Berbisiklah Rindu: Suhaniza Sulaiman-RESERVED BY SYIDA


Harga Jual: RM 14.00 ( New Released)
Harga Asal: RM 19.90


Kerana dendam lampau yang tidak berkesudahan, ramai yang telah merana dan menjadi korban. Kerana dendam itu juga, maka terciptalah pertemuan antara Iswan, Misha, Haikal dan Marsha. Pertemuan yang tidak dirancang membuka lembaran baru dalam hidup Iswan yang masih lagi terluka serta kecewa ditinggalkan si kekasih sewaktu ikatan pertunangan ingin disatukan menjadi ikatan suci suami isteri yang berkekalan abadi. Ia juga memberi sinar cinta dalam hidup Misha yang kini sudah mula mengenal erti rindu dan kasih sayang yang membuai hati dan perasaan. Malah menjanjikan seribu satu kebahagiaan buat Haikal dan Marsha yang masih lagi dibelenggu kisah silam yang pahit dan sukar untuk dilupakan. Musibah yang datang akibat peristiwa lampau yang masih lagi memburu hidup mereka begitu menguji sedalam mana kasih sayang di antara empat insan bercinta ini. Namun kerana bisikan rindu yang kuat menggamit jiwa dan kasih sayang yang sentiasa utuh di hati, mereka mampu mengukuhkan ikatan percintaan yang murni sehingga berjaya mencipta kebahagiaan buat selamanya.

Antara Dua Persimpangan: Siti Rozilah-SOLD OUT


Harga Jual: RM 15.00
Harga Asal: RM 22.90


Kredit to: http://novelcinta.multiply.com


Dia keliru di dalam mengenal salasilah diri. Kekeliruan yg membentengkan antara
kebenaran dan dongeng zaman kanak2. Kekeliruan yg menimbulkan kebencian dan
dendam... Andai hari semalam dpt diputarkan menjadi hari ini, barangkali dia
tidak perlu lagi meratapi kehilangan semalam bersama luka pertemuan hari ini...

Sepi Tanpa Cinta: Damya Hanna-SOLD OUT


Harga Jual: RM 11.00
Harga asal: RM 18.00


Kredit to: http://novelcinta.multiply.com


HAZIQAH mempunyai impian untuk hidup bahagia di samping Yusri. Namun, tiada siapa menyangka di saat hari bahagia itu bakal menjelma, ada yang membuat onar sehingga kesucian dirinya dipersoalkan. Lantaran itu, pelamin angannya musnah bersama harapan dan hatinya hancur umpama terhempas!


Namun, Haziqah nekad. Majlis perlu dilaksanakan. Yang penting, fitnah dapat ditamatkan. Biarpun Fakrul tidak pernah dicintai, dia rela asalkan kesucian dirinya dapat dibuktikan. Tetapi malang, perkahwinan yang tercipta itu hanya menambahkan penderitaan yang sedia tergalas di bahu. Dia dikeji dan digantung tak bertali!


Bagi Fakrul, cintanya bukan untuk Haziqah tapi masih untuk Azura. Gadis pertama yang dicintainya... tetapi kecurangan Azura menambahkan kebenciannya kepada Haziqah. Dia benci pada perempuan yang tidak setia. Namun, pertemuan kedua antara Fakrul dan Haziqah membuatkan dia mula yakin bahawa Haziqah adalah miliknya. Bukan Yusri mahupun Hafiz... sepupunya.


Mampukah Haziqah menyambut huluran cinta Fakrul setelah dirinya puas dihina? Haziqah tidak mahu pisang berbuah dua kali! Baginya, kedukaan lalu masih bertapak utuh di hatinya. Cukuplah sekali...

Lamaran Kedua: Ma Lee Chuswan-SOLD OUT


Harga Jual: RM 13.00 ( Third Party's Collection)


kredit to: http://novelmalay.blogspot.com


Kisah suka duka seorang gadis bernama Nina yang ditunangkan dengan sepupunya sejak dari sekolah. Tunangan nya pula adalah sepupunya sendiri anak kepada maklong nya(Jeff) yang mana maklongnya lah yang membesarkan Ninabersama Jeff. Setelah tamat sekolah Jeff pergi ke luarnegara melanjutkan pelajarannya.

Nina menunggu dengan setia. Tiba saat Jeff menjejakkan kaki di KLIA, hati Nina berkobar-kobar untuk menyambut kekasih hatinya. Malangnya jiwa nya hancur luluh apabila melihat Jefri bergandingan tangan dengan sang gadis Nur Ayu seolah2 Nur Ayulah kekasih Jefri.

