Janji Assila: Liena Afiera Malik-SOLD OUT


Harga Jual: RM 12.00
Harga Asal: RM 25.90

Tak Semanis Impian- Sharifah Abu Salem-SOLD OUT


Harga Jual: RM 12.00
Harga Asal: RM 19.90


NORJINAH... bahagianya sekejap cuma. Kini, kasihnya bersama Razif digugat orang ketiga. Sekeping kad luahan cinta seorang gadis untuk Razif, meraih air matanya. Benarkah suaminya menjalin hubungan sulit di belakangnya? Apakah ini balasan TUHAN sedangkan dia tidak merampas Razif dari sesiapa! Tapi... siapakah gadis itu?

“Lupakah Abang Razif pada janji kita untuk sehidup semati?”

NORSEHA... bukan kali pertama dia melihat lelaki itu. Tetapi pertemuan kedua ini mengusik perasaannya. Lelaki tampan itu cukup memikat. Apatah lagi layanannya yang romantik dan gentleman pada Norjinah menerbitkan api cemburu di hatinya. Sepatutnya, dia tidak boleh berperasaan begitu. Ah... mengapa harus mengalah pada Norjinah? Dia juga merampas Razif dari orang lain.

“Saya cintakan Abang Razif seperti Norjinah cintakan abang!”

RAZIF... sukarnya melafazkan kata-kata. Jika boleh, rahsia ini biar menjadi rahsia. Kalau Norjinah tahu perkara ini, bagaimana? Sedangkan dia tidak pernah berubah hati pada wanita lain. Tapi... gadis itu terlalu berani meluahkan perasaannya. Mampukah dia menepis godaan yang datang?
“Tak mungkin Norseha. Abang hanya cintakan Norjinah!”

Kebahagiaan ini ibarat api yang membakar. Ia cukup menyeksakan. Cinta tak mengenal abang, kakak dan adik! Menang atau kalah bukan jawapannya. Cuma, jangan binasa mengikut rasa kerana impian itu lebih manis dari kenyataan.

Duri: Fauziah Ashari-SOLD OUT


Harga Jual: RM 14.00
Harga Asal: RM 21.50


DURI menyajikan konflik pada hati yang membawa duka dan dendam. Sufi sanggup melakukan apa sahaja demi melunaskan dendamnya dan melihat insan itu tersungkur.


Dia ditinggal kekasih, kehilangan sahabat, bertemu jodoh dengan lelaki yang menyintai adik kandungnya dan berhadapan pula ibu mentua yang egoistik.


Di hatinya tiada simpati dan tidak pernah berasa gentar. Berhadapan dengan ibu mentua bagaikan pertemuan buku dengan ruas sahaja. Hidupnya penuh kepura-puraan. Apabila peluang terhidang dan ruang terbuka, terlunaskah dendam yang membara?


Mampukah elemen cinta Zhaf membendung sifat dendamnya? Mampukah cinta wujud di hati sufi yang penuh duka dan dendam?
Ikutilah kisah sufi yang cuba mencabut DURI di hati.

Untuk Awak Teja Aulia : Syud-SOLD OUT


Harga Jual: RM 16.00 ( NEW RELEASED)
Harga Asal: RM 20.00


dalam benakku, lama tertanam
sejuta bayangan dirimu

Selalunya... kalau lelaki dan perempuan mengaku sahabat baik, salah seorang mesti akan ‘tergelincir’ – terlebih suka!

I

“Tak apalah, adik dah ada pilihan sendiri."
“Siapa? Pacai?” balas mak, sarkastik. Pacai tu teman serumah, sahabat dunia akhirat.
“Kalau Pacai tu perempuan, dah lama mak suruh kau orang berdua kahwin.”
Tawa Adil pecah.
“Anak Cik Fizah...” kata mak lagi.
“Makkk...” Adil mula memprotes, “Nanti adik pandai la cari sendiri. Mak jangan nak memandai apa-apa.”
“Iya... tapi kalau sampai tahun depan tak ada bayang-bayang lagi...?” ugut mak.

Hatinya sudah terlanjur ‘tergelincir’ pada Teja Aulia, biarpun mereka sudah tidak bertegur sapa Frown

II

Dan hati Teja Aulia penuh berbunga daisi apabila Adil melambai tadi. Namun rasa itu ‘dihibakan’ apabila Adil guna kata ganti diri ‘saya’. Jadi pada Adil, dia bukanlah Aulia yang dulu?

Adil hanya akan sebut ‘saya’ pada perempuan yang dia ‘tak berapa kenal’; ‘tak berapa biasa’; ‘tak berapa sayang’. Dan dia sudah termasuk dalam kategori itu!

Nampaknya hubungan dia dengan Adil sudah tidak ada bunga-bunga untuk pulih lagi Frown

* * * *

SYUD menulis ceritanya seperti ‘melukis’. Tulisannya berwarna-warni bak pelangi. Susuri persahabatan bertukar cinta dalam Untuk Awak Teja Aulia. Tentulah karya SYUD ini sebuah ‘lukisan’ yang cantik sekali!

Bintang-Bintang Ke Syurga: Xarine-SOLD OUT


Harga Jual: RM 12.00
Harga Asal: RM 19.00


Urusan ini perutusan cinta.

Seperti sabda Rasulullah, Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.

Islam itu cinta.
Cinta itu fitrah terpateri dalam hati. Hanya cinta dalam hati yang akan
menyatukan kita dan semua manusia. Seperti alam kehidupan yang satu
ini ditampung oleh bongkah-bongkah alam yang sedang bercinta. Roh
cinta yang mutlak berpateri pada hukum qadar-Nya. Setiap detik pasir-
pasir dan burung-burung itu mengucapkan ‘cinta’ ke hadrat Tuhan mereka.

Maka aku berusaha mencintai semua, dan mengikat hati pada simpulan iman kepada qada dan qadar Allah.

Imran lulusan kejuruteraan, anak miskin yang tidak punya apa-apa kecuali kecintaannya pada Allah. Lalu wajarkah dia ada hati kepada si dia yang punya segala-galanya? Atau orang miskin hanya layak untuk dijodohkan dengan orang yang tidak punya apa-apa juga? Kalau begitu, apa pula maknanya sekufu?

* * * *
Dengarkan bisikan cinta daripada XARINE sang insinyur yang berbicara fasal
cinta dalam lembutnya bahasa dari hati seorang lelaki yang mengharapkan
reda Ilahi.

Berikan CIntamu: Rose Harissa-SOLD OUT


Harga Jual: RM 12.00
Harga Asal: RM 19.90


Orang kata cinta itu indah dan mengasyikkan. Cinta itu juga sungguh romantis dan sukar untuk dilupakan. Namun, adakah cinta itu membahagiakan seandainya si dia tidak bijak melaksanakannya? Adakah cinta itu dianggap buta sekiranya si dia tidak pandai menilaikannya?

Kerana itu, Eza Nylea keliru dalam pencarian cintanya terhadap seorang lelaki bernama Rizal. Mengapa dia sahaja yang mendambakan cintanya selama hampir tujuh tahun dan membina keyakinan sendiri sedangkan lelaki itu langsung tidak menghargai kejujuran, ketulusan dan pengorbanannya?

Dia sahaja yang menjadi penunggu setia dan mengharapkan cintanya dibalas. Namun, Rizal tidak pernah berada di sisi tatkala Eza Nylea amat memerlukannya. Cinta itu memerlukan bukti dan itu yang Eza Nylea mahukan daripada Rizal.

Dalam penantian yang menyeksakan, Azalan datang sebagai seorang sahabat yang sudi berkongsi rahsia hati dan perasaan Eza. Persahabatan ini akhirnya termeterai dengan ikatan kasih sayang.

Eza keliru lagi. Antara Rizal dan Azalan.. yang mana harus diberikan cinta? Di sana masih mencintai, di sini menagih kasih.

"Andai aku dapat merasakan cinta, takkan pernah aku merasakan kesepian dan kehampaan"

Relaku Menanti: Damya Hanna-RESERVED BY NINA


Harga Jual: RM 12.00
Harga Asal: RM 19.90


Bahagiakah Nurin Aina jika hidupnya bagai lilin membakar diri? Dia terpaksa mendepani Liyana dan Mylia yang pendendam. Begitu juga dengan Luqman serta Zamil yang mengharapkan kasihnya. Setiap wajah yang berkisah, Nurin bagai hilang luahan rasa.


Zamil mencintai Nurin. Luqman juga mencintai Nurin. Yang mana satu pilihan hati? Zamil seolah-olah putus harapan apabila Luqman hadir dalam diri Nurin. Zamil cuba menahan sebak. Jiwa lelakinya menangis. Tapi bayangan Nurin juga yang sentiasa menghantui perasaannya.

Siapakah pilihan hati Nurin? Adakah Zamil atau Luqman yang bertepuk sebelah tangan? Siapa pula yang terluka hati?

