Harga Jual: RM 15.00
Harga Asal: RM 21.00
YANG mana satu ni? Ah, sukarnya hendak membuat pilihan. Seronok kalau dapat tahu siapa jodoh hidupnya. Indah masih ingat kata-kata Halid, namun... seriuskah Halid?
“Abang memang ada pasang angan-angan nak masukkan hidup Indah dalam hidup abang. Satukan jiwa Indah dalam jiwa abang.”
Ryian pula sering hadir ketika Indah dalam kegelapan. Taburan budi Ryian menyemarakkan perasaan cintanya. Janji lelaki itu sentiasa mekar membelai jiwanya.
“Abang nak jadi lelaki paling penting dalam hidup Indah. Abang nak jadi payung yang melindungi Indah daripada panas dan hujan.”
Ada apa dengan cinta jika antara dia dan Ryian adalah hubungan terlarang? Indah kecewa dan terluka. Dalam mencari cinta, Zarith pula datang membawa badai asmara yang menyakitkan jiwa. Indah benci dengan sikap Zarith yang mempersendakan maruah dirinya. Semakin dibenci lelaki itu, semakin dekat pula dengan dirinya. Panahan cinta yang mana akan melekat tepat di hati Indah? Cinta Halid, rindu Ryian atau benci Zarith yang menjadi pilihan? Yang pasti, hanya ada satu cinta!
Harga Jual: RM 14.00
Harga Asal: RM 19.90
Amy atau Nur Amelia Sherina bagaikan layang-layang yang terputus tali apabila ayahnya dibunuh dan rumahnya dibakar. Ibunya yang terpisah sejak kecil pula tidak ditemui. Mujur ada sahabat yang baik hati. Hani dan abangnya, Arif mengajak Amy tinggal bersama di rumah keluarga mereka.
Namun ibu Hani, Datin Mastura tidak boleh menerima kehadiran Amy. Amy menjadi kuli tidak bergaji di rumah itu. Malah, dia dicemuh adik-beradik Hani dan Arif yang lain. Arif yang sepatutnya berkahwin dengan Shafiza melamar Amy sebagai isteri apabila Shafiza membatalkan perkahwinan mereka. Amy menerima Arif kerana lelaki itu bersungguh-sungguh mahu melindunginya daripada berterusan dibuli.
Perkahwinan yang dibina sentiasa dipukul ombak. Datin Mastura dan Shafiza tidak puas-puas mahu melihat Arif dan Amy menderita dan berpisah. Amy yang sarat mengandung keguguran akibat perbuatan ibu mertua sendiri. Air mata sentiasa menemaninya sepanjang masa. Entah bila deritanya akan berakhir. Doanya moga ada sinar kasih yang mencelah walau sedikit. Dia benar-benar ingin menikmati erti bahagia
Harga Jual: RM 15.00
Harga Asal: RM 21.00
Hidup itu adalah rangkaian perjuangan demi perjuangan. Maka janganlah ada yang menyerah, berputus asa dan menganggap perjuangan hidup adalah satu yang sia-sia. Tetaplah tegar meski yang lain berguguran. Tetaplah tersenyum meskipun perjuangan ini terasa pahit dan berliku.Kerana DIA tidak akan mensia-siakan perjuangan kita.
Ari ~ Bersamamu aku memahami makna bahagia, tetapi mengenalimu juga membawa aku ke lembah derita. Sesungguhnya, tiada insan yang mahu dikhianati. Lebih-lebih lagi daripada orang yang paling dipercayai.
Sid ~ Segala jerih yang kita lalui, semoga ada senyum pada esok hari. Percayalah... kita semua hanya mahu bahagia. Percayalah... kebenaran hanya mampu dilihat oleh mata hati, dan Ari... yakinlah bahawa ALLAH sudah memilih yang terbaik buat kita.
Ini kisah mereka yang mencari kebahagiaan. Kisah mereka yang terbeban dengan dosa silam. Kisah mereka yang mencari keampunan. Kisah mereka yang mahu mencari jalan pulang. Kisah mereka yang harus mengerti dan memahami apa ertinya makna sebuah perjuangan.
