupan di istana bukanlah semudah dan seindah yang diimpikannya. Entah kenapa, ada sahaja yang tidak kena.
Baca bab awal

“Hei, jaga-jaga!”
Prang!!!
“Alamak mati aku!”
“Awak ni buat kerja ke berkhayal?”
“Maaf encik, tuan, datuk, tengku.”
“Tuan Ilham.”

Pada Ilham, dia tidak layak bekerja di Istana Seri Gemilang. Gadis itu minah kelam-kabut. Namun, setiap kali dia ingin memarahi Suria, seperti ada sesuatu pada Suria yang membuatkan dia tidak boleh hendak marah. Dia lain daripada gadis-gadis yang lain. Tanpa sedar, matanya sentiasa mengekori langkah Suria. Seolah-olah Suria itu adalah tanggungjawabnya.

Setelah kematian kedua-dua ibu bapanya, Suria seakan dikejar oleh sesuatu. Malah dia hampir-hampir dibunuh. Apa yang mereka inginkan? Dia bukanlah anak jutawan yang ditinggalkan harta yang berkoyan-koyan.

Promo: Biar Kusentuh Hatimu: Emy Raziela

Bukannya aku tak cinta, bukannya aku tak sayang, tapi aku ibarat kapal yang kehilangan arah. Ketiadaanmu secara tiba-tiba telah membuatkan aku tidak kenal lagi makna percaya. Kau kata, kita akan harungi hidup ini bersama-sama. Tapi, kini… aku sendirian menongkah arus. Tak mengapalah, Alisa… mungkin antara kita sudah tiada jodoh. Anggap saja apa yang pernah kita lalui dahulu adalah sebuah cebisan memori untuk dijadikan kenangan abadi. Aku terpaksa pergi, Alisa. Aku perlu serahkan cinta ini kepada yang benar-benar sudi.

Amir… jangan pergi! Jangan sewenang-wenangnya kau beri cinta itu kepada orang lain. Aku juga merindui kamu, namun aku terperangkap dalam prasangka. Bukankah kau yang tinggalkan aku dulu? Aku kesepian dalam kerinduan, Mir. Salahkah jika kita bercinta? Cinta itu hadir tanpa sebarang paksaan. Jadi, kenapa mesti kita berpisah? Saban hari aku menanti kemunculanmu sehingga aku sudah tidak pandai lagi untuk menghitung hari.

Kalau api itu boleh menjilat sebatang kayu hingga menjadi abu, aku boleh buat lebih daripada itu. Larilah sejauh mana yang kau mahu, Amir Firdaus… aku akan tetap mengejarmu. Aku, Diana Adilla... tidak akan sesekali mengaku kalah. Aku akan mengikatmu menjadi milik mutlakku. Hanya kau dan aku!

Promo: Cantik Seindah Bulan : Nurmi Syakimi


Cantik Seindah Bulan
Nurmi Syakimi

Harga: RM 21.00
ISBN: 978-983-124-757-0
Halaman: ~528
Bahasa: Bahasa Melayu
Berat: 400 gram
Tarikh Terbit: 15 Feb 2012
Kategori: Novel
Sinopsis
Khalisya merintih kala dipaksa kahwin dengan Shahriman, anak ketua kampung. Dia tidak mampu mencintai lelaki itu kerana cintanya hanya untuk Ryan Kumar, jejaka India yang tampan mirip Shahid Kapoor. Demi ayah, ibu dan adik... dia terpaksa akur.

Rumah tangga yang tidak memberi apa-apa erti itu berakhir jua. Dia kembali mencari cinta hati yang
ditinggalkan. Dia tidak menduga Ryan masih seperti dulu, teguh menanti bersama kasih seluas bumi. Namun, Ryan pula terpaksa pergi. Dia harus ke tanah Delhi menuruti keluarga tercinta.

Khalisya merelakan setelah Ryan melafazkan janji, membuatkan dia begitu ampuh menjadi perindu yang setia. Malangnya, dia dibiarkan menanti tanpa khabar berita sehinggalah Nazriel muncul mengikatnya
dengan tali pertunangan.

Namun, Rayyan Khuzairi hadir membawa watak Ryan dalam diri lelaki itu. Khalisya dibadai tsunami rindu yang bergulung-gulung. Dia masih cintakan Ryan. Dia hanya mahu bersama Ryan. TUHAN, tolonglah...

“Selagi laut memerintah ombak supaya jangan berhenti mendakap pantai... selagi itulah aku akan selalu mencintai dan merinduimu!”

Promo: Aku Yang Kau Cinta : Muna Mahira

ANNISSA AMSYAR mahu dikenali sebagai Hans, gadis skema dan selekeh yang tidak suka bercinta ketika di universiti. Malah, amat membenci lelaki yang pemalas dan tidak tahu berdikari. Dia punya prinsip, ingin berjaya dalam hidup tanpa gangguan mana-mana insan bernama lelaki.

Lihat sahaja penampilan dirinya.... memang bukan cita rasa lelaki. Bardrizal yang melihatnya pun tidak berselera untuk mengenali dengan lebih mesra. Apatah lagi Hans bukan kategori wanita cantik walaupun punya rambut blonde macam minah salih! Masa telah merubah segala-galanya. Hans kini berjawatan tinggi di syarikat kepunyaan papa Bardrizal. Oleh kerana keanggunan Hans yang menyerlah, lelaki itu jatuh cinta padanya. Bardrizal cuba memikat, Hans pula bermain tarik tali. Mana mungkin lelaki pemalas itu mahu bercinta dengannya?

Namun, sesuatu yang tidak diduga telah berlaku. Lelaki itu telah dimalukan Hans di khayalak ramai. Dendam kesumat menguasai diri Bardrizal. Hans perlu ditundukkan. Pembalasan adalah agenda utama yang perlu dilaksanakan!