Away Sekejap

Salam..Saya outstation sampai Rabu nie..So takde update pasal buku..Tengs kerana kunjungi & beli buku dari saya...Muahhhhh

Sesuci Cinta: Aina Emir


Harga Jual: RM 11.00

Harga Asal: RM 17.00


Nuraina, gadis biasa yang tidak punya apa-apa. Dia pernah terluka dan kerana itu pelarian adalah satu cara untuk mengembalikan harga diri yang telah dirobek dan dihina. Walau setinggi mana cintanya pada Armand, dia sedar cinta tanpa harta tidak ke mana.


Bertahun lamanya di rantau orang, jauh dari keluarga tercinta, akhirnya apa yang diimpikan jadi nyata. Kepedihan dan kekecewaan terubat dengan kehadiran Behzad yang dapat menerima dia seadanya.


Namun manusia... sehebat mana pun merancang, tapi TUHAN yang menentukan. Lambaian Istana Al-Hambra membawanya ke Andalusia, Sepanyol. Tanpa terduga, dia bertemu kekasih lamanya, Armand.


Pertemuan yang tidak disangka-sangka itu lantas mengetuk hatinya semula. Dia tahu lelaki yang dikasihi itu tidak pernah bersalah. Dialah yang sebenarnya beralah terlalu mudah. Kini dia keliru! Antara kasih dan kasihan. Antara cinta barunya dengan nostalgia cinta pertamanya.


Cuma manusia sering terlupa, realiti tidak seindah mimpi. Cukupkah dengan lafaz cinta sahaja boleh menjanjikan bahagia? Cukupkah..?

Pulut Sakura Serunding Kasih: Leyla Shuri-SOLD OUT


Harga Jual: RM 12.00
Harga Asal: RM 19.90


Rafique, pemuda Malaysia yang pernah kehilangan kekasih, menjadikan penghijrahannya ke Jepun sebagai tempat melepaskan diri dari kongkongan memori itu. Berlatarkan kenyamanan Gunung Fuji, kekosongan di hati Rafique diis semula dengan satu kejadian yang tidak dijangka. Hujan lebat bersama ribut taufan, membasuh saki-baki kenangan yang masih merimaskan hatinya. Takdir menghidupkan semula sumbu kasih sayang itu.

Di Gunung Fuji, sekali lagi Rafique kehilangan sesuatu yang tidak ternilai. Apa terjadi di Gunung Fuji? Dapatkah Rafique mencari kehilangan itu?

Pulut Sakura Serunding Kasih memaparkan nilai-nilai sosial dan budaya masyarakat Jepun dan Melayu. Pulut sakura menjadi lambang nilai-nilai Jepun dan serunding mewakili lambang orang Melayu dalam adegan watak-watak di dalam novel ini.

Setelah Kau Pergi: Rozita Abd Wahab-SOLD OUT


Harga Jual:RM 15.00
Harga Asal: RM 24.90


Athirah ~ Tergamaknnya aku merampas kebahagiaan kalian setelah aku kau berikan perlindungan. Dan sebelum aku menjadi manusia yang lebih kejam, aku serahkan zuriatku ini padamu agar kau dapat merasai betapa nikmatnya menjadi seorang ibu. Juga aku kembalikan suami yang aku sayangi ini buatmu. Kerana aku sudah mula dapat merasakan betapa tamaknya aku dengan kasih sayangnya…

Hisyam ~ Aku mencintaimu, menyayangimu dengan sepenuh hatiku. Segala-galanya berlaku tanpa sedar, bilamana gurau senda dan usikan mesra akhirnya berbungakan cinta. Demi Tuhan, aku sesungguhnya tidak mampu membuang namamu dari hatiku. Aku ingin milikimu walau dengan apa cara... kerana di hatiku ada cinta, ada kasih dan sayang yang mendalam. Namun mengapa akhirnya kau pergi meninggalkan aku dan anak kita ?

Syakir ~ Mengapa tidak pernah walau sekalipun kau berterus terang denganku tentang statusmu? Tentang hatimu yang teleh dimiliki oleh insan yang bergelar suami. Aku keliru... cemburu juga sudah tidak memberikan apa-apa makna buatku. Athirah.. aku tidak mampu jalani hidup ini sendirian tanpamu. Aku perlukan cintamu untuk terus hidup.. untuk terus bernafas…

Semusim Rindu: Aleya Aneesa


Harga Jual: RM 11.00
Harga Asal: RM 18.00




Di sebalik senyumannya... ada tangisan yang panjang. Keperitan hidup menjadi anak buangan membuatkan Hajar Adira begitu berhati-hati. 15 tahun dia cuba membalut luka tetapi sehingga kini luka itu masih berdarah. Selagi parut itu masih ada, kemaafan untuk mereka mungkin tiada. Dulu Hajar pernah mengemis kasih sayang saudara sendiri, kini kasih itu tidak diperlukan lagi. Cukuplah jiwanya menderita dan zahirnya terseksa...


Benarlah... perasaan itu sememangnya sesuatu yang hidup. Hari ini tiada tapi esok mungkin ada. Hari ini ada, mungkin esok tiada. Tapi Hajar tahu perasaannya pada Ikhman tidak akan sirna sampai bila-bila. Bukan senang untuk dia jatuh cinta! Bila sekali perasaan itu bertapak, tiada apa yang mampu menghilangkan rasa cinta walaupun perasaan dendam pernah berapi di dadanya. Sesungguhnya kemaafan adalah dendam yang terindah...


Sungguh... Hajar rindu pada Ikhman. Tapi dia terlalu takut dilukai hingga tanpa sedar dia sebenarnya melukai hati dan perasaannya sendiri. Mungkin ini suratan yang tertulis dalam lipatan hidupnya. Di saat dia baru belajar bertatih untuk menerima dan memberi Ikhman kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, dia dibiarkan terkapai-kapai seorang diri. Dan... yang paling perit dia dituduh menduakan suami sendiri! Inikah balasan ALLAH pada dirinya yang ingkar?


Akhirnya... kata putus harus diambil. Biarpun kasihnya digantung tidak bertali, status sebagai isteri tidak akan sesekali dicemari. Jika perpisahan menjanjikan penyatuan dua hati, dia rela berlari dan terus berlari demi mencari kebahagiaan sendiri. Yang pasti dia tidak mahu menjadi seperti bunga, dihirup madunya kemudian ditinggalkan begitu saja. Apakah Ikhman tahu maksudnya?

Dakapan Rindu: Fatin Nabila-SOLD OUT


Harga Jual: RM 11.00
Harga Asal: RM 18.00


Suraya seindah nama, secantik pekertinya. Disisih, dicaci dan dihina, namun dia tetap tabah mengharungi dugaan. Mengenali Ezahar, membuatkan kasih sayangnya tertumpah pada lelaki itu. Baginya Ezaharlah pengubat lara, penyembuh derita.

Pemergian Ezahar ke luar negara memberi kesan kepada Suraya. Namun, siapalah dia untuk menghalang. Janji dimeterai; selagi ada hayat, selagi it setia takkan goyah. Tinggalkah dia memegang teguh janji yang terpahat, menghadapi onar sendirian.

Bulan berganti tahun... namun, khabar berita yang dinanti-nantikan tidak kunjung tiba, Suraya terkapai-kapai keseorangan, membuat pelbagai telahan dan andaian. Apakah akhirnya nanti?

"Cinta itu wujud apabila kita mula merasainya. Bila kita dah merasainya, ungkapan cinta itu sudah tidak perlu lagi."

Benarlah, hadirnya cinta tidak diduga. Hadirnya kasih tidak dipinta. Suraya sesungguhnya tidak pernah meminta hatinya dibahagi dua. Kehadiran Norman di saat hati terguris luka memberikan semangat baru untuknya.

Haruskan dia terus berlaku setia andai diri seolah dipersia? Haruskan dia membutakan mata dan hati, mengharap pada yang tak pasti? Tergamakkah dia melerai janji yang ditaburi sendiri? Di mana pendiriannya?

Dia perlu yakin pada kata hati! Yang pasti, dia tidak mahu tewas untuk kesekian kali!

Sambutlah Cintaku: Bikash Nur Idris-SOLD OUT


Harga Jual: RM 9.00
Harga Asal: RM 11.00


Pertama kali bertemu Aiman, Datul menganggap lelaki itu tidak sesuai memegang jawatan sebagai pengarah urusan di Iman Holding, syarikat milik ayahnya.


Di pejabat, mereka sering tidak sependapat dalam tugas. Kata mengata dan
benci-membenci merupakan senjata untuk mereka bersengketa. Akhirnya, tanpa diduga, Aiman cintakan Datul dan Datul rindukan Aiman.


Masalah timbul bila Amir juga jatuh hati pada Datul tanpa mengetahui gadis itu adalah kekasih abangnya. Aiman bersedia mengundur diri untuk kebahagiaan adiknya. Tapi cinta Datul tidak mungkin ditukar ganti.


Atas desakan keluarga, perkahwinan Aiman dan Datul dilangsungkan. Aiman
bertindak menjauhkan diri dari Datul kerana rasa bersalah melukakan perasaan Amir. Sebagai isteri, Datul tertekan dengan sikap Aiman dan bertindak membawa diri.

