Promo: Bila Hati Kata Sayang : Marissa


Dia hadir waktu aku sudah bergelar tunang orang. Awal-awalnya, aku fikir hanya biasa-biasa saja, tetapi pada hujung-hujungnya, aku tahu semua itu bukan lagi sekadar biasa-biasa saja. Sudah menjadi sangat-sanggat luar biasa.

Aduhai… Kenapa dia macam syok sahaja dekat aku? Selalu buat benda-benda yang tidak aku jangkakan. Atau aku yang terlebih syok dekat dia? Kalau betul, apa yang harus aku lakukan? Minta putuskan tali pertunangan? atau aku kena lari bersama dengan si dia.

"Degil sangat ni kenapa? Nasib baik awak jauh."

"Kalau dekat kenapa?"

"Saya cium awak!"

"Encik nak ke cium saya ni. Kan saya kuli encik. Lalu ke encik cium saya?" Aku buat-buat gelak walaupun aku tak ada mood langsung nak gelak.

"Awak berani cakap macam tu sebab kita jauh. Kalau dekat nak cakap dengan awak pun susah. Betullah kata orang, bila jauh dirindu!"

"Eh! Tolong sikit. Siapa yang rindukan encik. Tak nak saya rindukan encik tu!" Cepat saja aku nafikannya.

"Betul? Betul tak rindukan saya?"

Aku diam. Tak boleh nak jawab. Sebab memang betul aku rindukan dia. RINDU GILA!
Bila Hati Kata Sayang

Akan tetapi, bolehkah aku terus-terusan merindui dia? Bolehkah aku jatuh cinta kepadanya sedangkan aku tahu, semuanya sudah benar-benar terlambat.

Setulus Janji Segenggam Rindu: Haslinda Ismail


Harga Jual: RM 19.00
Mudahnya menabur janji, tetapi sukarnya untuk menepati. Harga sebuah janji tak terbilang nilainya. Tuluskah janji, jika ia bersulam pendustaan. Kerana harga sebuah janji Amizu Saffa kehilangan kasih tunang tercinta. Salahkah dirinya berusaha tanpa mengharapkan kemewahan keluarganya. Janji juga menyebabkan Amizu Saffa terpaksa melupakan cita-cita yang diimpikannya. Dalam payah, dalam jerih dia terus mengorak langkah, terus berjuang demi sebuah amanah yang disandarkan padanya. Dan demi sebuah janji, Amizu Saffa terpaksa merobek luka hati insan yang disandarkan padanya, Iskandar satu-satu insan yang bertaktah dihati. Ikut hati mati, ikut rasa binasa. Manakah jalan yang harus ditujuinya, hanya kerana sebuah janji yang perlu dilunaskan. Dia tersandar sendirian dilembah sepi

Promo: Wajahku Wajah Siapa : Roziah Adama


RM 15.90
ISBN: 978-967-0184-64-7
~288 hlm
Bahasa Melayu
Adriana dan kembarnya Syafik merupakan anak angkat kepada Encik Atikullah dan Puan Maria. Sejak kecil mereka telah diberitahu bahawa mereka adalah anak angkat. Sehinggalah mereka berusia 17 tahun, mereka tidak pernah bertanya siapa ibu bapa mereka yang sebenar. Semasa menunggu keputusan SPM, Adriana mula terfikir untuk mengetahui asal-usul mereka. Walaupun memiliki keluarga angkat yang sempurna, dia masih mahu mengenali siapa ibu bapa kandungnya. Hasil maklumat yang diperolehi, ibu mereka berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Kebetulan yang tidak disangka, Encik Atikullah dan Puan Maria, menghadiahkan Adriana dan Syafik tiket percutian ke Sabah menyebabkan mereka bersemangat mencari ibu bapa sebenar mereka. Dapatkah mereka mencari ibu bapa sebenar mereka? Ikuti perjalanan pengembaraan Adriana dan Syafik. Sesungguhnya kasih sayang, persefahaman, rasa bersyukur, keberanian dan ketabahan amat penting dalam hidup. Malah menghargai apa yang dimiliki selama ini lebih penting dan bernilai.
Tarikh Terbit: 8 Jul 2011