Sejak dari itu, Nina berdendam tidak akan melayani Jefri yang telah meragut kasih sayang sejak kecil. Nina keluar dari rumah dan terus menyewa dirumah lain. Seterusnya hari-hari yang berlalu Nina bekerja keras dalam bidang peragaan sebagai pegawai pemasaran disamping menjadi model untuk iklan yang bersesuaian. Kerja keras nya untuk menghilangkan rasa kecewa yang dihadapi bersama Jefri.

Kebetulan syarikatnya mengadakan kalendar untuk kebajikan bagi tahun akan datang. Nina terpaksa menjadi salah seorang peragawati memperagakan pakaian perkahwinan. Malang sekali tiada model yang bersesuaian hinggalah dia terfikir akan Jefri.

Jefri pula telah menjadi ahli perniagaan yang terkenal dalam bidang tekstil meneruskan perniagaan bapanya (paklong). Dia mengembangkan sayap perniagaan ayahnya hingga ke timur dan berurusniaga secara langsung dengan pengedar dan pengilang dari India. Nina menganggap tugas itu professional dan tiada melibatkan urusan peribadi.

Setelah siap kalendar pengantin tersebut, pasangan Nina-Jefri sungguh sepadan, mulai saat itu Nina mula merasa ada perubahan dalam hatinya. Jefri sebenarnya cuba menyelamatkan Nur Ayu dari membunuh diri akibat kecewa bercinta, tapi telah di salah tafsir oleh Nina. Nina pula cuba digoda oleh Tengku Zulhan untuk menjadi pengganti ibu kepada anaknya Elly yang cacat sejak kecil.

Konflik demi konflik untuk menyatukan dan menguji kedua2 pasangan Nina-Jefri, kehadiran setiausaha Jefri, Siti Zulaikha juga menyebabkan cemburu Nina meluap-luap tapi didiamkan shj di dalam hati. Nina juga salah anggap terhadap Jefri, apabila maklongnya bertanyakan cincin pertunangan berlian untuk Siti. Nina pulang ke rumah maklong dan cuba berjumpa Jefri, malangnya hatinya terlalu lemah lalu meninggalkan majlis tersebut tanpa apa-apa pengetahuan tentang pertunangan tersebut yang sebenarnya Siti Zulaikha bertunang, tetapi bukan dengan Jefri tetapi dengan Noramin anak angkat maklongnya.

Jefri pula sudah tidak tahan lagi dengan godaan dirinya untuk sentiasa bersama dengan Nina, 2 tahun Jefri memendam perasaan cintanya pada Nina. Setiap tengah malam dia akan menelefon Nina dan suaranya dirakamkan. Secara senyap2 Jefri mengaturkan supaya dia ditangkap khalwat bersama Nina. Ini menyebabkan Nina terpaksa mengahwini Jefri dalam perasaan 50-50.

Walaupun mereka berkahwin, tetapi tiada malam pertama kerana Nina terlalu merajuk apabila suami nya Jefri menghilangkan diri pada malam tersebut untuk menyelamatkan Nur Ayu. Lalu Nina menetapkan peraturan bahawa ada garis sempadan dan tidak mahu suaminya menyentuhnya. Jefri terseksa zahir dan batin. Jiwanya tertekan sehingga dia kemalangan dalam lumba motor di litar. Di saat ini lah Nina mula menjinakkan diri dengan suaminya tetapi Jefri terlalu sakit untuk melayaninya.

Pabila sembuh Jefri telah mendekati isterinya dan memaksa Nina. Tetapi Nina meronta-ronta, akhirnya mengalah juga. Jefri terasa kesal yang teramat seolah-olah perbuatannya itu adalah kesalahan yg amat besar. Padahal Nina menyukainya. Jefri menghilangkan diri tetapi muncul semula setelah 2-3hari begitulah keadaannya hingga Nina berasa amat kecewa. Setelah beberapa minggu, Jefri buat hal lagi dengan menghilangkan diri, waktu itu Nina sedang sakit-sakit dan dalam perjalanan hendak ke rumah Alex(kawan baik Jefri) Nina telah terjatuh dan keguguran 7 minggu usia kandungannya.

Jefri terasa amat marah di dalam hati, dia menganggap Nina tak ingin mengandung anak mereka. Tetapi anggapan itu meleset, Nina menerangkan segalanya bahawa dia mahukan suaminya. Tiada lagi sempadan yg dilukis oleh Nina. Saat di hospital itulah Nur Ayu muncul bersama tunangannya. Barulah Nina berasa lega.