Kerana Dia Cinta: Izza Aripin-SOLD OUT


Harga Jual: RM 11.00
Hraga Asal: RM 18.00


Dlm perjalanan mencari cinta sejati, Gia terpaksa bernikah dgn Ryan berkorban demi menyatukan dua gergasi korporat. Ketiadaan cinta menyebabkan rumahtangga yg dibina reta menanti belah. Hadirnya Dena menggoncang pendirian Ryan. Rezman dijadikan alat oleh Dena utk mengejar cintanya. Terhimpit dgn beban perasaan yg semakin sukar digalas, Gia membawa diri ke Teratak Bayu. Siti Hajar menyedarkan dirinya bahawa keredhaan suami adalah kebahagiaan seorang isteri. Gia pulang dgn hasrat mahu mengubah benci menjadi cinta.

Tetapi, semuanya sudah terlambat. Gia membawa hati yg lara ke perantauan bersama dendam. Masa yg berlalu tidak pernah memadamkan dendam dan meredakan benci. Gia kembali sbg Amani yg sudah menemui cinta sejatinya terhadap Allah. Hatinya yg masih luka diketuk oleh cinta Zeek yg hadir tanpa diduga. Dlm dilema mencari arah, muncul Ryan menagih cinta dan maaf.

Siapakah di hati Amani? adakah dia menerima cnta Zeek dgn redha? Atau pulang ke pangkuan Ryan melupuskan dendam? Kerana Dia Cinta... membawa Gia menyusuri jalan kehidupan yang tidak lekang daripada onak dan duri.

Kerana Dia Cinta... kerana Ryan, Gia terpaksa berkorban, Dena rela bermusuhan, Rezman percaya pada cinta.

Kerana dia Cinta... kerana Gia, Ryan belajar mengenali cinta, Fahrein berjaya mencapai cita-citanya, Zeek menemui cinta sejatinya.

Kerana Dia Cinta... kerana Allah, Nurjia Amani menemui cinta abadi.

Senafas Rindu: Damya Hanna


Harga Jual: RM 12.00
Harga Asal: RM 19.90


Tegarkah dia berdepan dengan kenyataan andai diri masih dihimpit kenangan lalu? Ke mana jua langkahnya dibwa, kisah duka yang pernah terpalit itu, amat sukar diluputkan daripada ingatan. Tanpa kata-kata perpisahan, Shafika kabur daripada pandangan mata. Lantaran itu, jiwa Fariz terus lumpuh tak keruan.


Bertahun lamanya memendam rasa, kemunculan Viviana menarik perhatian. Pertemuan pertama yang terjadi bagaikan dirancang, namun hakikatnya ada rahsia yang tersingkap. Fariz tidak mampu mengelak andai itu sejarah yang bakal terukir dalam episod kehidupannya. Shafika adalah kenangan dan kehadiran Viviana adakala mencuit hati lelakinya. Apakan daya, perbezaan adat dan agama menyekat diri untuk berangan-angan tinggi.


Di saat kemelut melanda diri dengan kebetulan yang tercipta, ada senafas rindu yg bertamu dengan kehadiran Siti Nur Ain. Fariz pasti... sinar buatnya akan terserlah andai mereka tabah menghadapi dugaan.


Antara Syafika, Viviana dan Siti Nur Ain... Fariz hanya mampu memilih satu. Namun akan ada hati yang pasti terluka dengan keputusannya. Dia sekadar berserah.

Buatmu Kekasih: Aisya Sofea-SOLD OUT

-
Harga Jual: RM 12.00
Harga Asal: RM 19.90


Tanpa Fikri, dunia Ika tidak bermakna.
Tiada Lukman, betapi sepinya hati Farah.
Betapa getir dugaan, Fuad tetap milik Umairah.
Meski bertahun berpisah, hati Zainal hanya untuk Kay.
Dan cinta suci Hanif adalah memori terindah Intan Azureen.


Tahun berlalu... kini Ika, Farah, Umairah, Kay dan Intan sedang meniti
alam kedewasaan. Walau jauh di sudut hati mereka mengharapkan
kebahagiaan, namun yang terluka ada perasaan yang tersentuh, ada hati
yang merana. Namun, dengan kekuatan kasih sayang, segala dugaan cuba
diatasi sebaik-baiknya.


Buatmu Kekasih menggambarkan betapa akrabnya kita dengan watak-watak
dalam karya terdahulu hingga merasakan bahawa mereka turut menghirup
udara yang kita hirup, tinggal di bawah langit yang sama dan juga
berlampukan sinaran bulan yang satu. Khusus untuk pembaca tersayang,
saya titipkan khabar terkini pasangan-pasangan yang pernah saya
ilhamkan. Semoga dengan kisah yang saya lakarkan ini dapat memberi
ikhtibar untuk kita meniti hidup seharian.

Jika Benar Cinta: Lynn Dayana-SOLD OUT


Harga Jual: RM 11.00
Harga Asal: RM 18.00


Dia sukar menyatakan rasa cinta. Seolah-olah ucapan keramat itu bila diucapkan, bakal menjerut lehernya sendiri. Pengalaman lalu yang pahitnya masih lagi terasa juga menjadi punca mengapa dia tidak mahu berlindung di bawah payung hati lelaki. Teduhnya mungkin sementara saja. kalau boleh, dia mahu terus hidup sendiri.


Namun sejak terpandang senyuman manis Airy, hatinya bermukin di laman rindu. Ada debar membara di dada. Dia sendiri tidak tahu kuasa mana yang sudah menyampuk dirinya. Siang terpandang-pandang dan malam terbayang bayang. Asyik terkenang-kenang.


Gila. memang benar cinta boleh membuatkan manusia jadi gila. Jatuh cinta juga umpama jiwa yang dimahkotakan. Semua indah belaka.


Tetapi... sanggupkah dia menjadikan kebahagiaan hatinya satu taruhan lagi? Dia sendiri tidak pasti. Mampukah dia bertahan sekali lagi jika hatinya dilukai?


Dia tidak tahu menyemai kasih tanpa benih di ladang dan tidak bertanah. umpama mencari air yang tidak bergaram di tengah lautan.


Bukan sesuatu yang mustahil, namun 'jika benar cinta' segalanya memerlukan pengorbanan...

Saat Cinta Bersemi: Damya Hanna


Harga Jual: RM 11.00
Harga Asal: RM 18.00


BENAR, tiada siapa yang mengharap derita sepanjang hidupnya. Begitu jua dengan Nur Dhuha yang tidak pernah mengimpikan duka. Namun, takdir sudah tertulis... kehidupannya terus dirundung malang.

Syamir... walau kewujudan semula lelaki itu tidak pernah dimahukan sama sekali, dia tetap tega memburu Nur Dhuha. Dendamnya begitu mendalam walau episod duka sudah berlalu bertahun lamanya. Nur Dhuha... didera mental dan fizikal seolah tidak layak menikmati hidup. Walau derita, jauh di sudut hati, dia tetap mendambakan kasih dan sayang. Bencinya terhadap Syamir hanya di bibir. Luka yang dicipta Syamir berulang kali dirawat sendiri sehingga sabarnya mencapai kemuncak.


Kehilangan Nur Dhuha meragut keegoan Syamir. Benarlah kata orang, betapa pentingnya seseorang itu hanya dapat dirasai apabila kita kehilangannya. Tatkala hampir kehilangan gadis itu, perlahan-lahan cintanya datang bersemi. Lantas, dia kembali sebagai pemburu demi sebuah kemaafan. Wajarkah kemaafan buat Syamir setelah Nur Dhuha hampir hilang pedoman diri? Masih adakah harapan untuk Nur Dhuha mengecap bahagia?

Bunga-Bunga Kemboja: Aina Emir-RESERVED BY KAK LAILA


Harga Jual: RM 12.00
Harga Asal: RM 19.90


Mawar,

Sudah lama aku ingin mengatakan sesuatu kepada mu tetapi malangnya, aku tak berani utk meluahkan perasaan ku ini. Selama ini, aku tidak pernah menyatkaan kpd sesiapa jua.

Hari ini, aku hanya ada engkau shj sebagai teman. Tiada lg ibu bapa, tiada lg saudara-mara dan tiada lagi teman, kecuali kau Mawar.

Pernah suatu ketika dahulu aku jatuh cinta dgn seorang wanita yg cantik dan comel dan bertahun-tahun lamanya kami beradu kasih, tetapi malangnya cinta kami tidak kesampaian. Dia telah meninggalkan aku utk orang lain. Kerana perpisahan itulah, aku telah membawa diri merantau ke negara orang, nun jauh di utara. Ketika itu, tiada niat lain kecuali berjihad utk agamaku.

Semasa di perantauan itulah, aku telah bertemu dgn rakan baikmu. Juga wanita yg cantik dan menarik. Kerana agamaku aku telah mengorbankan diriku utknya. Namun, ikhlas aku lakukan utknya.

Mawar,

Sekalipun aku cuba utk menjadi lelaki yg baik, namun sebagai manusia biasa, aku masih lemah. Kerana kelemahanku itulah aku kerap terumbang ambing. Tidak tahu menangani emosiku. Aku tersepit antar cinta pertamaku dan perasaan syg yg ada pd temanmu itu. suatu ketika dulu, aku tidak tahu keputusan apa yg patut kupilih.

