Terbaru Dari Acik Lana 2014: Akadku Yang Terakhir

Tugas sebagai seorang Pakar Psikoterapi telah menemukan Rania Baheera dengan seorang duda yang tiga kali berkahwin, tiga kali bercerai tanpa sebab bernama Irham Zahri. Dan keengganan Irham Zahri untuk bekerjasama dalam setiap sesi terapi yang diatur menambahkan rasa sebal di hati Rania.

Hati yang rimas mula bergetar indah tatkala kehadiran Rania berjaya menghapus bayang-bayang silam dan menyuntik keyakinan buat dirinya. Usaha meraih kepercayaan Rania membuahkan hasil apabila cinta yang dihulur disambut penuh kasih. Dan sekali lagi lafaz akad nikah meniti di bibir Irham Zahri dengan tekad yang perkahwinan ini akan menjadi akadnya yang terakhir. Tiada lagi selepas Rania!

Tatkala dibuai keindahan menikmati alam berumah tangga, hubungan Rania dan Irham Zahri bergoncang dengan kehadiran Zalia yang menaruh dendam dan juga sikap melindungi Fazriq.

Mampukah akad yang dilafaz menjadi akad terakhir yang kekal sehingga ke hujung nyawa?

“Kerana aku mula mengerti betapa indah cintamu, Betapa agung dan tulus kasih sayangmu, Kini aku bersumpah, kau yang terakhir buatku….”

Promo: Arluna: Rin Ahmad


Sinopsis:-
Permulaan perjalanan hidup Nia Arluna @ Nina
sangat cliché.
1. Mula-mula terjumpa, terjatuh kat dalam kolam
di puncak Sands Skypark.
Eh, kau tak tengok side mirror dulu ke sebelum
brek?- NIA ARLUNA @ NINA
Emmm… errr... I’m not a car. Uh... I didn’t bring
side mirror while walking.- JOHAN ARIF @ JOE
2. Terjumpa lagi.
I macam kenal you. Kita pernah jumpa kat mana
ya? - JOE
3. Terjatuh cinta pula.
Kalau tadi dapat colour LUNA pun dah cakap ‘thank
you’, dapat hadiah lagi best ni jangan lupa cakap ‘I’ll marry
you’ ya.- JOE
4. Dah nak kahwin ni, ada pulak si penyibuk
Fazleen ‘udang galah’. Eh, dah kahwin pun muncul lagi?
Berjayakah seorang Arluna merubah plot hidupnya?
Atau dia tewas dengan hasutan syaitan? Atau dia tewas
dengan hak seorang isteri?

Promo: Suami Terhangat ; Rafina Abdullah


Menjadi seorang suami dengan memiliki pakej lengkap dari segi rupa paras, kedudukan dan kewangan yang kukuh, jalannya tidaklah mudah bagi Idzmir Damien. Dia yang sudah berkahwin dengan Nurshila dan mempunyai seorang anak perempuan bernama Puteri Felisha, sering menjadi perhatian wanita-wanita lain yang berkeinginan mahu berdampingan dengannya. Di tempat kerja, Idzmir menjalinkan hubungan sulit dengan Aiza yang memegang jawatan sebagai setiausahanya. Namun, pada waktu yang sama dia begitu menyayangi Nurshila dan anak perempuannya yang dipanggil ‘Uyi’. Setiap kali dia berhadapan dengan Nurshila, setiap kali itulah perasaan bersalah mula beraja di hati. Tetapi, Idzmir tidak seperti lelaki lain yang lebih menjurus tidak mempedulikan keluarga apabila mempunyai hubungan dengan wanita lain. Sebaliknya, dia lebih cenderung mengutamakan Nurshila dan Puteri Felisha dalam segala hal sehingga kadang-kadang dia mengabaikan Aiza. Cintanya kepada Aiza bukannya tidak ikhlas malah dia berniat mahu menjadikan gadis itu sebagai isteri keduanya. Namun, siapa sangka. Keadaan menjadi sebaliknya apabila Allah yang lebih berkuasa sudah merencanakan sesuatu. Dijauhkan Idzmir daripada Aiza apabila Nurshila mula menghidu kecurangan suaminya. Di sebabkan perkara itu, Idzmir mengambil keputusan untuk melupakan Aiza dengan menidakkan perasaan cintanya terhadap gadis itu kerana lebih mengutamakan Nurshila dan Uyi. Pelbagai isu yang cuba diketengahkan penulis di dalam naskhah ini. Berbagai konflik, emosi suka dan duka terkandung di dalamnya. Babak komedi dan romantis tidak dilupakan oleh penulis dan tidak terkecuali adegan thriller juga dimuatkan di dalam karya ini. Boleh dikatakan, kisah ini mengandungi seribu perencah yang boleh membuatkan anda tersenyum, ketawa dan bersedih. Di awal-awal cerita, pembaca akan membenci Idzmir tetapi pada akhirnya.... pembaca akan temui sesuatu dalam watak Idzmir itu sendir