Jika Bukan Kerana Bintang: Dhieya Adlynna-SOLD OUT


Harga Jual: RM 16.00
Harga Asal: RM 22.90


Alya Maisara dibesarkan oleh datuk dan neneknya tanpa mengenali kedua orang tuanya. Mereka merahsiakannya kerana tidak sanggup melihat cucu mereka menderita jika mengetahui kisah silam hidup mereka. Hisyam, menantunya dipenjarakan atas tuduhan membunuh manakala anaknya, Zubaidah pula lari meninggalkan Maisara yang masih kecil kerana mengikut lelaki lain. Maisara dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan. Tapi anak kecil itu tidak pernah mengeluh akan kemiskinan yang mereka alami sebaliknya sebagai dorongan untuk dia rajin belajar dan akan mengubah nasib mereka kelak. Dhamiri Isyfal tidak percaya pada cinta. Malah kehidupannya juga banyak diaturkan oleh neneknya, Datuk Hasnie yang merupakan pemilik Wadah Sejati Holding. Malah hubungan dengan mamanya, Zubaidah juga dingin dan tidak seperti hubungan antara mama dan adik bongsunya Haniff yang sangat akrab. Takdir telah menemukan Maisara dan Dhamiri di salah satu pusat boling di Kuala Lumpur. Tanpa mereka sedari yang mereka memang benar-benar mula mencintai antara satu sama lain. Kemunculan Yusnie merupakan jodoh yang telah ditetapkan oleh Datuk Hasnie membuatkan hubungan Dhamiri dan Maisara semakin retak. Kisah cinta mereka semakin tergugat apabila Datuk Hasnie menghalang cinta mereka hingga sanggup memfitnah Maisara kononnya mengandungkan anak Haniff, adik Dhamiri sendiri. Sanggupkah Maisara meneruskan cinta sejatinya bersama Dhamiri?

Lembayung Kasihmu: Ummu Wafa-RESERVED BY SUHAINA


Harga Jual: RM 12.00
Harga Asal: RM 18.00


CINTA itu anugerah yang terindah daripada ALLAH. Maira mengenakan syarat kepada lelaki yang ingin mencintainya. Lelaki itu hendaklah mencintai ALLAH dan Rasul terlebih dahulu sebelum menyintai dirinya.

Dalam diam, Maira jatuh hati pada Fansuri. Namun dia sedar, dia hanyalah orang gaji. Untuk mengelakkan dia menjadi lebih gila dengan cinta rahsianya, Maira mengambil keputusan melanjutkan pelajaran ke London agar dapat melupakan Fansuri.

Diam-Diam Rindu: Syahirah Ibrahim-SOLD OUT


Harga Jual: RM 16.00
Harga Asal: RM 22.90


Bertahun-tahun dia menanti ibu memaafkan kesalahan yang bukannya berpunca darinya. Sehinggalah pada suatu saat yang tidak dijangkakan, ibunya sudi memaafkannya tapi dengan bersyarat. Dia terpaksa berkahwin dengan kenalan rapat ayahnya. Nur Iman akur dengan kehendak ibunya dan dia juga turut meletakkan syarat. Dia akan berkahwin sekiranya tempoh pertunangannya dilanjutkan sehingga lima tahun. Selepas lima tahun berlalu, Nur Iman kembali ke tanah air dengan membawa segulung ijazah dan harapan. Harapan supaya tunangnya Mir sudah melupakannya. Dia tidak menyangka yang Mir sanggup menunggunya selama itu walaupun mereka tidak pernah kenal dan berjumpa selama ini. Setiap kali bersua muka, mereka pasti bertengkar walaupun hal yang remeh-temeh. Ibu pula masih lagi melayannya sama seperti dulu. Hatinya semakin memberontak membuatkan Nur Iman tidak mahu meneruskan perkahwinan ini. Fikirannya bertambah kusut bila ada lelaki lain datang menagih kasih kepadanya. Bagaimana penantian Mir selama ini? Dapatkah mereka bersatu?

Terzahir Di Sanubari: SOLD OUT


Harga Jual: RM 18.00
Harga Asal: RM 25.90


Analia, gadis selamba yang inginkan perubahan dalam hidup. Kehadiran Ejal, telah mengikatnya dalam erti persahabatan yang sukar diterjemah. Dalam melayari persahabatan itu, hadirnya Nafiz. Seorang jejaka yang tampak sempurna, namun menyimpan suatu 'kelemahan' yang tidak terungkap. Kasihnya kepada Analia tak mampu dibendung hingga memutikkan cinta. Dalam satu pencarian, Nafiz memilih untuk berkorban. Di saat kesetiaan mulai goyah, Ejal tegar mempertahankan Analia,. Baginya, senyuman gadis itu adalah kebahagiaan yang tidak ternilai.