ANDREA menjadi yatim piatu dek musibah yang tidak terduga. Dia diambil sebagai anak angkat oleh sebuah keluarga kaya. Dia terpaksa akur pada nasib yang menimpanya. Berbekalkan semangat yang kental, dia berjaya ke Dublin untuk mengejar cita-citanya sebagai doktor. Namun dalam mengejar cita-cita, dia dikejar oleh cinta yang tidak diundang. Ketika berada di persimpangan antara cita-cita dan cinta, dia terpaksa memilih cinta. Andi amat mencintainya. Tepatkah pilihannya itu sedangkan Ricky sentiasa menggamit memori lama?
Ricky nekad untuk menjejaki Andrea kerana amat merindui gadis itu. Namun usahanya sia-sia. Dia pulang dalam kehampaan. Malang sekali, kepulangannya menjadikan dia lelaki tempang dan menderita sakit mental. Kenapakah begitu berat hukuman yang diterimanya hanya kerana menyimpan cinta terhadap Andrea?
Yuli pula menyimpan perasaan benci dan cemburu terhadap Andrea semenjak gadis itu dipelihara oleh papanya. Dia menuntut Andrea ganti rugi segala perbelanjaan yang dikeluarkan bagi membiayai pengajiannya dan juga atas kematian papanya. Ganti rugi itu adalah anak perempuan dan suami Andrea.
Sanggupkah Andrea melepaskan suaminya, Andi yang juga bekas kekasih Yuli dan anak mereka?
HARGA JUAL : RM 14.00
Mukhriz membawa diri kerana menyangka Altisya tidak setia. Altisya menyepi kerana menduga cinta Mukhriz bukan lagi miliknya. Dan, bisanya kata-kata seorang mertua merobek hati serta menjauhkan cinta mereka. Mereka berkahwin bukan untuk berpisah.
Namun, apabila si mertua menuntutnya untuk meninggalkan suaminya, Altisya rela berjauhan dengan Mukhriz walau sayangnya masih sekebal tembok besi. Sesungguhnya syurga Mukhriz tetap di sisi seorang wanita bergelar ibu walaupun lelaki itu berada di dalam dakapannya. Kerana itu, dia pasrah dan beralah.
Bila sudah duduk serumah, mulalah berputik satu perasaan aneh dalam hati mereka walaupun masing-masing masih keras kepala. Namun, egois masing-masing terlalu tinggi melampaui Gunung Everest. Perkahwinan mereka hanya sekadar di atas kertas dan terus menjadi rahsia.
Kemunculan Khairulnizam membuatkan Iskandar gelisah bila kawan baiknya itu tertarik hati dengan Rudiana, isterinya yang mula dicintainya tanpa sedar itu. Mampukah Iskandar melihat isterinya menjadi kekasih kawan baiknya sendiri?
Berkisar tentang kebahagiaan suami isteri yang diuji apabila Syufiqa terlalu obses terhadap Mia Batrisia, seorang penulis novel. Alasan simpati terhadap kisah duka yang berlaku dalam rumah tangga Mia Batrisia mendorong Syufiqa memaksa suaminya, Samwil mengahwini Mia Batrisia tanpa mengetahui Samwil dan Mia Batrisia pernah mencipta memori zaman remaja bersama-sama. Sejauhmanakah rasa obses Syufiqa boleh mengatasi semuanya?
