Inferior: Norhayati Berahim-SOLD OUT


Harga Jual; RM 18.00 ( THIRD PARTY'S COLLECTION)

Emosi: Norhayati Berahim


Harga Jual: RM 13.00 ( THIRD PARTY'S COLLECTION)

Berikan Aku Rindu: INDAH HAIRANI


HARGA JUAL: 20.00
Perasaan Fiqri pada Faen Thaherah berputik sejak awal remaja. Faen adalah sumber inspirasinya. Faen adalah model setiap kali dia mencalit warna pada kanvas. Kehadiran Thania Khalida gadis dari kosmopolitan telah mencalar hubungan yang sekian lama terjalin. Ternyata Thania menyimpan perasaan mendalam terhadapnya. Hari-harinya menjadi indah. Faen seakan tenggelam dari ingatannya. Sehingga tiba-tiba Thania menghilangkan diri. Fiqri tercari-cari dan mula merasakan dia dipermainkan oleh Thania. Akhirnya Fiqri akur dengan kehendak ibu untuk menyatukannya dengan Faen. Namun, pada malam pernikahannya, Fiqri menerima panggilan daripada Thania memohon membebaskannya di sebuah vila. Sewaktu usaha membebaskan Thania, Fiqri dituduh melakukan perbuatan terkutuk terhadap Thania dan dipaksa menikahi Thania. Apakah yang terjadi sebaliknya? Bagaimana dengan Faen?

Terlanjur Mencintaimu: Syamnuriezmil-SOLD OUT


Harga Jual: RM 12.00
Harga Asal: RM 18.00


Johan Iskandar mempunyai dua sebab mengapa dia terpaksa mengahwini Tengku Hanis Zulaikha. Satu, sebab wasiat Tok Din, satu lagi sebab Izhar, ayahnya. Tercetus satu perasaan di antara dia dan Tengku Hanis. Sudah terlanjur mencintai isteri paksaannya, apakah Tengku Hanis menerima Johan setelah mendapat tahu sebab utama Johan mengahwininya?

Johan Iskandar : "Tahu tak kenapa perasaan itu tidak ada? Kerana Johan Iskandar sudah jatuh cinta dengan Tengku Hanis Zulaikha, tak ada... dan tak akan ada wanita lain di hati Johan Iskandar selain Tengku Hanis Zulaikha!"

Tengku Hanis terpaksa menerima keputusan wasiat itu kerana takut keluarganya merempat. Dia mulanya tidak mencintai Johan disebabkan rasa takut yang mendalam, takut ditinggalkan. Tetapi di dalam diam, dia sudah terlanjur mencintai Johan. Adakah Tengku Hanis akan rela membuka sepenuh pintu hatinya kepada Johan Iskandar?

Tengku Hanis Zulaikha : "Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu!"

Wasiat Tok Din mempunyai 'due-date', adakah kedua-dua mereka berjaya memenuhi wasiat itu sebelum tamat tempohnya?

Pilihan Mama : Umie Nadzimah-SOLD OUT


Pelbagai cara telah dilakukan untuk mencari calon isterinya, melalui chating, facebook, blind date dan sebagainya. Ada juga yang diperkenalkan oleh rakan karibnya Fazli. Namun, satu pun masih tidak dapat memenuhi kriteria yang diingininya untuk menjadi isteri dan menantu terbaik kepada ibunya. Bukan tiada wanita yang menginginkannya, ramai. Terlalu ramai. Tetapi semua tidak memenuhi syarat-syarat sebagai seorang isteri solehah yang diidamkannya.

Setelah lama menunggu. Si ibu membuat keputusan untuk memilih sendiri menantunya. Dengan terpaksa, si jejaka menurutkan kehendak ibu kerana tidak mahu mengecewakan ibu yang telah bersusah payah membesarkannya. Sebuah ikatan pertunangan telah dijalinkan antara Aiman dengan gadis pilihan ibunya, Aisyah. Walaupun ikatan telah dijalinkan, dia tidak pernah mempunyai keinginan untuk mengenali, melihat, berjumpa dan berbual dengan tunangannya. Pada masa yang sama, secara tidak sengaja, Aiman berjumpa dengan wanita idamannya iaitu wanita misteri yang bernama Adila. Dia membuat keputusan untuk memutuskan ikatan pertunangannya dengan gadis pilihan ibu. Namun, apabila melihat wajah ibunya, dia tidak sanggup meluahkan isi hati. Segala keinginan terpaksa dipendam. Dia terpaksa menunaikan janji yang telah terpatri. Maka, wanita idaman terpaksa dilepaskan pergi. Setelah bahagia menjelma, datang pula badai yang mengempas hati dapatkah Aiman mengharunginya sendiri?
HARGA JUAL: RM 12.00