Tanpamu Aku Rindu: Aleya Aneesa-SOLD OUT


Harga Jual: RM 16.00 ( New Released)
Harga Asal: RM 19.90


ASALNYA, dia anak polos yang selalu menceriakan hari-hari mama dan ayahnya. Menjadi penyeri di mata dan penyejuk di hati mereka. Bahkan, dia anak yang tidak pernah menghampakan kerana sejak kecil memang terasuh sifatnya.

Namun sekelip mata segala-galanya berubah. Anak yang satu itu semakin kurang ajar dan semakin tahu mencabar kesabaran orang lain. Tidak lagi menjadi penenang setiap kali kelelahan. Sebaliknya hanya membuatkan setiap yang ada di sisinya kewalahan.

Lantas demi menyedarkan, Zuyyin harus dihukum! Malangnya, hukuman demi hukuman yang diberikan, hanya membuatkan dia kian tegar. Dia semakin seronok melihat air mata orang lain tumpah kerananya. Istilah kesal langsung sirna dari kamus hidupnya.

Bila hukuman ALLAH benar-benar didatangkan padanya dalam keadaan tak terduga, dia rebah dipukul rasa bersalah. Lalu di tengah-tengah jiwanya yang rapuh, Yazzer yang selama ini menjadi musuh tradisi, bangkit menghulur tangan.
Bagi lelaki itu, saat pembalasan sudah tiba. Dan luka, bukankah luka juga penawarnya? Langkah Zuyyin teragak, namun dia tidak punya pilihan lain selain pilihan yang satu itu kerana dia bukan siapa-siapa lagi.

Antara Benci Dan Rindu: Ida Farisya-SOLD OUT


Harga Jual: RM 15.00 ( New Released)
Harga Asal: RM 19.00


Kredit to: http://novelcinta.multiply.com


enangan lama yang masih segar tercalit dalam ingatannya membuatkan dia menolak kehadiran Yusrizal, seorg lelaki yg dirasakan pemabuk, kaki perempuan dan juga panas baran. Namun siapa dapat menghalang kuasa Allah? Jodoh mereka terlalu kuat sehingga menyebabkan Nur Halifah terpaksa menerima kehadiran lelaki itu.


Dalam masa yg sama kekasih lamanya, iaitu Daniel datang menagih kembali cintanya. Tapi tidak mungkin dia akan menerima lelaki itu kembali kerana Daniel sudah bertunang. Dia tidak mungkin akan melukakan hati wanita lain kerana dia juga seorg wanita. Dia sudah merasakan kesakitan, dan tidak mungkin dia akan membiarkan kesakitan itu dirasai oleh wanita lain.


dlm usahanya mengelak utk jatuh cinta dgn Yusrizal, semakin banyak sifat positif yg terserlah pada lelaki itu. Di saat harapan mula menyinar, Nur Halifah dikejutkan dgn kehadiran Anne, bekas isteri Yusrizal.


apakah Nur Halifah bisa menerima hakikat di hadapan matanya? Atau menolak semua itu tanpa mengendahkan isi hatinya? Antara Benci dan Rindu ada jawapannya.

Sandaran Hati: Aini Marisha-SOLD OUT


Harga Jual: RM 12.00
Harga Asal: RM 18.00


KEMELUT yang melanda kak long kerana diperkosa oleh lelaki yang tidak dikenali telah membuatkan Amalia amat membenci setiap insan bernama lelaki. Kak long menderita sehinggalah dijemput ILAHI akibat penyakit serius yang ditanggungnya.

Amalia sedih lalu membawa diri ke kota metropoitan dengan bekerja di sebuah syarikat terkemuka. Di sana, dia menemui Farhan Hakim yang menaruh perasaan terhadapnya. Ketulusan dan keikhlasan hati Amalia telah diambil kesempatan oleh seseorang yang amat mencemburuinya. Dengan rancangan yang teliti, Farhan yang telah diberi pil khayal hampir merenggut kegadisan Amalia.