Aku – Kimrie Natasya Ayue tidak akan sesekali menyerah kalah! Aku tidak akan sewenang-wenangnya membiarkan Hafriz terus menduduki kerusi CEO itu dan bermaharajalela mengarah aku. Namun dalam kebencian yang menguasai diri, Hafriz cuba memikatku. Huh! Tak semudah itu aku jatuh cinta pada dia kerana aku amat tidak mempercayai cinta, jauh sekali berkasih sayang. Apa yang menjadi misiku adalah untuk menyingkirkannya daripada syarikat kerana akulah yang paling layak untuk menyandang gelaran itu. Argh… Hafriz tetap dengan lagak machonya! Dia terus dan terus mencuri hatiku…
SEMENANJUNG RM 17.00
SABAH/SARAWAK RM 20.00
Armand Danial dan Zulaika Husna, nama yang cukup sepadan bila diganding bersama apatah lagi apabila berjalan berduaan, ketinggian mereka, ketampanan Armand Danial dan kejelitaan Zulaika Husna berjaya membuatkan rakanrakan sekeliling bersetuju mereka memang patut dijodohkan. Perjalanan percintaan mereka tidak banyak rintangan kerana perhubungan mereka di bawah restu keluarga Zulaika Husna yang sangat luhur hatinya. Tetapi, mana mungkin sesuatu perhubungan tidak dilanda badai, ketegasan dan desakan Datin Rozni, mummy Armand Danial memyebabkan hubungan murni pasangan ini menemui penghujungnya.
Armand Danial telah berkahwin dengan sepupunya, Asilah yang juga seorang yang cantik rupawan. Zulaika Husna yang reda dengan apa yang terjadi telah membawa diri jauh ke negeri pantai timur untuk mengubat hati yang lara. Sepeninggalannya, Armand Danial sudah mempunyai seorang anak yang diberi nama, Aliff Danial.
Adalah itu yang dinamakan cinta sejati? Adakah Armand Danial sudah melupakan kesetiaannya pada cinta Zulaika Husna? Bahagiakah Armand Danial bersama keluarga baharunya itu? Segala-galanya pasti terjawab dalam Pelukan Cinta.
Harga Jual: RM 23.00
Harga Asal: RM 29.00
Masing-masing enggan meluahkan isi hati. Hanya bahasa tubuh dan bicara tersirat yang memainkan peranan. Areena tidak berani membuka pintu hatinya untuk Wan Zaharris. Bimbang dirinya akan dikecewakan sebagaimana Zaharris Arman menghancurkan hatinya berderai berkeping-kepingan. Wan Zaharris pula bersenda di dalam kata-kata seriusnya terhadap Areena, berharap gadis itu bisa membaca apa yang tersirat di dalam hatinya. Ke manakah sudahnya hala tuju perhubungan ini?
Pertemuan di dalam komuter menjadi bibit memori yang indah buat Shamsul Azhar. Redup mata Areena mengganggu ketenangan kolam hatinya. Jejaka pemalu ini di dalam diam mengharapkan pertemuan seterusnya biarpun masing-masing pernah hampir disatukan.
Tatkala Zaharris Arman menagih kembali cinta Areena, Wan Zaharris muncul sebagai perwira yang melindungi Areena dari sebarang ancaman kehancuran hati buat kali kedua. Tatkala Areena bersedia menerima kehadiran Wan Zaharris dengan hati yang terbuka, takdir penentu segala-galanya mengambil tempat.
Seandainya Areena membuka pintu hatinya terhadap Wan Zaharris… seandainya Wan Zaharris berterus terang dengan Areena… seandainya takdir tidak wujud di antara mereka berdua, apakah dua insan ini akan beroleh kebahagiaan yang hakiki
Harga Semenanjung: RM20.90
Harga Sabah/Serawak: RM23.90
Bercinta dengan anak tapi berkahwin dengan bapa - kenyataan yang perit untuk Uzma lalui. Apatah lagi kini dirinya terikat dengan perjanjian perkahwinan yang memusnahkan segala impian dan harapan. Kasihnya pada Airil harus dinoktahi. Walau kasihnya diibaratkan setinggi gunung, bak langit tiada penghujung, dia terpaksa akur demi menyelamatkan nyawa sang ayah.
Kepulangan Airil merumitkan lagi keadaan. Apatah lagi Airil tidak pernah kenal erti putus asa untuk mengejar gadisnya. Dalam diam Uzma menjarakkan diri, cuba menjauh agar tidak dijejaki. Baginya apa yang pernah berlaku antara dia dan Airil hanya tinggal sejarah.