Promo: Tirai Dosa Kelmarin: Arsha Wee

Nur Imanina - Lembut pada wajah tetapi bukan pada hatinya. Titik hitam yang tertinggal menyebabkan dia menjadi wanita degil, penuh dengan rasa dendam dan benci. Kehancuran hidup gara-gara perbuatan lelaki yang begitu dipercayai meletakkan Nur Imanina di jalan yang cukup kelam. Namun perkenalan dengan si kecil Zarif Aimin mengubah langkah kakinya. Terbit rasa kasih, terbina juga rasa sayang yang amat mendalam. Kasih sayang yang bertaut dengan Zarif Aimin akhirnya menemukan dirinya dengan Iman Faliq yang kelihatan serba sempurna. Iman Faliq – Biarpun mempunyai paras rupa yang sempurna, namun hati menggenggam erat kekesalan akibat dosa yang pernah dia lakukan di masa lampau. Dan kerana dosa kelmarin, ketenangan hidupnya sudah lama terhenti. Demi sebuah kemaafan dan keampunan, kini dia tercari-cari empunya diri yang pernah diragut kebahagiaannya. Kemunculan Nur Imanina yang lembut dan penuh kasih mula meruntun sanubari. Namun sebuah kenyataan maha hebat menyentak seluruh perasaannya, Nur Imanina adalah wanita yang pernah dianiaya suatu waktu dahulu! Jadi sekarang, layakkah dia melutut dan merayu demi sebuah keampunan? Dia inginkan kedamaian, inginkan masa depan yang lebih indah bersama insan yang pernah dia lukai, namun hati Nur Imanina begitu keras untuk dimiliki. “Kalau saya tak nak, apa awak boleh buat?” – Nur Imanina “Saya akan pastikan, takkan ada lelaki lain yang boleh kahwin dengan awak selain saya!” – Iman Faliq Namun takdir Allah mengatasi setiap percaturan manusia, akhirnya Nur Imanina dan Iman Faliq bersatu sebagai suami isteri yang sah. Tanpa jemu Iman Faliq cuba meraih kemaafan si isteri, dan dia berusaha menjadi suami yang baik demi membahagiakan Nur Imanina yang pernah dilukainya. Namun cukupkah beribu-ribu kasih sayang yang dicurah oleh Iman Faliq terhadap Nur Imanina? Dan mampukah terhapus dosa kelmarin tatkala ada hati yang masih terluka?

Promo: Jangan Benci Cintaku: Emy Roberto


Perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta tetapi cinta boleh datang bila-bila masa. Bagi Shahrizal, tiada sebab untuk dia tidak jatuh cinta pada Rafeeqa tapi bagi Rafeeqa, perkahwinan itu satu bebanan. Lantas, Sunderland dan sambung belajar menjadi alasan.

“Tak payah pergi boleh tak? Kat sini pun boleh sambung belajar.” – Shahrizal
‘A NO is always a NO Shah.’ Itu jawapan hati Rafeeqa.

Awalnya, Shahrizal masih melayannya dengan baik. Namun, segalanya berubah pada tahun terakhir dia di Sunderland. Dinginnya Shahrizal buat Rafeeqa mengesyaki sesuatu. Saat itu dia mula rasa kehilangan.

Kembali dan mahu berubah. Dia mahu menjadi isteri yang baik pada lelaki sebaik Shahrizal. Tetapi…..

“Your instinct was right. There is someone else besides you.” - Shahrizal

Pengakuan Shahrizal buat hati Rafeeqa retak seribu. Dia sudah terlewat rupanya. Shahrizal sudah ada orang ketiga. Tapi, dia tidak mahu mengalah. 