Maafkan aku mawar, sekiranya di matamu dan rakan baikmu itu, aku tidak kelihatan seperti seorang wira, walaupun itu yg mahu aku lakukan. Sampaikanlah salamku kpd rakan baikmu itu.. katakanlah yg dia masih teristimewa buatku.

Salam,
Muhammad Nabil Arief

Biar kujadi bunga2 kemboja yg terlekat di tangkainya bukan yg berguguran di atas tanah..

Atas Nama Cinta: Bikash Nur Idris


Harga Jual: RM 13.00
Harga Asal: RM 20.90



'Cinta ibarat berlian
yang mempunyai benih faset. Jernih atau
kabur cahayanya bergantung
kepada penggosoknya'

Genelia hanya mahu jauh dari keluarga, demi cinta. Hafidz hanya mahu menjauh dari curiga, demi sahabat. Lalu mereka lalukan perkara yg serupa; berbohong. dan, pembohongan itu mencengkam hati mereka lantas dengan nama cinta mereka berikrar, mahu mencipta kenangan demi dibawa bersama. Hanya satu masalah yang timbul: Kenangan akan mengejar lau mereka menjadi tamak, mahu memiliki CINTA - sepenuhnya.

Hamparan Kasih: Amy Batrisya


Harga Jual: RM 11.00
Harga Asal: RM 18.00


Marina dalam kepasrahan apabila dicintai oleh pemuda yang pernah menjadi teman sepermainan sejak kecil lagi iaitu Hakimi. Pada masa yang sama dia ingin menjaga Bani yang ditinggalkan di rumah anak-anak yatim. Bani tidak diterima langsung oleh abahnya.

Marina takut menerima cinta Hakimi kerana khuatir tidak mendapat restu keluarga. Apatah lagi kisah silam kedua-dua keluarga mereka masih tercalit di hati sehingga mereka meningkat dewasa.

Ditelan mati emak, diluah mati bapa. Marina tidak dapat membuat keputusan yang tepat. Apakah yang perlu dilakukan untuk menerima cinta Hakimi? Siapakah Bani di hatinya? Apakah kisah silam yang menghantui diri mereka berdua?

Nilai Cintanya: Rozita Abd Wahab-SOLD OUT


Harga Jual: RM 10.00
Harga Asal: RM 17.90

Belaianmu: Suhaniza Sulaiman-SOLD OUT


Harga Jual: RM 10.00
Harga Asal: RM 20.90



Irfan seorang lelaki yang sering gagal bercinta. PErkahwinan dgn Nur Eisya adalah satu pengalaman bahagia buatnya tetapi kehadiran Shahril Azwan meragut segala-galanya. Nur Eisya terpaksa dilepaskan lalu bermulalah mukasurat baru dalam diari hidup Irfan sbg lelaki yang pemarah dan suka memainkan hati perempuan.

Dia suatu sudut diari kehidupan yang lain wujud sofia, seorang gadis innocent yg kekampungan. Dia hidup tersiksa dgn ibu tirinya. Dia dipaksa mengahwini seorang lelaki tua utk melunaskan hutang. Semasa melarikan diri dia bertembung dgn Kudin yg turut berniat jahat. Nekad Sofia melarikan diri dgn bantuan pakcik Yusuf. Zaida, anak saudara ibu tiri sofia menjadi galang gantinya.

SEbaik menjejak KL Sofia sudah terperangkap dan hampir2 diragut kehormatannya tetapi diselamatkan oleh bapa Irfan. ibu bapa Irfan melayan sofia seperti anak sendiri sehingga menjadikan Sofia segan dgn pasangan berhati mulia tu, jauh lebih baik budi pekertinya berbanding Irfan yg sentiasa melemparkan kata2 menyakitkan hati kpdnya. Ibu dan bapa Irfan mahu Irfan kembali spt dulu, mereka merancang utk memaksa Irfan menerima Sofia sbg isteri kerana mereka yakin kesabaran dan budi pekerti Sofia akan dapat mengubah Irfan. Irfan cuba mencari helah tetapi bapanya lebih bijak merancang atau lebih tepat mengugut.

nampaknya perjalanan hidup 'menyiksakan' sentiasa mengekori Sofia ke mana-mana. Tetapi kesabarannya mencuit hati Irfan yang masih lagi tebal dendamnya terhadap perempuan. Kebenciannya yang tebal terhadap Nur Eisya meranapkan sayangnya pada Sofia yang makin mekar.

Setulus Janji: Aina Emir-SOLD OUT


Harga Jual: RM 11.00
Harga Asal:RM 18.00


Ilham dan Insyirah, dua beradik angkat yang membesar bersama bagai abang dan adik. Tanpa diduga, ada rindu yang bertamu di hati mereka. Dalam diam, masing-masing menyimpan rasa. Cinta, kasih dan rindu mereka bersatu menjadi tugu. Namun, Ilham atau Insyirah tidak berani bersuara. Bimbang kasih yang hadir, hanya bertepuk sebelah tangan.


Bertahun-tahun mereka memendam rasa. Ilham hanya memandang dari jauh meleraikan resah. Insyirah pula menyulam gelisah di tabir mimpi. Mengapa tidak berterus terang? Adakah mereka takut pada jawapan ya atau tidak sedangkan cinta harus dilafazkan dengan kata-kata!


Dugaan datang bila Aiman berjaya mendekati impian Insyirah. Ilham yang tersilap menduga, bertindak mengikat Juwita sebagai tunangannya. Mereka berpura-pura menerima orang lain sedangkan hati tidak benar-benar rela. Hanya bulan dan bintang yang setia mendengar rintihan mereka.


Cinta yang hampir terhumban, kembali marak menyala. Keajaiban ALLAH, akhirnya menyatukan Ilham dan Insyirah sebagai suami isteri. Begitulah setulus janji dua kekasih yang pernah terluka dan dilukai, agar pengalaman di masa silam dijadikan kenangan.

Mahligai Impian: Azian Zahra-SOLD OUT


Harga Jual: RM 12.00
Harga Asal: RM 18.90


CINTA KASIH YANG TERUS DIUJI, MANISNYA TETAP ADA WALAU IA TERSEMBUNYI... Segalanya berlaku tanpa pernah diduga. Bermula daripada sengketa setelah insiden berlanggar bahu, Kamarul terus dimusuhi Velina setiap waktu. Kamarul yang sebelumnya terlalu dingin dengan setiap wanita, kerap pula dijejaki oleh Rohana rakan sekuliah Velina. Walau cuba diselami oleh Rohana, Kamarul tetap terus membisu. Takdir mengikat Kamarul-Velina menyebabkan Zarul kekasih Velina tersingkir. Perkahwinan terdesak dua remaja turut direstui Datuk Baharum, bapa Velina. Perkahwinan yang mencipta perang dingin, walau sebumbung tapi tak sehaluan itu terus menguji kesabaran Kamarul biarpun kehadirannya disenangi oleh ahli keluarga Velina. Dengan cabaran menghadapi kuliah dan masa yang sama diasak karenah isteri, dia tetap tabah memberi perhatian sepenuhnya pada si isteri< Kekuatan, kesabaran manisnya tetap suatu yang misteri, tetap tersembunyi: Ada ketikanya Kamarul diuji dengan kehadiran kekasih lama atau teman-teman yang tidak pernah tahu perkahwinan mereka! Siapakah yang lebih menderita di saat hati masing-masing ingin terus menduga Di manakah nokhtah manisnya musim perkahwinan mereka?

Cerita Cinta : Anis Zainol-SOLD OUT


Harga Jual: RM 18.00
Harga Asal: RM 28.90


Kisah buku ni tentang Athirah. Dia ni dah ramai org masuk meminang tapi ditolaknya. Kali ini ayahnya bertindak menerima pinangan kerana dia yakin keluarga tersebut adalah terbaik utk anak kesayangannya, lagipun dia tak mau Athirah terus mengelak dari berkahwin.


Athirah terpaksa menerima Megat Afiq, anak kepada Datin Sofea. Ketika itu dia dah mula tertarik dgn Akram tetapi perasaan itu dipendamkan. Akram sentiasa ada di sisinya ketika dia memerlukan tak kira semasa Athirah nak mengisi masa lapang aku semasa Athirah nak shopping utk barng2 kawinnya. MEgat AFiq yg tak pernah ditatapnya tak pernah muncul dan ada saja hal tak dapat berjumpa.


Pada hari perkahwinannya baru dia bertemu dgn Megat Afiq yg nama penuhnya MEgat Afiq Akram!


cerita cinta mereka masih panjang dan permulaan itu menjadi pemanis perjalanan cerita ini. Ada mata dendam yg memerhati kebahagiaan mereka kerana Athirah pernah beberapa kali menolak pinangannya. Ribuan ringgit sanggup dihabiskan demi memastikan pasangan itu dilanda musibah. Di awal perkahwinan mereka ada masalah komunikasi tetapi as the story goes mereka semakin mengenali hati budi masing2 namun ada musuh dalam selimut di rumah mereka sejak Athirah mengandung.