Kala ini, Azim hadir dalam hidupnya. Sering memberi perhatian dan selalu mencari ruang untuk bersamanya. Keadaan bertambah rumit bila Yusuf pula muncul. Cuba menjernihkan kekeruhan di hati. Menghulur sinar harapan yang gemerlapan dan sanggup membilas luka untuk diganti dengan bahagia. Uzma dalam dilema.
Selagi nada rindu berlagu di hati, selagi itulah kasihnya tidak bertepi. Tapi, untuk siapa? Terbukakah hatinya untuk Yusuf mahupun Azim? Layari bahtera kehidupan mereka bersaksi kasih dan sayang, juga bersulam rindu dan cinta. Sesungguhnya ceritera kehidupan ini terlalu indah untuk disia-siakan.
Demi kasih sayang seorang anak pada ayahnya, Farah rela berpura-pura menjadi kekasih terbaharu Daniel Harith agar ayahnya tidak dipenjarakan oleh majikannya itu.
Tarikh Terbit: 25 Feb 2011
RM 19.90
Ini juga peluang keemasan yang diguna oleh Daniel Harith, tokoh korporat muda yang terkenal dengan imej ‘Romeo’ untuk melepaskan dirinya dari Munirah Samad. Dilema di hati Farah menjadi bertambah parah apabila impiannya untuk membina bahagia bersama kekasihnya Rizal menemui jalan buntu.
Hanya Kau Yang Tahu akan dapat menyingkap semua rahsia yang seolah-olah memenjarakan Farah dalam penderitaan yang entah bila akan berakhir.
--------------------------------------------------------------------------------
Cinta pertama adalah cinta yang paling sukar untuk dilupakan. Apakah itu hanya ungkapan manis madah pujangga atau benar-benar terjadi bila hati sudah mencintai seseorang?
Tarikh Terbit: 25 Feb 2011
RM 19.90
Itulah yang terjadi bila Nur Maisara mula jatuh hati ketika zaman sekolah sehingga hatinya terantai meskipun lima tahun terpisah dengan Mohd Ean.Terpisah dalam jarak dan waktu yang lama membuatkan penantian Nur Maisara memudar dan terganti dengan kehadiran Ahmad Hazeeq.
Apakah yang terjadi apabila pertemuan kembali tercipta antara Nur Maisara dan Mohd Ean Nazeerul setelah lima tahun terpisah?
--------------------------------------------------------------------------------
Pernahkah anda mengalami rasa sedih seperti Izzati? Saat hati dilambung rasa bahagia melalui hari-hari indah, tiba-tiba Izzati ‘dihidangkan’ dengan babak bakal suaminya bermukah dengan adiknya sendiri?
Tunang yang amat dicintai dan mengakui amat mencintainya, telah membelah hatinya... nipis-nipis; berdarah parah, tidak mungkin sembuh. Lalu bagaimana kalau anda sendiri mengalami keadaan itu. Sedalam manakah luka anda? Masih percayakah anda pada insan bernama lelaki?
Izzati juga seperti anda, hilang keyakinan diri untuk jatuh cinta dan bercinta lagi.
Namun hatinya yang beku, cair jua dengan gigihnya Ikhman mengetuk hatinya. Hatinya yang berbunga kembali mekar di jenjang pelamin bersama Ikhman. Namun takdir rupa-rupanya masih mahu mengujinya. Ketika bunga-bunga bahagia kembali mewangi, dia disahkan menghidap sakit di ambang maut. Kuatkah dia untuk bergelut melawan sel-sel darah putih yang rakus menelan darah merahnya dan berjuang untuk terus hidup bahagia bersama suami tersayang?
* Harga: RM18.00 (Sem. M'sia)/RM21.00 (Sabah/Sarawak)
Dia hadir dalam hidupku untuk menyembuhkan rawan yang bersarang di dada. Sedangkan dia yang pernah hidup dalam hatiku ini terpaksa mengusung dukanya sendirian. Kejamkah aku pada dia andainya aku tidak mampu mencintai dia sepertimana aku mencintai dia yang seorang lagi?”