‘Make him fall for you!’- Damia

Ya! Dia akan berusaha agar Shahrizal kembali menyintainya. Cuma, Husna itu bukan sembarangan wanita. Usaha Husna untuk merampas suaminya kadangkala buat Rafeeqa mahu menyerah kalah.

“Fika, you’ve lose weight.” – Shahrizal
“Berat saya masih okey lagi, Shah.” - Rafeeqa
“Mari, saya peluk.” - Shahrizal

Jika dah tak cinta, kenapa masih mengambil berat? Kalau dah tak sayang, kenapa masih ingin membelai dan dibelai?

Siapa sebenarnya yang Shahrizal pilih? Rafeeqa yang berusaha untuk berubah dan menjadi isteri yang baik? Atau Husna yang berusaha untuk merampas dan menguasai semuanya?

Promo: Kahwin 6 Bulan Aje?! : Anabella

RANIA IXUNA Seorang gadis comel yang mempunyai pelbagai kelebihan. Kelebihan yang membuatkan semua mata membulat dan rahang hampir terjatuh setiap kali melihatnya. 

EMIR ENRIQUE… Seorang pemuda biasa dengan perangai yang biasa-biasa. Tidak menyangka hidupnya akan berubah apabila berkahwin dengan si comel yang digelar ‘raksasa’ oleh sepupunya itu! Si comel yang merupakan cinta pandang pertamanya!

“Sayang, sayang nak pakai baju pengantin warna apa?”

“Hitam.” - Ixuna

“Sayang ingat kita nak berkabung ke pakai pakaian pengantin warna hitam? Warna lain?” - Emir

“Warna kelabu tahi anjing.” - Ixuna

“Grrr… Lain?!” - Emir

“Lut sinar.” - Ixuna

“Dah gila nak pakai baju lut sinar? Nak suruh semua orang nampak badan kau tu ke? Bila dah kahwin nanti, diri kau hanya untuk tatapan aku saja!” - Emir

Itu cerita sebelum Emir menikahi Ixuna, selepas kahwin…

Emir ingin merasa air tangan isterinya, Ixuna malas nak layan… 

Emir hadiahkan bunga untuk isteri comelnya, bunga beralih tangan kepada kakak iparnya… 

Emir minta kiss, siku makannya! Dan Emir minta pelukan kasih sayang, seterika panas yang Ixuna berikan! 

Akankah berterusan ikatan perkahwinan yang diatur oleh kedua-dua belah keluarga itu? 

Atau terus terputus setelah tempoh tamatnya enam bulan seperti yang diungkap oleh si gadis comel rupawan lagi kuat makan itu?

Promo: Suamiku Mr.Blind: DanisyaRahmat

“Kalau kau buta lagi bagus. Tak adalah nak menyemak buat masalah di sekolah lagi.” Ain Syuhada, pengawas yang sebesar anak gajah itu ingin balas dendam kerana ditolak jatuh ke dalam lumpur sawah.

Racun serangga jenama Redinsect segera disembur ke muka Aidil Zafran. 

“Aku tak nampak apa-apalah!” 

Ah, sudah! Sungguh Ain Syuhada tidak menyangka racun serangga itu mampu meragut penglihatan Aidil Zafran. Kalau dia sanggup jadi hamba tebusan seumur hidup untuk membayar apa yang telah dilakukan kepada Aidil Zafran pun, dia masih tak akan mampu melunaskan hutangnya itu. 

“Jangan muncul di hadapan aku lagi. Aku tak mahu dengar nama kau lagi. Apa saja yang berkaitan dengan kau, aku tak mahu tahu.” – AIDIL ZAFRAN.

Cuma kalau dah namanya jodoh, larilah ke penghujung dunia sekalipun, pasti akan bertemu juga. Sebelas tahun kemudian… Aidil Zafran menerima seorang pekerja baru di syarikatnya.

“Errr… Saya Ain… Ain Syuhada Ismail. PA bos.” 

AIN SYUHADA muncul kembali dalam hidup Aidil Zafran tanpa dirancang sedangkan Aidil Zafran tidak dapat mengenal pasti siapa Ain Syuhada. Dah namanya pun mr. blind!