Promo: 566 Hari Mencari Cinta: Ilya Abdullah


Dalam tempoh 566 hari, Firdayu diwajibkan mencari cinta sejatinya demi perjanjian yang telah dimeterai dengan neneknya. Jika dia berjaya mencari cinta sejati, segala harta nenek akan jatuh ke tangannya. Jika sebaliknya yang berlaku, hartanya pula yang bakal jatuh ke tangan nenek. Firdayu tidak rela segala hasil titik peluhnya selama ini tergadai. Dia tidak sanggup memulakan semula segala-galanya dengan sifar.

Pelbagai kaedah dan taktik yang telah digunakan. Pelbagai jenis lelaki yang telah ditemuinya. Namun, tiada seorang pun yang berjaya menakluk hatinya

Kepada Kid segala-galanya disandarkan. Pembantu peribadi Firdayu yang setia menurut perintah, juga seorang manusia yang misteri.

Tatkala Kid menyepi tanpa berita, kenapa Firdayu terasa kehilangan?

Apa bezanya di antara mencari cinta dan bermain dengan cinta? 566 Hari Mencari Cinta ada jawapannya.

Menunggu Hujan : Adileah-SOLD OUT


Harga Jual: RM 13.00
Harga Asal: RM 19.00
Kata dia, “Tak boleh ke panggil Lis? Sedap apa nama tu.”

Jawabnya pula, “Tak boleh. Tak suka. Macam ‘list’ barang apabila awak panggil saya Lis.”

Jawab dia kembali, “Saya panggil awak ‘dear’ atau sayang boleh tak?”

Dia tak mahu layan. Hatinya sudah ada irama yang sedang bergetar. Mana boleh ditunjukkan di hadapannya. Rahsia hati mesti di simpan diam-diam.

Itu cerita silamnya. Cerita sekarang sudah berbeza.

Jauh merentasi benua, masalah tidak juga selesai. Lama dia menyepi, rindu itu tidak juga padam. Diam dia tidak memanggil namanya, rasa itu tetap terpahat di situ. Semua itu tidak pernah pergi jauh darinya

Dunia bagaikan terhenti berputar apabila dua jiwa yang terpisah bertemu kembali dalam satu rasa yang sama. Rupanya... rasa yang dia cuba nafikan itu masih ada dan tidak pernah padam. Dia sudah letih untuk berlari.

Satu hari si dia datang padanya dan kata si dia pada saat itu, berilah rasa itu kepadanya biar semua kesakitan hilang. Bolehkah begitu?

Tinta : Nasron Sira Rahim, Syud, Pingu Toha



Ceritera 1 - Wajah Ketiga ~ Nasron Sira Rahim

(Baca Prolog)


Hatinya ditusuk rasa sedih, kecewa dan amarah yang tidak berkesudahan. Bagaikan ditusuk sembilu, kebahagiaan mereka menatijahkan luka yang pedih dan mendalam dalam sanubarinya. Keperitan yang terpaksa dia pendam sehingga membuahkan pohon kesengsaraan yang bercambah rendang.

Apakah maksud di sebalik jujukan kod-kod nombor itu?

Mungkinkah dia salah seorang mangsa Pembunuh Obituari?

***

Ceritera 2 - Dia, dalam Ramai... ~ Syud

(Baca Prolog)


Ramai orang kata, kadang-kadang, perkara yang paling kita tak jangka itulah yang akan terjadi pada diri kita.

“Sufiy.”

“Ya?”

“Nama saya Ameer.”

“Oh. Jumpa lagi, Ameer.”


Siapa sangka, kan? Siapa sangka orang yang dia sangka hilang atau memang dah tak akan jumpa itu... muncul lagi di hadapan matanya?

***

Ceritera 3 - Ada & Evan ~ Pingu Toha (seperti diceritakan oleh Kiki Abu Zain)

(Baca Prolog)

Boleh ke kita hidup pakai hukum ‘and they live happily ever after’?

Ada; yang sudah penat dengan cinta. Evan; yang begitu naif tentang cinta. Mereka cuba disatukan oleh ‘janji tadika’ abah dan ibu. Mereka bertemu di ruang maya. Di realiti, mereka mencari. Demi ‘Katakan Tidak kepada Kahwin Paksa’, mereka berjanji.