Cinta dan kasih yang saling menagih; yang mana satu pilihan Arissa?
Mahupun Irfan biarpun Fazril; dia dan dia sering sahaja membuat hati gadisnya keliru. Telah pun Arissa cuba melarikan hatinya ini jauh-jauh, dayanya entah hilang di mana? Apa yang tidak kena dengan hatinya yang sekeping ini?
Dia memang lelaki penyayang. Namun selembut mana pun dia cuba mengubati hati Arissa yang luka, mana mungkin Arissa melupakan cinta pertamanya. Apatah lagi pada saat Arissa hampir menggapai bahagia, ujian pula datang bertimpa-timpa!
Antara memori dan harapan, yang mana satu jadi pilihan? Antara dikasihi dan mencintai, yang mana satu harus dicari?
HARGA JUAL: RM 15.00
HARGA ASAL: RM 21.00
Seteguh manakah hati seorang isteri kalau hidup bersama suami setiap hari makan hati berulam jantung, sedang kekasih lama tetap setia dengan cintanya?
Arissa dan Zamil, rakan sekerja yang seperti anjing dengan kucing tidak boleh berdekat. Seorang bermulut laser dan seorang lagi mulut tiada insurans. Sering juga teman-teman mengingatkan mereka, kata orang, jangan terlalu membenci bimbang nanti menjadi suka. Tapi mereka tak percaya kerana rasa tidak suka itu terlalu tebal. Namun siapalah mereka untuk menolak perasaan suka itu kalau perasaan itu mahu bertunas? Arissa kecewa kerana percintaannya dengan Firdaus terpaksa berakhir kerana keluarga; Zamil pula kecewa kerana hanya bertepuk sebelah tangan dengan Ain. Mereka tidak tahu bahawa takdir telah menentukan hubungan masam-masam manis antara mereka begini dan kemudian begitu, jadinya.
Mazliana Haji Nordin, gadis comel yang sempoi dan selamba. Terpaksa menjadi kekasih satu malam kepada Tengku Iskandar untuk mengelakkan Tengku Iskandar berkahwin dengan pilihan mamanya. Tetapi rancangan menjadi rumit apabila Tengku Mariam, mama Tengku Iskandar menyukai Mazliana dan terus merisik Mazliana.
Banyak perkara yang berlaku kepada mereka tetapi Mazliana menghadapinya dengan bersahaja dan sempoi. Kewujudan Tasha dan Julia Hana sebagai penagih cinta Tengku Iskandar sedikit pun tidak menjejaskan sifat bersahaja dan sempoinya itu pada awalnya. Namun, sekian lama bergaduh, mengusik, membuli sesama mereka, ada perasaan halus wujud dalam hati masing-masing. Tapi, biasalah, Tengku Iskandar dengan egonya, Mazliana dengan perangai bersahaja dan kelibutnya.
Julia Hana, model terkenal menjadi pilihan Tengku Iskandar kala itu kerana cinta Tengku Iskandar masih milik Julia Hana walaupun pernah dikecewakan oleh model terkenal tu. Tapi, sejauhmana keikhlasan Julia Hana dalam perhubungannya? Bagaimana dengan Mazliana? Takkan sedikit pun tidak terkesan dengan layanan lembut Tengku Iskandar pada Julia Hana sedangkan kata-kata laser saja yang keluar pabila bersamanya? Tengku Mazlan, Tengku Mariam, Zikri, Syamin dan Taufiq adalah sebahagian insan-insan yang mewarnai lukisan hidup Mazliana Haji Nordin. Untuk menyelami hati dan kehidupan Mazliana Haji Nordin, Doktor Cinta ada coretan ceritanya.