Keampunan dan kemaafan berulang kali dilafazkan kerana Farhan tidak berniat berbuat begitu. Namun, sampai bila Amalia harus membenci lelaki sedangkan ada insan yang sudi bertapak di hatinya? Mulut kata tidak, tetapi hati kata mahu. Namun, apakan daya... Raihana terlebih dahulu menagih cinta daripada Farhan. Amalia pasrah kerana tidak mungkin dia memenangi perlumbaan cinta ini. Hanya yang berhak mendapatkan cinta suci ini.

Puas brdoa di hadapan Kaabah, namun wajah lelaki itu datang menerpa sanubarinya. Sesak nafas tatkala Farhan hadir mengusik jiwa perempuannya. Akhirnya, Amalia sekali lagi cuba membawa diri jauh dari tanah air ketika Raihana menunggu lafaz ijab dan kabul daripada Farhan.

"Oh, TUHAN... ujian ini terlalu berat kutanggung. Mencintai dan dicintai amat kudambakan. Tetapi, kenapa aku tidak merasai belaian jiwa lelaki itu?"

Lafazkan Cintamu: Aida Adriani


Harga Jual: RM 12.00
Harga Asal: RM 19.90


kredit to: http://novelcinta.multiply.com


Mengenali lelaki itu adalah detik-detik terindah dalam hidup Erina. Dalam diam dia menyedari hatinya mula berubah rasa. Cinta pandang pertama itu makin mekar hari demi hari. Namun, di saat dia mula mencium wanginya bunga cinta, di saat itulah dia tahu bahawa lelaki itu telah dimiliki. Sewajarnya... dia tidak akan memburu cinta yang tak pasti!

Lantas, Erina terus memendam rasa, membiarkan cinta yang tak terucap itu tersimpan di lubuk hati. Meskipun di mata lelaki itu telah terpancar selautan cinta, telah terbayang mahligai bahagia, namun dia nekad. Cinta tak semestinya bersatu! Cukuplah sekadar memiliki hati lelaki itu, bukan tubuh badannya. Dia cuba membuang jauh segala rasa yang pernah membuatnya bahagia.
Aduhai perempuan... sampai bila mesti memendam rasa, sedangkan jiwa terus merana? Dengar dan lihatlah dengan mata hati serta akal fikiran, apakah terlalu payah untuk menuturkan kalimah suci itu? Mencintai dan dicintai bukan satu dosa, malah ia adalah satu fitrah, anugerah ILAHI untuk setiap insan. Lantaran itu, lafazkanlah cintamu, usah dibiarkan hati terus terluka...

Belaianmu: Suhaniza Sulaiman-SOLD OUT

OLD
Harga Jual: RM 18.00 ( THIRD PARTY'S COLLECTION)


Irfan seorang lelaki yang sering gagal bercinta. PErkahwinan dgn Nur Eisya adalah satu pengalaman bahagia buatnya tetapi kehadiran Shahril Azwan meragut segala-galanya. Nur Eisya terpaksa dilepaskan lalu bermulalah mukasurat baru dalam diari hidup Irfan sbg lelaki yang pemarah dan suka memainkan hati perempuan.

Dia suatu sudut diari kehidupan yang lain wujud sofia, seorang gadis innocent yg kekampungan. Dia hidup tersiksa dgn ibu tirinya. Dia dipaksa mengahwini seorang lelaki tua utk melunaskan hutang. Semasa melarikan diri dia bertembung dgn Kudin yg turut berniat jahat. Nekad Sofia melarikan diri dgn bantuan pakcik Yusuf. Zaida, anak saudara ibu tiri sofia menjadi galang gantinya.

SEbaik menjejak KL Sofia sudah terperangkap dan hampir2 diragut kehormatannya tetapi diselamatkan oleh bapa Irfan. ibu bapa Irfan melayan sofia seperti anak sendiri sehingga menjadikan Sofia segan dgn pasangan berhati mulia tu, jauh lebih baik budi pekertinya berbanding Irfan yg sentiasa melemparkan kata2 menyakitkan hati kpdnya. Ibu dan bapa Irfan mahu Irfan kembali spt dulu, mereka merancang utk memaksa Irfan menerima Sofia sbg isteri kerana mereka yakin kesabaran dan budi pekerti Sofia akan dapat mengubah Irfan. Irfan cuba mencari helah tetapi bapanya lebih bijak merancang atau lebih tepat mengugut.

nampaknya perjalanan hidup 'menyiksakan' sentiasa mengekori Sofia ke mana-mana. Tetapi kesabarannya mencuit hati Irfan yang masih lagi tebal dendamnya terhadap perempuan. Kebenciannya yang tebal terhadap Nur Eisya meranapkan sayangnya pada Sofia yang makin mekar.