Ada kisah lama yg tersembunyi di antara bapa Athirah dan ibu MEgat Afiq Akram.

Kekasih Pujaan: Azian Zahra


Harga Jual: RM 12.00
Harga Asal: RM 18.90


Bila hati dilanda cinta, seluruh perasaan ego lebur menjadi debu. Sanggupkah Sufia anak gadis hartawan

meluahkan perasaan cintanya terhadap Zalfi yang pada mulanya dianggap orang bawahan dan tidak

sepadannya?
Zalfi pula terpaksa pendam perasaannya terhadap Sufia, kerana sedar akan perbezaan darjat. Hubungan

mereka terbatas setakat hubungan persahabatan yang masing-masing mengharap akan ada antara mereka

yang berani membicara soal hati.
Namun harapan tinggal harapan, sehingga Sufia mengambil keputusan menerima lamaran Daniel teman sekuliah

ketika melanjutkan pengajiannya di Australia dulu.
Lukakah hati Zalfi? Sedangkan Sufia tidak pernah tahu akan cintanya. Apakah ada ruang waktu untuk Sufia

berpatah balik daripada keputusannya ke jinjang pelamin bersama Daniel? Atau mungkinkah akan muncul orang

ketiga yang akan menyatukan cinta mereka? Mungkinkah impian mereka menjadi kenyataan?

Bayangan Rindu: Anis Ayuni-SOLD OUT


Harga Jual: RM 12.00
Harga Asal: RM 19.90


Rasa aneh, tapi bahagia yang menderu bagai angin lalu menyapa hati Iddya tatkala dia duduk bertemankan Umar Aisy di bawah pohon jacaranda. Namun perasaan itu diabaikan begitu sahaja kerana ketika itu hatinya dibuai rasa cinta terhadap Baein, yangjuga teman sekelasnya. Andaian Iddya; cinta anak-anak sekolah tidak akan sampai ke mana terbukti benar apabila Baein mengalih cinta kepada gadis lain.


Pertemuan dengan Lufti pula melahirkan rasa cinta yg begitu mendalam. Tapi malangnya ikatan itu terputus di tengah jalan dan menimbulkan konflik kejiwaan kepada dirinya. Lalu Iddya mencurahkan resah gelisah, duka kecewa dan menangis hiba di depan Umar Aisy yang tak jemu-jemu memujuk dengan kata-kata yang mendamaikan perasaan.


Umar Aisy: Penantian satu penyeksaan, tapi indahnya tetap ada. I akan terus menunggu sampai I pasti 'dia' bukan jodoh I.


Iddya: Aku sendiri tidak pernah berhenti berharap agar kau menyambut salam kasihku. Tapi aku lebih rela mengurung impian ini daripada tidak tahu di mana hendak aku sembunyikan muka andai kau menolak cintaku. Aku bimbang kelak mungkin kau akan berkata; tak dapat memakna cinta dengan Lufti dan cinta Baein pulak sudak kecurian, barulah aku berpaling kepadamu mencari cinta.


Que sera, sera. Whatever will be... will be... The future's not ours to see. Que sera, sera. What will be... will be.

Lagu Rindu: Ayu Emelda


Harga Jual: RM 11.00
Harga Asal: RM 17.00


Dia pernah mengaku mencintaiku. Ingin menjadikan hbungan ini lebih
serius dan bermakna. Dia membuatkan aku memasang angan-angan tentang
masa depan. Hidup bersama sebagai pasangan bahagia. Dan... sejak
Aqmal meluahkan rahsia hatinya, aku juga telah menyatukan jiwa utk
mencintai dia seorang.

Indah kata yang diucapkan dulu rupa-rupanya satu nista. Pembohongan
seorang lelaki kasanova yang sudah biasa menyusun harapan palsu.
Lihatlah kini, apa yang ada didepanku. Gelagat Sofea membuatkan
kasihku pada Aqmal sedikit malap. Tak mungkin aku akan menerima
seorang lelaki yang tidak ada pendirian. jauh benar penilaian
pertamaku tentang karisma yang Aqmal miliki. Jika benar hatiku
untuknya, kenapa kehadiran Sofea seperti begitu bermakna buat
dirinya?

Aku sebenarnya takut seandainya kasihku terputus di tengah jalan.
Khuatir, jika rasa sayang Aqmal berpaling kepada insan lain setelah
seluruh perasaanku menjadi miliknya. Bimbang andai cinta beralih
arah tatkala kuserahkan jasadku kepadanya..

Tangisan semalam sudah ternoktah. Aku tidak sebodoh itu membenarkan
hati menerima kehadiran cinta yan bukan untukku. Meski sesekali hati
digamit cemburu dan rasa rindu mengetuk kalbu, namun aku nekad...
hati ini tidak akan terus terluka kerananya. Yang pasti aku tidak
mahu usia mudaku dibelenggu derita madu cinta!

Janjiku Bersamamu: Aleya Aneesa


Harga Jual: RM 12.00
Harga Asal: RM 19.90


Dalam hidup ini, manusia sering kali diberi banyak pilihan untuk meniti lorong-lorong kebahagiaan. Memilih siapa yang layak disayangi dan siapa pula yang tidak. Tapi, tidak bagi Dhamira Rysda. Dia tidak pernah punya kesempatan itu. Mahu atau tidak, dia hanya ada Aly Rasyid. Itulah racun, itulah penawar dalam hidupnya.

Tapi siapa dia mahu mencabar takdir? Lalu, dunia yang selama ini penuh dengan warna-warni mula gerhana dalam sekelip mata hanya kerana dia mahu melayan dan mencari bahagia yang kian lama tercicir. Sungguhpun begitu, dia masih dapat melihat dan merasakan biasan bulan dan bintang ada di mana-mana.

Nyata, sejarah memang selalu akan berulang. Dan kini, sejarah Mariam benar-benar menjadi sumpahan. Namun, dia bertekad untuk keluar daripada kepompong sumpahan itu. Dia tetap akan memastikan kanvas hidupnya lebih indah berbanding Mariam.

Tapi... sekuat mana pun dia, ada masa-masanya dia kewalahan. Takdir yang datang bagaikan sengaja mempermain-mainkan perasaannya. Lantas dia bertanya sendiri, “Berdosakah dia mengabaikan perasaan Aly Rasyid? Sedangkan dia tahu, dia hanya ingin mencari bahagia.” Dan, kebahagiaan... benarkah tak ubah seperti sepotong mimpi?

Gelora Jiwa: Aisya Sofea-SOLD OUT


Harga Jual: RM 11.00
Harga Asal: RM 17.00


*


Siapa kata setia tak mungkin berlaku curang? Siapa menduga kasih takkan bertukar menjadi benci? Katakan sejujurnya, bagaimana harus disukat bahagia jika dalam hati Intan Azureen, berkocak dilanda asmara.

Seraut wajah tenang itu, tiba-tiba berubah menyimpan seribu luka. Keluh resahnya sekadar melunakkan hati yang duka. Bagaimana harus dijelaskan; setianya bukan lagi untuk Hanif Azman tunangnya. Tapi, kasihnya sudah berpaling jauh pada Hanif Ashman dalam sekelip mata!

Siapa merampas dan siapa yang dirampas? Siapa yang berhak dan siapa pula yang tak punya hak? Intan Azureen lemas di tengah-tengah kekusutan. Dia harus teguh memegang janji wasiat; membina rumah tangga dengan lelaki pilihan keluarga.

Atas desakan keluarga melawan kehendak hati, dia harus membuat pilihan yang tepat. Hanif Ashman satu mimpi. Hanif Azman pula satu realiti. Tapi mimpi itu juga yang sentiasa membayangi hidupnya. Ah, sukarnya menidakkan takdir sedangkan cintanya hanya untuk Hanif Ashman seorang. Jadi, bagaimana?

Dia tekad, dilema ini harus dinoktahkan. Siapapun yang terpilih, dia akur akan melimpahkan kejujuran sepenuh hati. Tapi, siapakah antara mereka yang bakal mengongsi hidupnya sepanjang hayat?

Aku Milikmu: Aleya Anessa-SOLD OUT


Harga Jual: RM 10.00
Harga Asal: RM 15.00


Wairah mempunyai kekasih bernama Aizam. Mereka sudah lama berkawan sejak kecil lagi. Hubungan itu telah diketahui oleh ibunya tetapi ayah Wairah tidak setuju dan minta Wairah memutuskan hubungan dengan Aizam. Pelbagai cara ayanya lakukan unutk memisahkan mereka hinggalah pada suatu hari Aizam telah ditangkap berkhalwat dengan gadis bernama Lin. Hancur hati Wairah bila mendapat tahu berita itu.
Akhirnya, Wairah membuat keputusan untuk ke Kuala Lumpur dan menetap di rumah sepupunya bernama Anizyah. Anisah telah bertunang dengan Nasir dan Nasir mempunyai seorang kawan karib bernama Ikhmal. Sebaik sahaja, Ikhmal memandang wajah Wairah dia sudah mula tertarik. Namun bagi Wairah, hatinya telah tertutup untuk lelaki.
Pelbagai cara dilakukan oleh Ikhmal untuk memikat hati Wairah dan pada masa yang sama kekasih lamanya, Aizam datang menagih kasih. Seringkali dia menelefon
Menyatakan hasrat hatinya. Wairah bingung memikirkan, Akhirnya dia membuat keputusan melanjutkan pelajaran ke luar Negara tanpa pengetahun Aizam dan Ikhmal.