Harga Asal: RM 25.00
Cinta datang kepada Nia tanpa dia sedari. Secara perlahan-lahan, Nia jatuh cinta dengan suaminya sendiri. Tetapi Nia disingkirkan setelah Zaril Ikhwan pulih dari sakitnya.
Nia meninggalkan Zaril Ikhwan lalu membawa hati yang lara ke Turin dan meneruskan hidupnya sendirian di kalangan orang asing bertahun-tahun lamanya.
Takdir menemukan mereka di bumi Turin. Pertemuan itu telah mencetuskan perasaan benci, marah dan dendam yang terbuku di dalam hati masing-masing.
Walaupun masih ada dendam dan rahsia yang dipendam, demi untuk meneruskan kehidupan ini, yang terbaik untuk mereka berdua adalah berpisah secara rasmi dan tidak perlu lagi menyalahkan takdir walaupun Nia dan Zaril Ikhwan merasakan diri masing-masing yang sebenarnya telah ditinggalkan.
Mimi Atia gagal menerima Tengku Khuzairi sebagai suami kerana masih dihantui kenangan lalu. Tengku Khuzairi berubah, dia tidak lagi berperangai seperti dahulu. Namun, Mimi Atia telah menetapkan batas-batas pergaulan di antara dirinya dengan Tengku Khuzairi malah lelaki itu tidak diperlakukan selayaknya sebagai suami. Perkahwinan Mimi Atia dan Tengku Khuzairi telah memalitkan duka di hati Raja Isyirah, iaitu adik kepada Raja Irwan. Raja Isyirah nekad ingin menghapuskan mereka. Lalu, Tengku Khuzairi dan Mimi Atia diculik dalam suatu serangan yang dirancang oleh Raja Isyirah. Adakah insiden selanjutnya lebih teruk menimpa Mimi Atia?
Pengorbanan V’na menamatkan zaman remaja bukan relanya. Demi keterpaksaan itulah, dia menerima lamaran Siti Dalila, isteri kepada lzzul Haqeemi. Menjadi isteri kedua yang penuh dengan jutaan dugaan. Pergolakan hati dan perasaan dalam rumah tangga yang tidak dibungai rasa cinta. Berhadapan pula dengan kecemburuan Siti Dalila kemudiannya. Apa lagi, ternyata, V’na telah berjaya menganugerahi lzzul Haqeemi dengan gelaran paling istimewa, menjadi seorang bapa kepada bayi yang selama ini amat diharapkan oleh lzzul. Namun, V’na terfitnah oleh pelbagai hasutan yang didalangi oleh Siti Dalila. Berbaloikah sebuah pengorbanan?
KENAPA setiap kali hati berdetik meminta bahagia, kita harus membayarnya dengan titis air mata? Cinta Fea bersama Arman tidak kesampaian. Segalanya menjadi kenangan yang menyakitkan buat Fea. Sejak itu, terasa sukar sekali dirinya meraih bahagia.
Perkenalan Fea dengan Zura membuka ruang untuknya mengenali Ikmal. Lelaki itu punya segalanya. Namun, persahabatan itu jugalah yang menyebabkan hatinya kembali berdarah. Dia mendapat tahu bahawa Zura adalah kekasih baru Arman. Keadaan menjadi genting apabila Arman berhasrat ingin merawat cinta mereka yang telah lama terputus. Lantas, lamaran Ikmal dianggap penyelamat untuk Fea keluar dari kemelut itu. Malangnya, memilih Ikmal ternyata bukan jalan penyelesaian. Sekali lagi dia diuji sehingga hampir-hampir dia terhenyak duduk tidak berdaya.
Dalam kekalutan, Zhafi r tiba-tiba menawarkan diri atas nama pengorbanan kerana bagi Zhafi r, Zura lebih berhak memiliki cinta Arman. Fea keliru. Andai perkahwinan mereka berlandaskan pengorbanan, kenapa Zhafir sanggup jatuh miskin sematamata untuk mendapatkan haknya sebagai suami? Ada apa pada gadis biasa sepertinya sehingga banyak hati yang harus terluka?