Permata Asmara: Rozita Abd Wahab-SOLD OUT


Harga Jual: RM 20.00 ( THIRD PARTY'S COLLECTION)


Kredit to: http://novelcinta.multiply.com


Sakitnya hati tatkala melihat kekasih hati digoda teman baik sendiri. Terseksa jiwa raganya. Terbakar perasaannya. Sandiwara apakah lagi yg ingin dipertontonkan kepadanya? Sampai bila ingin didera hatinya? Bukan sekali Azlinda memperlakukan Nurin begitu, berkali-kali... hingga Nurin takut utk jatuh cinta lagi... takut dikhianati... takut cintanya bertukar menjadi mimpi-mimpi ngeri. Namun tidak untuk cintanya kali ini. Adam adalah nyawanya... memiliki adam adalah impiannya demi masa depan yang lebh bermakna. Lalu Nurin bangkit memperjuangkan haknya yg baru bermula. Namun sekali lagi impiannya duka lara. Iskandar hadir bagai menamatkan riwayatnya. Menuntut cintanya yg telah jauh Nurin lontarkan ke tengah belantara. Mengutipnya, Nurin tidak mahu membunuh impian masa depan. apatah lagi menelan sisa-sisa kasih yang telah Azlinda tinggalkan utk nya. Kerana baginya cinta suci hanya hadir sekali, bukan berkali-kali. Lalu bersama Adam Nurin kembali menggilap permata asmara yang hampir pudar warnanya...

Bahagia Itu Miliknya: Rozita Abd Wahab-SOLD OUT


Harga Jual: RM 21.00 ( THIRD PARTY'S Collection)