Ria Qistina: Bikash Nur Idris-SOLD OUT


Harga Jual: RM 10.00
Harga Asal: RM 15.00


Cinta sememangnya wujud dalam diri setiap insan. Sesekali akal waras manusia lupa akan hakikat itu. Semuanya kerana dendam, sakit hati dan benci akan kenyataan yang terpaksa dilalui.


Ria Qistina seorang remaja tomboy yang telah kehilangan kasih sayang daripada keluarganya sejak kecil lagi. Pengalaman pahit yang pernah dilalui menghambatnya ke dunia ciptaan sendiri. Dendam membuatkan Qistina membenci cinta dan kasih-sayang seorang lelaki. Baginya, cinta itu pemusnah dan pembunuh kehidupannya. Seboleh mungkin, dia ingin menjauhkan diri dari perasaan itu. Namun, kemunculan Fadzli sekali lagi menambah deritanya. Salahkah seseorang itu andai mengorbankan cinta demi kasih pada ibu tercinta? Wajarkah dia menurut kata hatinya sendiri?


Kehadiran Zarif mengundang kekeliruan dalam diri Qistina. Zarif dengan egonya, Qistina bersama dendamnya terhadap cinta lelaki. Keduanya dipertemukan tanpa dirancang. Mampukah mereka berubah? Apakah Qistina akur dengan hakikat 'setiap manusia sememangnya dilahirkan dan dianugerahkan dengan perasaan cinta?'

Kasihku Arina: Mazni Aznita @ Anita Aruszi


Harga Jual: RM 22.00 ( New released)
Harga Asal: RM 25.90


Aku kehilanganmu... Aku mencarimu... Namun yang aku temui hanyalah bayang-bayangmu...



Sinopsis


Kehilangan adiknya di Mandaluyong Filiphina membuatkan Arina nekad mahu mencari Chayi. Namun pertemuannya dengan Alwiz, lelaki yang menculik adiknya telah mengubah perjalanan hidupnya.


Dia terpaksa membawa Alwiz pulang ke rumahnya dan membenarkan lelaki itu mengugutnya dengan alasan mahukan sesuatu dari ayahnya Fahrin Toh. Tapi tanpa diduga, kedatangan Alwiz dalam hidupnya lebih dari sekadar apa yang difikirkannya. Dia mula mengenali kisah silamnya yang telah dimomokkan oleh ibunya sendiri, Magdalena Anna. Lebih menyukarkan apabila dia mendapati dirinya mula jatuh cinta pada Alwiz.


Siapakah Alwiz yang sebenarnya dan kenapakah lelaki itu menculik adiknya? Apakah dia mampu menahan dirinya dari jatuh cinta pada penculik adiknya sendiri?Apakah rahsia yang menyelubungi hidupnya sehingga mengorbankan nyawa orang-orang yang disayanginya?

Secarik Harapan: Zulaila Zakaria-SOLD OUT


Harga Jual: RM 12.00
Harga Asal: RM 19.90





Tindakn Adham mengahwini gadis asing bernama Nattasha telah menimbulkan konflik dlm keluarganya yg telah merancang utk menjodohkan Adham dgn Izzah, anak Tn. Hj. Ibrahim. Akibatnya Adham bertindak menjauh kan diri dari keluarganya dan meninggalkan kampung halaman.


Kemunculan Aliya Nattalia, anak Adham telah membawa satu perubahan dlm kehidupan Tuk Wa, emak Adham. Dia mahu merapatkan kembali hubungannya dgn keluarga Haji Ibrahim. Kali ini Tuk Wa mahu menjodohkan Nattalia dgn Izzat Zaidi, anak bongsu Hj Ibrahim utk mendapatkan kembali tanah pusaka.

Namun malang tidak berbau, semasa Nattalia tinggal bersama Tukwa di kampung, dia telah diselamatkan oleh Zaidi dari lemas sewaktu bermain di tali air. Berputik perasaan cinta antara mereka. NNamun Adham menghalang hubungan cinta mereka.


Dapatkah Tuk Wa merealisasikan hasratnya yg telah lama terpendam utk menjodohkan Nattalia dgn Zaidi? APa pula tindakn Adham sterusnya?

Bila Hati Berbicara: Antasya Balkis-SOLD OUT


Harga Jual: RM 12.00
Harga Asal: RM 18.90


Emir Qasya adalah seorg lelaki muda bergelar jutawan. Kisah hidupnya selalu diintai wartawai kerana dia dikenali sebagai salah serg selebriti yang paling popular di Malaysia. Hidupnya sentiasa dilanda gosip liar dan selalu dikaitkan dgn model dan perempuan cantik.

Sejak Emir Qasya mewar-warkan akan mencari seorang perempuan utk dijadikan calon isteri, kehidupannya sentiasa diintip oleh wartawan setiap masa. gosipnya dgn Babe, seorg model cantik berwajah kacukan menjadi intipan lensa kamera wartawan.

Emir Qasya amat mementingkan darjat dan keturunan dalam memilih calon isteri supaya setaraf dgn kedudukannya. dalam masa yg sama, Emir Qasya berjumpa dgn seorang perempuan bernama Tania Katsura di dalam keadaan yang tidak terduga di kawasan rumah setinggan yang diberi nama Lembah Jingga.

Emir Qasya merasakan Tania Katsura seorg perempuan yg istimewa tetapi dia selalu menafikan hatinya jatuh cinta dgn Tania Katsura kerana dia merasakan yang Tania katsura tidak memenuhi ciri-ciri perempuan yang layak menjadi isterinya. Tetapi akhirnya dia sendiri memerangkap Tania Katsura dalam perkahwinan terpaksa kerana cabaran Badri Fathul sahabatnya yg paling baik ingin memikat Tania Katsura utk dijadikan teman istimewa.

Sesuatu telah terjadi dalam perkahwinan mereka kerana fitnah dan dendam Taufik terhadap Tania Katsura kerana tidak dapat memiliki gadis itu. Tetapi kerana fitnah itu juga hubungan mereka yang retak kembali bertaut.

'Dua mata saling bertatapan
Tiada kemesraan tetapi mengapa hati
berbicara sesuatu yang amat sukar
ditafsirkan oleh hati sendiri?'

Kalau Ada Cinta: Hana Emi Husna


Harga Jual: RM 10.00
Harga Asal: RM 16.90


Atas dasar simpati terhadap Pak Ngah Rafiq dan Mak Ngah Aisyah, Shahirah snggup berkahwin dalam usia muda. Pengorbanan yang diberikan oleh Pak Ngah Rafiq dan Mak Ngah Aisyah yang menjaga Shahirah setelah kematian keluarga memaksa Shahirah menerimanya. Isteri majikan tempat Pak Ngah bekerja menyuruh dia mencarikan calon untuk suaminya Fariz. Julia adalah isteri kepada Fariz. Orangnya cantik, barbudi bahasa dan bertanggungjawab namun disebabkan masalah kesihatan, dia rela mencarikan pengganti untuk suaminya. Fariz tidak bersetuju kerana Julia adalah wanita yang sangat dicintainya. Shahirah kebingungan. Sanggupkah dia hidup bermadu? Lagipun Shahirah tidak dicintai. Begitu juga dengan Fariz. Status isteri kedua membawa tanggapan negatif ibu mertua dan adik ipar Fariz. Mereka tidak menerima Shahirah dalam keluarga dan menuduh Shahirah merampas kebahagiaan Fariz. Perselisihan berlaku antara Fariz dan Shahirah. Akhirnya Shahirah membawa diri.

Semilir Cinta: Qismina Quraisyya-SOLD OUT


Harga Jual: RM 12.00
Harga Asal: RM 18.90


Mengisahkan pergolakan jiwa seorang gadis bernama Maryam selepas diselamatkan oleh Delaila, tuan punya sebuah kelab hiburan. Atas budi baik Delaila, Maryam diterima bekerja sebagai pembantu rumah dengan keluarga tersebut. Suatu hari, Maryam mengenali Akbar, adik ipar Delaila. Maryam mengesyaki Akbar lah lelaki yang memperkosanya pada malam tersebut.

Keadaan menjadi sukar apabila tunang Akbar, Tihani melarikan diri pada malam pernikahan dan ini membuatkan Delaila meminta jasa baik Maryam, bagi menggantikan tempat Tihani dengan sejumlah bayaran wang. Maryam terpaksa menerima memandangkan dia memerlukan wang.

Perkahwinan tersebut menjadi masalah pada Maryam kerana Akbar mahu mengekalkan perkahwinan mereka sedangkan Maryam tidak bersedia menjadi seorang isteri.

Dapatkah Maryam memegang tanggung jawab sebagai seorang isteri?