Lalu, yang mengikat mereka itu apa? Janji atau cinta?

HARGA JUAL : RM 16.00

Promo: Bunga Di Rimba: Zuliana Abuas




Rimba itu adalah rumahnya. Tempat di mana dia berbicara dengan alam, meneruskan kehidupan siang yang rutin tetapi mengembirakan. Menjalani kehidupan malam yang panjang tetapi cukup mendamaikan. Bagi Ajura, hidup dan matinya, biarlah di rimba itu. Namun sesuatu telah berlaku. Permergian si ayah yang sudah melangkau waktu, benar-benar membuat dia buntu. Akhirnya, gadis itu terpaksa memberanikan diri, cuba menjengah dunia luar yang asing yang tidak pernah diimpi. Dalam pencarian, dia bertemu Yusri, lelaki yang berbudi. Lelaki yang dalam diam menyimpan hati padanya tapi takut meluahkan. Dapatkah Ajura bertemu dengan ayahnya semula, apakah hubungan Yusri dan Ajura akan berkembang mekar?


Harga RM21/RM24

Biar Jadi Kaktus: Iffa Zalia-SOLD OUT


Harga Jual: RM 14.00


Cinta Syakila dan Firdaus ibarat bintang-bintang yang bergemerlapan. Namun perjalanan hidup sebenarnya tidaklah seindah impian dan harapan. Dek tidak tahan menanggung penderitaan demi penderitaan, Syakila mencari keadilan dan kebenaran yang seakan-akan tersembunyi. Namun pencariannya terkandas bila dia diburu oleh Datin Habsah, seorang wanita korporat yang bersikap mata duitan. Tawaran satu juta Ringgit Malaysia daripada Dato'''''''' Tengku Amir membuatkan Datin Habsah ingin terus memburu gadis itu hingga ke lubang cacing.

Syakila ibarat kaktus yang teguh walaupun kemarau melanda. Dia meneruskan langkah dengan hati yang kental. Tika dirinya longlai, muncul Azlan yang berhati mulia. Lelaki budiman itu sering menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan balasan. Pengorbanan setinggi gunung itu membuatkan Syakila dalam dilema. Dia tahu lelaki itu mencintainya sampai mati. Tetapi bagaimana pula dengan Firdaus? Lelaki itu nyawanya!

Nyanyian Syahdu: Weeda Airiza




Harga Jual: RM 14.00
Harga Asal: RM 19.90


Kasih yang bertaut di antara Khazrul dan Shazrin di zaman remaja terlerai begitu sahaja apabila Khazrul nekad mengejar cita-citanya dalam bidang hiburan penuh glamor. Perwatakan Khazrul yang seakan bermain tarik tali meresahkan jiwa Shazrin.

Sementara itu, perkenalan tanpa sengaja dengan seorang wartawan kacak, telah mula mengelirukan makna cinta dan kasih di hati Shazrin. Di saat mahu belajar menerima hakikat bahawa cintanya perlu diberikan kepada yang lebih berhak, Khazrul datang merayu cintanya. Mampukah Khazrul berjuang mendapatkan cintanya semula dan sanggupkah Shazrin menduakan cinta barunya untuk lelaki itu dalam percintaan penuh egoistik ini?

Juara Carta Cinta: Lyn Dayana-SOLD OUT


Harga Jual: RM 14.00
Harga Asal: RM 19.90


Ini kisah kejiranan yang gila. Ada pokok yang disiram air panas. Sampai kiamat, pasti tidak subur! Ada karipap yang berintikan julap, maka penatlah berulang alik ke bilik termenung. Maya tersepit umpama inti sandwic yang dihimpit rapat oleh roti panas. Jiran sebelah kiri selalu membuatkan dadanya terasa mahu pecah. Bekas kekasih yang tidak faham makna tidak. Kata hati Maya, sejarah lama tidak akan berulang kembali. Kata hati Haqiem, sejarah mengajarnya untuk tidak melepaskan wanita idaman hati. Maka, remuklah hati Maya bila kerap diasak.

Jiran sebelah kanan pula membuatkan Maya pening. Besarnya dunia, mengapa lelaki itu memilih untuk membeli rumah di situ juga? Sudah beristeri mengapa masih mencuri pandang pada dia Kehadiran lelaki yang tidak diketahui namanya membuatkan Maya gila! Lelaki ini kaya dengan teori. Dunia Maya kacau bilau bak diserang garuda. Siapakah juara di dalam carta cintanya? Yang kanan? Yang kiri? Atau yang sering singgah di dalam hati?