Andai inilah yang dinamakan cinta, dia pasrah. Kegagalan bercinta di alam remaja tidak bermakna ia tidak dapat disatukan lagi jika sudah tersurat memang itu jodohnya. Berkahwin dengan suami orang juga itu bukan impiannya. Namun dia akur pada ketentuan takdir. Peritnya menyandang gelaran janda, pedih lagi menanggung gelaran isteri kedua. Gelaran yang mengundang gerhana dalam hidupnya. Kerana dituduh sebagai perampas suami orang, kehidupan rumah tangganya dilitupi duka hingga hampir meragut nyawa...

~~~~~~

Janda muda dengan seorang anak, bukanlah impian hati setiap wanita. Tapi itulah takdir Nur Aina. Menutupi keresahan, melupakan kesepian dengan mengabdikan diri dengan tugas-tugas pejabat. Kadang-kadang dia terlupa peranannya sebagai seorang ibu, sementelah lagi Nur Akilah dijaga oleh neneknya.

Malang atau rahmat, peristiwa ditangkap basah dengan Ahmad Khairi, jejaka yang pernah menolak cintanya ketika dia berumur 16 tahun memaksanya untuk menerima suami orang itu sebagai suami. Namun dapatkah dia menolak kalau hatinya sendiri masih terselit cinta untuk Khairi. Ketandusan kasih seorang isteri membuatkan Khairi leka menganyam cinta dan rindu bersama Nur Aina. Tapi Amira juga masih punya hak sebagai isteri Khairi, wajarkah dia membiarkan Khairi berlalu begitu saja? Sedangkan Khairi adalah lelaki idamannya yang sanggup dimilikinya dengan apa jua cara... dan dengan apa jua cara dia perlu memastikan Khairi hak milik kekal untuknya sahaja.

Tirai Impian: Ma Lee Chuswan-SOLD OUT


Harga Jual: RM 13.00 ( THIRD PARTY'S COLLECTION)


kujejak kasih semalam, mengharung rindu bagai tak bermusim. kepayahan jua kutatang bagai segunung intan. Takdir yang datang kusisip doa, penuh reda. Kesabaran kupertahan bagaikan sebuah percaturan. bukan sedikit pengorbanan ini. melupakanmu jua dalah pengorbanan. lalu aku kembali ke daerah sepi ini. mencari kekuatan kian hilang. Namun langkahku kaku. Kiranya kau disitu…menghuni daerah sepiku

Permata Hati: Ma Lee Chuswan-SOLD OUT


Harga Jual: RM 18.00 ( THIRD PARTY'S COLLECTION)


Kredit to: http://novelcintamelayu.blogdrive.com


Permata Hati mengisahkan tentang sebuah perkahwinan yang diatur oleh keluarga. Ikhmal Hisham dipujuk oleh ayahnya, Tuan Malek supaya bersetuju disatukan dengan Ariana, anak perempuan sulung Haji Mustaffa. Haji Mustafa berhajat besar untuk bermenantukan anak lelaki rakan perniagaannya. Malangnya, Ikhmal pernah dulu terjenuh dengan Ariana dan merasakan dia tidak patut meneruskan hasrat keluarga untuk mengahwini Ariana. Pelbagai perkara terjadi...yang pasti Ikhmal Hisham akhirnya jatuh cinta juga dengan Ariana tanpa dia sedari.

Nota Cinta Buatmu: Norhayati Berahim-SOLD OUT


Harga Jual: RM 17.00 ( THIRD PARTY'S COLLECTION)


Credit to: http://novelcinta.multiply.com


Perpisahan... terlalu sukar rasanya membuat keputusan. Namun kerana harga diri, kerana kasih sayang, Johanna rela berkorban. Biarlah dirawat hati yang luka, biarlah dilalui hari-hari mendatang tanpa suami di sisi. Pergilah Dihrran, carilah kebahagiaan, carilah kasih sayang yang kau perlukan.


Hidup siapa yang menduga, Johanna dipertemukan dengan Graham. Lelaki yang tidak percaya kewujudan agama dan Tuhan. Namun, lelaki itu lelaki istimewa, lelaki yang sering mengerti, lelaki yang paling cepat memahami. Hati yang luka diubati, jiwa yang kosong kini terisi.


Kalutnya rasa bila cinta datang kali kedua, perlukah diusir atau perlukah dibiarkan menghuni dalam hati. Cuma ketika cinta datang semula, Dihrran yang pernah membuangnya dahulu datang menagih hati, menagih simpati!


Hatinya sudah nekad, apa yang berlaku, biarlah berlalu. Dihrran perlu diajar untuk menghargai, untuk menghormati. Dia bukan wanita yang mudah dibuang dan diambil kembali.


Ahh... cerita luka... duka dan cinta ini perlu ada kesudahannya!

Seindah Derita: Norhayati Berahim-SOLD OUT


Harga Jual: RM 18.00 ( THIRD PARTY'S COLLECTION)


esekali, bukan tidak dikutip cebisan-cebisan silam… malah ada kalanya menjentik-jentik ruang fikir. Sejarah dipermainkan… andainya itu sekadar untuk mematangkan… terima kasih kerana Berjaya membentuk Hardina yang hari ini. Hardina yang sedar diri. Hardina yang tidak mudah lupa diri.

Pesanan Terakhir Seorang Lelaki: Norhayati Berahim-SOL;D OUT


Harga Jual: RM 20.00 ( THIRD PARTY'S COLLECTION)


Credit to: http://novelcinta.multiply.com


Dia selesa hidup di dalam kesederhanaan. Kemewahan padanya sering melalaikan. Punca ayahnya lupa diri, lupa tanggungjawab dan lupa pada mamanya yang setia. Mama yang sebelum ini menjadi tulang belakang kpd empayar yang dibina. Tercabar dan sakit hati jua hanya membuang masa. dia memiliki prinsip diri yang harus dipertahankan dan dihormati. Lalu kedudukan itu bukan ukurannya

