Setulus Janji Segenggam Rindu: Haslinda Ismail


Harga Jual: RM 19.00
Mudahnya menabur janji, tetapi sukarnya untuk menepati. Harga sebuah janji tak terbilang nilainya. Tuluskah janji, jika ia bersulam pendustaan. Kerana harga sebuah janji Amizu Saffa kehilangan kasih tunang tercinta. Salahkah dirinya berusaha tanpa mengharapkan kemewahan keluarganya. Janji juga menyebabkan Amizu Saffa terpaksa melupakan cita-cita yang diimpikannya. Dalam payah, dalam jerih dia terus mengorak langkah, terus berjuang demi sebuah amanah yang disandarkan padanya. Dan demi sebuah janji, Amizu Saffa terpaksa merobek luka hati insan yang disandarkan padanya, Iskandar satu-satu insan yang bertaktah dihati. Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Manakah jalan yang harus ditujuinya, hanya kerana sebuah janji yang perlu dilunaskan. Dia tersandar sendirian dilembah sepi

1 Response to "Setulus Janji Segenggam Rindu: Haslinda Ismail"

  1. syasya says:
    July 7, 2011 at 8:07 AM

    mak saya ckap awk ada jual novel terpakai dengan harga RM6.00 btul ke ???

Post a Comment