Adakah perkahwinan Maryam dan Akbar menjadi bahagia sedangkan mereka masih lagi bergelumang dengan dosa?

Ku Berserah: Ummi Ariza-SOLD OUT


Harga Jual: RM 11.00
Harga Asal: RM 17.90


Perkahwinan yang dirancang oleh keluarga bukanlah sesuatu yang mudah diterima oleh Safiyah dan Fahrin. Berat hati menerima keputusan keluarga namun atas desakan dan tidak mahu menyakiti hati keluarga, mereka bersetuju menerimanya.

Safiyah berasa amat tertekan dengan kemahuan keluarganya. Amylia, kekasih Fahrin adalah satu-satunya wanita yang diimpikan menjadi suri hidupnya terpaksa berkorban dengan membenarkannya berkahwin walaupun tidak merelakannya.

Kau Yang Istimewa: Alifah Juhaida


Harga Jual: RM 11.00
Harga Asal: RM 16.90


isah romantis ini berlaku dalam sebuah kapal Star Cruise dan satu pulau asing di mana pasangan tersebut terdampar selepas satu cubaan menculik.


Zarul dan Sarah dipaksa berkahwin kerana perjanjian dua sahabat yang sudah lama dimeterai. MEreka tidak mahu memungkiri janji. Majlis akad nikah berlangsung dengan jayanya namun sebelum majlis persandingan pengantin perempuannya telah melarikan diri ke utara tanah air utk bersembunyi. Zarul cuba menjejak Sarah dengan mencari rakan2 dan kenalan rapat Sarah.
sinopsis belakang buku:


"Tapi itu zaman mama dan papa dulu. dlm zaman moden ni, Sarah tak mungkin bahagia dalam perkahwinan tanpa cinta. Lebih-lebih lagi sarah tak pernah jumpa dan kenal siapa lelaki tu," sangkal Sarah Darleena. Dia cuba mengawal nada suaranya agar tidak berkasar.


Sudah hampir kering air matanya kerana menangis mengenangkan nasib diri sejak papa dan mama mengkhabarkan tentang berita perkahwianan paksa itu kepadanya semalam.


Namun Sarah Darleena menurut jua meskipun hatinya membantah sepenuhnya. Dia akur meskipun di hati tiada kerelaan walaupun secubit.


Jauh di sudut hati terdapat sedikit gusar. Haruskah dia berterusan melarikan diri daripada Zarul? atau perlukah dia bersemuka dgn Zarul utk menyelesaikan masalah antara mereka supaya mereka sama-sama dapat meneruskan kehidupan masing-masing dengan aman? Tapi... mahukah Zarul melepaskannya? Jika Zarul tidak mahu menceraikannya, mana mungkin dia boleh berkahwin dgn lelaki lain.

Anugerah Cinta: Balqis Nur Thuraiya-SOLD OUT


Harga Jual: RM 9
Harga asal: RM 14.90


Mengisah kan tentang Hanis yang terpaksa menjadi pengantin gantian untuk kakak sepupunya Hani, setelah Hanis lari dari rumah 2 minggu sebelum majlis perkahwinan. Danish telah mengenakan syarat, bayar ganti rugi RM 300,000.00 atau Hanis menjadi pengganti Hani.Pada mulanya Danish dan Hanis mengambil masa untuk menjadi suami isteri yang sebenar. Setelah Hanis dapat menerima Danish, Hani kembali dan meminta Danish di pulangkan balik padanya..Nak tau ending..kenalah baca novel nie

Ku Ingin Bersamamu : Dyza Ainun-SOLD OUT


Harga Jual: RM 12.00
Harga Asal: RM 18.90


Kisah ini tentang Dida Qistina, gadis montel yang dikasihi ibu bapanya. Dia sentiasa menurut kata dan menyenangkan hati ibu bapanya. Bapanya terlalu ingin melihat dia bahagia dan berharap Ziqree yang baru putus tunang sudi menerima Dida sbg isteri. Ziqree terlalu bencikan wanita angkara Nina bekas tunangannya yg curang. Dia terkedu dgn tawaran kawan baik arwah bapanya yg pernah menabur budi kpd keluarganya.


Dia buat kontrak 2 tahun tu utk membuktikan samada Dida layak bergelar isterinya atau tidak. Ziq gembira dgn kehadiran Dida yg membuatnya tak kering gusi melepaskan tawa. Dida tidak tahu mengenai kontrak tersebut menyangka dia perlu berada di rumah Ziqree demi utk melangsaikan hutang bapanya dgn keluarga Ziqree. 2 tahun telah mengubah banyak perkara dalam diri Ziqree dan Dida. Ziqree menggunakan tempoh masa 2 tahunnya di New Zealand utk menguji Dida yg bertugas menjaga rumahnya di tanah air.


Ternyata Dida berjaya menceriakan rumahnya dan kepulangannya memekarkan rasa cinta antara mereka. Namun ada mata yg memandang dgn benci keakraban mereka. Ima sudah lama mengidam nak jadi bini Ziq. Dia sanggup lakukan apa saja utk memiliki Ziq malah dia mengugut utk menyimbah asid ke muka Dida. Owh lupa pulak Dida dah semakin langsing sbb ikut program menurunkan berat badan secara sihat.


Nau tak apa ending cerita nie..kena baca lah..Tapi saya bagi hint..Happy Ending...

Cinta Pertama: Haslinda Ismail


Harga Jual: RM 15.00
Harga Asal: RM 23.90


NISHA… dalam dilema kerana dianak tirikan oleh ibunya sendiri tanpa sekelumit kasih sayang. Melarikan diri adalah cara terbaik untuk membuktikan kebolehan diri pada ibunya. Dalam kegetiran dia belajar sebagai pelajar jarak jauh dan juga bekerja keras demi mencari wang untuk perbelanjaan dirinya, dia terpaksa berhadapan dengan peristiwa yang tidak pernah disangka-sangka. Dia terpaksa berkahwin dengan lelaki yang bukan pilihan hatinya kerana salah faham. Walaupun perkahwinannya tanpa dirancang tetapi dengan kehadiran lelaki yang bernama sang suami membuatkan dirinya bahagia kerana itulah cinta pertamanya.

Dalam membina kebahagiaan rumah tangganya dia berhadapan pula dengan bekas isteri suaminya, kerana salah faham dia juga telah dihalau keluar dari rumah oleh suaminya tanpa mengetahui bahawa dia sedang mengandung dan juga menghidap kanser rahim. Demi kasih sayang pada suaminya Irwan, Nisha juga merahsiakan penyakitnya dan ingin melahirkan anaknya walaupun dia tahu dirinya kini dalam bahaya. Adakah Nisha dapat mengembalikan cinta suaminya? Mampukah Irwan menghadapi saat-saat isterinya yang bertarung dengan maut untuk melahirkan zuriatnya?

Kasih Yang Satu: Hanny Esandra-RESERVED BY KAK ROKIAH


Harga Jual: RM 13.00
Harga Asal: RM 21.90


Pengorbanan Tengku Imran tidak pernah menyebelahi dirinya. Perasaan cinta yang menebal terhadap Muzna Karmila terpaksa dilupakan demi wasiat Almarhum Tengku Muazzam yang mahu Muzna Karmila dijodohkan dengan Tengku Neezam, kembar Tengku Imran.

Tengku Neezam yang sentiasa iri hati dengan kelebihan Tengku Imran mampu tersenyum puas apabila Muzna Karmila jatuh ke tangannya.

Dalam terpaksa, Tengku Imran merelakan. Namun, adakah perasaan kasih Tengku Neezam mampu mengalahkan panahan cinta Tengku Imran? Mampukah Raja Safura menakluk sekeping hati yang hanya untuk Muzna Karmila?

Jodoh Atau Cinta: Iman Nizrina-SOLD OUT


Harga Jual: RM 15.00 ( New Released)
Harga Asal: RM 19.00


Tengku Iman Umairah gadis yang jarang sekali menggunakan ‘Tengku’ di pangkal namanya berkahwin atas dasar kehendak datuk angkatnya yang juga datuk Aiman Danish suami kontraknya. Berkahwin menjadi tiket kepada Iman untuk menyambung pelajarannya di luar negara. Dibenci oleh ibu bapa mentua dan suaminya sendiri atas alasan perempuan kampung dan tidak berharta. Tetapi kebencian itu mulai surut selepas kematian datuk dan abang iparnya yang terlibat dalam kemalangan yang turut mencederakan Dato’ Arif bapa mentuanya.
Empat tahun hidup seperti gadis bujang tidak sedikit pun membuatkan Iman terfikir akan perpisahan. Walaupun Iman dan Danish lebih banyak membawa diri masing-masing, tetapi jiwa mereka seperti disatukan dari jauh. Rasa rindu,marah,geram,sayang bercampur aduk setiap masa. Apabila Iman disapa mesra lelaki lain,Danish melenting. Iman pula apabila Danish bermesraan dengan Maya,si gedik yang menyesakkan ,dia akan berjauh hati. Masing-masing saling menyintai tetapi ego lebih mengatasi.
Terlalu banyak peristiwa yang membuatkan cinta dalam diam mereka kembali menjadi satu. Dato’ Arif,Datin Hajar, Tengku Farid, Arissa menjadi tulang belakang cinta mereka. Saat cinta bukan milik mereka,jodoh mengikat mereka. Kala hati berirama cinta,jodoh seolah bukan lagi milik mereka. Jodoh atau cinta? Yang mana hak mereka?