Emosi: Norhayati Berahim-SOLD OUT


Harga Jual: RM 16.00 ( THIRD PARTY'S COLLECTION)


Kredit to : http://rinntisan.blogspot.com


"Kau biarkan rinduku jatuh berguguran"


Nama Azali dan Alia kedengaran sangat familiar. Rasanya aku dah penah baca novel NB yang menggunakan nama2 ini. Yang pasti kisahnya memang tidak sama langsung dengan kisah2nya yg lain.


Dalam 'Emosi' ini, Alia dan Azali adalah sepupu yang pernah membesar bersama dan Alia trauma semasa dgn Azli di waktu kecilnya kerana ayah Azli suka mendera Alia dan Azli ni sekadar menurut tindakan bapanya. Masa tu dia masih kecil dan nakal.


Ibu saudaranya tak tahan dengan penderaan yg diterima Alia lalu menghantar Alia utk tinggal bersama atuk dan neneknya.


Azli dibesarkan di luar negara oleh ibunya. Azli ni kira jadi manusia la biler mak dia yang didik. Alhamdulillah.


Kepulangan Azli ke kampung dan ke rumah atok dan nenek menggugat ketenangan Alia. Luka lama berdarah kembali. Azli tak menyangka Alia menyimpan dendam zaman kanak2 mereka hingga kini. Lebih menyulitkan keadaan apabila Azli jatuh cinta pada Alia, gadis yang tenang dan baik hati. Haaa cemana ya nak ngorat orang mcm Alia tu?


Azli ni pun satu, masa dah sure nak dapat Alia tu, baru la sibuk nak berkawan dengan Rosiah tu. Dah tau dia tu ada rekod buruk bab2 merosakkan pertunangan orang, yang dok berkawan jugak sapa suruh. Aduih. Part ni memang rasa nak sekeh kepala Azli ngan nozel pam minyak kedai dia tu. eeeee geram aku.

Teguh: Norhayati Berahim-SOLD OUT




Harga Jual: RM 11.00 ( THIRD PARTY'S COLLECTION)


Setelah kecewa cinta pertama, Nina cekalkan hati meneruskan hidupnya bersama ibu tersayang. Mengahwini Fikri, bekas kekasihnya bukanlah menjadi idamannya kini tetapi apakah Nina akan terus diulit kekecewaan yang terpendam di hati? Akan bahagiakah hidupnya

Seharum Kasih: Aina Emir-SOLD OUT


Harga Jual: RM 11.00
Harga Asal: RM 17.00


Anehnya cinta, bila dua hati saling merindu pada bait kata-kata. Tanpa kenal wajah, tanpa dengar suara, Reeza dan Rasya saling bertingkah rasa. Bagi Reeza, hubungan ini harus dimaknakan segera. Namun, Rasya sering berdalih menyembunyikan resah. Mengapa sukar untuknya melafazkan cinta? Sedangkan bahagia sudah di depan mata?

Sayang sekali... gosip dan fitnah melontarkan jauh cinta mereka. Rasya pergi dengan prasangka. Dia bertindak menerima kasih Fahmi untuk membalas sakit hati. Namun, akhirnya Fahmi melepaskan Rasya yang masih suci. Tetapi Rasya malu untuk kembali kepada lelaki sejujur Reeza. Dia sengaja menghilangkan diri agar jejaknya tidak dicari. Tetapi dunia yang luas ini tidak mampu memisahkan mereka.

Pertemuan yang tidak diduga merapatkan kembali sisa cinta yang hampir padam. Tapi redhakah dia melukakan hati Hilda, tunangan Reeza? Kali ini Rasya tekad! Cinta Reeza harus direbut dan dimiliki!

Pilot Cafe: Zuraidah Othman & Ahadiat Akashah-SOLD OUT


Harga Jual: RM 12.00


Di pilot cafe satu lembaran cinta telah mula berputik.
Kehidupan ini bermula di mana-mana. . .
tak menentu indah ataupun gundah bila Maya kehilangan jantung hatinya. . .
dia bertemu Ameer. . . lelaki yang hanya tau menodai cinta.
bermula dengan secangkir kopi panas di Pilot Cafe. . .
segala-galanya berubah untuk mereka berdua.
Ameer mula merasai apa itu cinta manakala Maya belajar untuk menolak cinta yang suci.
Bagaimanakah berakhirnya kemelut dua insan yang sudah mula memutik bunga-bunga cinta ini

Manisnya Cinta; Anis Ayuni-RESERVED BY OYA


Harga Jual: RM 11.00
Harga Asal: RM 17.00


APAKAH nilai sebuah cinta bagi seorang gadis berlesung pipit bernama Ifti Liyana?

Sejak bertahun-tahun, sayangnya pada Fredo tidak pernah melimpah. Nalurinya sentiasa menidakkan, benarkah mereka bercinta? Akhirnya, mereka kian jauh dan lelaki itu membawa haluan sendiri. Dia sendiri pasrah!

Namun, pandang pertamanya dengan Nazmi, memutikkan perasaan yang aneh. Lelaki itu yang sekejap ada dan hilang seperti menyeru-nyeru semangatnya. Dirinya ibarat mengejar bayang-bayang. Namun, keegoannya sering kali menepis kata hatinya. Tetapi bagaimana dengan rindu yang sarat ini?

Berbolak-balik rasa hatinya. Antara keinginan untuk menyayangi dengan rasa pesimis terhadap kejujuran seorang lelaki. Dalam benci ada rindu, dalam sayang dia jadi keliru, apakah Nazmi benar-benar setia pada yang satu?

Ah... sukarnya melafazkan kata maaf bila prasangka hampir meleburkan sebuah impian. Ifti Liyana akhirnya akur, cemburu buta dan hipokrit bukanlah sifat terpuji. Dia mengakui, Nazmi lelaki sejati yang diimpikan selama ini.