Tanpamu Disisi: Rabihah Nur Ridhuan-SOLD OUT


Harga Jual: RM 16.00 ( New Released)
Harga Asal: RM 19.90


Memang benar cinta itu tidak memerlukan kita bertentang mata. Cukup hanya dengan kata-kata, hati wanita akan tersentuh jua. Begitulah episod cinta Zukhrina Syamimi dan Danish bermula. Cinta yang bermula di alam cyber. Adakah cinta cyber itu lahir daripada kasih nan suci? Tetapi mengapa disebabkan cinta cyber itu Zukhrina Syamimi terpaksa menanggung aib hingga kini? Lebih menyedihkan lagi dia hanya sempat menikmati alam rumah tangga hanya buat seketika apabila Danish meninggalkannya tanpa khabar berita. Adakah dia terlalu percaya dengan kasih suci itu? Mudahnya seorang lelaki menabur janji dan mudah juga mereka pergi. Sedangkan Zukhrina Syamimi terkapai-kapai sendirian setelah ditinggalkan suami dan keluarga. Dalam kepayahan Zukhrina Syamimi cuba bangkit demi sebuah harga diri. Dia tidak mahu terus mengalah pada putaran takdir yang tidak pernah berpihak padanya.

Akhirnya setelah dia berhempas pulas membina kehidupan yang penuh gemilang tiba-tiba lelaki itu hadir semula dalam hidupnya. Menjadi pengemis cinta padanya. Perlukah dia mengalah pada lelaki yang pernah menabur duri dalam setiap langkahnya dahulu? Sedangkan dia tidak mampu lagi untuk mengutip kasih ibu yang jauh tercicir.

Gerhana Di Hati: Dhieya Adlynna-SOLD OUT


Harga Jual: RM 12.00
Harga Asal: RM 18.90


Cinta letaknya di hati, meskipun tersembunyi namun getarnya jelas sekali."

Siapa sangka takdir telah menemukan kedua-duanya dalam satu kejadian yang tidak diingini yang seterusnya menjadi titik permulaan hubungan di antara mereka. Disebabkan takdir jugalah mereka di pertemukan sekali lagi sebagai majikan dan pekerja dan tinggal di bawah satu bumbung yang sama.

Namun begitu, demi ego mereka saling bertelagah sesama sendiri walaupun puncanya cuma sebesar hama. Saling bertikam lidah demi menegakkan pendirian masing-masing.

"Hei saudara! Saya tak kenal dengan awak dan awak tak kenal dengan. Jadi jangan masuk campur dalam urusan saya. Dan satu lagi, saya tak suruh awak jawab panggilan telefon saya tapi kenapa awak gatal sangat nak jawab?"

Siapa boleh menduga perjalanan hidup kita yang sememangnya hanya mengikut skrip yang telah ditetapkan oleh yang maha-ESA. Dalam benci-membenci akhirnya timbul satu perasaan aneh jauh di dasar hati. Cinta...Ya, itulah hadiah yang tidak ternilai yang di tinggalkan oleh yang Maha Pencipta untuk kita layari hidup yang sementara ini di buminya.

"Sebab Shah cintakan Wanie. Kali pertama Shah berjumpa dengan Wanie sudah ada satu perasaan aneh tapi waktu tu Shah buta. Shah Tak sedar yang itu adalah cinta. Shah tak sanggup kehilangan Wanie lagi. Shah betul-betul cintakan Wanie. Berilah peluang pada Shah untuk buktikannya."

"Saya bersama awak tapi fikiran saya pada orang lain. Saya pandang awak tapi wajah Fiqri yang saya lihat. Saya bercakap dengan awak tapi suara Fiqri yang saya dengar. Kejam kan saya? Saya dah tak sanggup lagi macam nie Shah." luah Hazwanie.

Berlalulah gerhana di hati dan sinarilah hati ini dengan bunga-bunga cinta. Hanya cinta yang dapat menilai erti cinta sejati.

Rinduku Milikmu: Rohani Abd Aziz


Harga Jual: RM 15.00
Harga Asal: RM 23.90


Aku terpinga-pinga. keberatan untuk menyambut cincin yg dihulur oleh Hairul itu. Mataku masih memandang Hairul. Lagi sekali aku meminta simpati darinya agar menyelamatkanku dari situasi yg menghimpit diri. mahu rasanya aku berlari keluar dan balik kerumahku. aku mahu menjerit rasanya. aku tersentak bila Hairul menyarungkan cincin itu di jari manis ku. sia-sia saja aku meminta simpati darinya. Bukannya dia tak faham malah dia yg menangkapku. Ya Allah, sakitnya hatiku ini dengan permintaan mereka.

Bila Hati Berbisik: Rehal Nuharis-SOLD OUT


Harga Jual: RM 13.00
Harga Asal: RM 20.90


Cinta tanpa berterus terang mampu memisahkan dua hati yang setia terjalin. Cinta yang tidak dilafaz membuatkan Nia dan Adam sama dingin walaupun sudah bergelar suami isteri. Perkahwinan antara mereka terjadi hanya kerana amanat. Adam menganggap Nia masih belum mampu lupakan Ariq. Nia menganggap Adam masih cintakan Melissa. Sejauh manakah perhubungan andai hati berbisik namun mulut tidak pernah berbicara?

“Lafazkanlah jika benar kata hatiku ini sama dengan kata hatimu. Jangan terus bermain dengan bahasa jiwa.” - Nia

“Memang benar cinta itu aneh. Samalah dengan cinta kita. Aneh... kerana sukar diluahkan, sukar dibaca bahasa jiwanya.” - Adam

Kasih Seharum Lavender: Eita Ashyta-RESERVED BY QAISARA


Harga Jual: RM 12.00
Harga Asal: RM 19.00


Pada suatu detik itu, dirinya mewah dengan kasih sayang. dia punya
Ummi yang penyayang, seorang abang yang perihatin dan Nurul Adlynn,
teman akrab yang dikenalinya sewaktu di perantauan. dia bahagia
walalupun di sebalik itu, kesabarannya sering kali teruji dengan
sikap majikannya, Ezany yang tidak pernah senang dengan kehadirannya.
Perlian dan bicara sinis lelaki itu menjadi halwa telinganya setiap
kali mereka bertemu. Hinggakan dia ada kalanya lelah dengan situasi
sebegitu!

Pertemuan dgn Tengku Hadif Zafran begitu unik. Terjadi di saat tidak
terduga dn tidak mampu dibayangkan. Aneh! Tapi mungkin itulah
dikatakan takdir. Pertemuan demi pertemuan akhirnya membibitkan rasa.
Bayu-bayu rindu mula menggamit sekeping hatinya buat lelaki itu.
Cintakah itu yang datang mengetuk pintu hatinya?

Seperti menyedari sikap keterlaluannya selama ini, Ezany berubah
sikap. Tanpa angin tanpa ribut yang membawa sebarang petanda. tutur
kata dan bicaranya sudah tidak se'panas' dahulu. Lebih lembut dan
gemar bergurau. Dalam diam dia menyenangi perubahan lelaki itu. Walau
di hati dia bimbang seandainya perubahan itu cuma sementera.
Mungkinkah?

Belum sempat dia berpeluang melayan perasaan yang hadir, Ummi tiba-
tiba saja ingin menjodohkan dia dengan Hadif. Dia terima biarpun pada
mulanya dia gusar dan keliru. Mampukah dia menjalin bahagia hanya
dengan rasa cinta tanpa mengenal lelaki itu terlebih dahulu?

Impian dan angan-angannya untuk hidup bersama Hadif berkecai apabila
dia mendapat tahu Nurul Adlynn turut menaruh perasaan pada lelaki
itu. Warna-warna kelukaan dan penderitaan mula mewarnai perjalanan
hidupnya. Dia sendiri buntu. Dia tersepit antara kasih sayang sahabat
setia, keinginan dan harapan seorang ibu yang melahirkannya dan
antara cintanya sendiri yang mula berputik.

Dalam setiap keputusan, ada akibat yang perlu dihadapi. Lantaran
kerana keputusan itu, dia hilang kasih sayang daripada seorang yang
amat dekat di hatinya. Dia reda walaupun kecewa. Namun dia tetap
berharap, suatu hari nanti kasih sayang itu akan hadir lagi dalam
hidupnya.

Dan setelah hujan berlalu pergi, ternyata ada cahaya mentari yang
menanti. Sayangnya cahaya yang diharap berpanjangan itu, hadirnya
sekejap cuma. Kehilangan insan yang paling bererti buat dirinya
melontarkan dia ke pelusuk duka. Sekali lagi. Benarkah sekeping hati
yang perlu dicari itu bukan Hadif pemiliknya? Mampukah kasih seharum
lavender itu terus dia kecapi?