Takkan Melupakanmu : Rosa Nur Imani


HARGA JUAL: RM 20.00
HARGA ASAL: RM 25.90
ISBN: 978-967-0184-77-7
~624 hlm
Bahasa Melayu
Anita dan penderitaan bagaikan sudah menjadi satu. Ibunya sudah lama bergelar arwah sementara ayahnya pula menghilang entah ke mana. Hidupnya di kampung bagaikan melukut di tepi gantang. Dia akhirnya terlontar di kota yang penuh cabaran. Di sana dia bertemu dengan Adrus Hakimi, Badrul dan Khaled. Adrus Hakimi sudah ada Manisah. Badrul sudah ada Rozana dan Khaled sudah punya Ellyana. Kalau Adrus Hakimi jatuh hati padanya kerana kenangan semalam yang dibawanya bersama, Badrul pula ingin memilikinya untuk melengkapkan egonya sebagai lelaki. Sementara itu, rasa simpati yang membuak-buak membuatkan Khaled jatuh cinta padanya lalu tega menggores hati teman wanitanya. Namun, dendam yang membara di sudut hatinya membuat dia tega bermain api tanpa mengira kalau suatu hari nanti api itu akan membakar dirinya sendiri.
Tarikh Terbit: 8 Jul 2011

Nak Beli Novel Fauziah Ashari: Bisik-Bisik Gelora


Harga Jual :Rm 25.90 + Rm 4.50 ( Sampul Pos Ekpress)

Ini buku brand new. Bukan secondhand novel. Berminat bole email: norazlinayusof@gmail.com

Nak Beli Novel Siti Rosmizah: 7 Hari Mencintaiku


Harga Jual : Rm 32.90 + Rm 8.00 ( Delivery charges menggunakan pos berdaftar).

Ini buku brand new, bukan 2nd hand novel. Berminat boleh email : norazlinayusof@gmail.com

Kalau hantar email cepat la sikit saya reply.tq

Cinta Kontrak : Nurul Ain Syuhada


Bila senduk bertemu kuali, buila api bertemu sumbu bom, bila cinta bertemu tuannya.
Harga Jual: Rm 20 + Rm 4.50 ( Delivery charges)
Note: Brand new novel not secondhand.

kobeng! Ayat aku tu! Yang kau sibuk-sibuk ciplak buat harta sendiri pulak apahal? Ayat aku tu milik aku secara rasmi tau tak!" Aku semburkan ayat-ayatku dihadapan wajahnya.

Nur Alia Airysha, seorang gadis yang datang dari kampung ke Kuala Lumpur dengan niat untuk mengumpul duit demi keluarga dan membiayai kos pembelajarannya. Dengan bantuan sahabat Alongnya, Kak Yati, Airysha bekerja di sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya.

Muhammad Danial Franz, seorang pemuda kacukan Perancis yang berkelulusan dari luar negara kembali ke Malaysia dan bekerja di bawah daddynya, Dato' Eddy disebuah syarikat besar.

Takdir menemukan Airysha yang brutal dengan Danial yang ego di butik mommy Danial, Datin Aleeya! Danial cuba mendapatkan Airysha tanpa merendahkan egonya. Danial membawa Airysha untuk bertemu orang tuanya untuk dikahwinkan. Tetapi perkahwinan ini bersyarat! Kontrak yang direka Danial dipandang remeh oleh Airysha.

Disaat akad nikah hampir tiba, Airysha menyusun strategi untuk lari!, Airysha mengambil keputusan untuk membatalkan kontrak tersebut. Lantas sekeping kertas yang tertera kontraknya, dibuang. Apa yang bakal terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan masih diteruskan? Bagaimana kehidupan Airysha selepas ini? Adakah masih terkurung disangkar yang disaluti emas? Bahagiakah dia? Bagaimana pula penerimaan Danial terhadap perangai brutal Airysha? Bila senduk bertemu kuali, bila api bertemu sumbu bom, apa yang akan terjadi?

"Kontrak! Kontrak! Kontrak! Tu je yang kau tau nak sebut? Yela! Yela! Aku yang buang. Aku tak puas hati dengan syarat-syarat dia. Ada ke aku sebagai seorang perempuan, kena tido atas sofa? Kau ni manusia takde hati, takde perut!" selorohku. Dalam masa yang sama, aku cuba melepaskan diri daripada rangkulannya. Danial mendengus perlahan.


Interested, boleh email to gmail saya.tq

Promo: Selamat Tinggal Sayang: Ma Lee Chuswan


Dapatkan di Pesta Buku selangor di SACC Convention Centre sekarang!!!!!

Sentuhan Kasih: Norhayati Berahim


SENTUHAN KASIH kembali lagi, terbitan Creative Enterprise.. Dapatkan novel ini di gerai NB KARA sempena Pesta Buku Selangor 2011, bertempat di SACC CONVEC, SHAH ALAM. 24 Jun - 3 Julai 2011, 10 pagi - 9 malam..

Bening Merah Jingga : Nazurah Aishah: Reserved By 'Kak Laila


Harga Jual: RM 14.00
Andai benar cinta, cintailah dia dengan hatimu yang tulus
Jika tidak janganlah biarkan dia menantimu dengan sia-sia!

Baca bab awal Benarkah Ellina dilahirkan tanpa ayah?

Gadis itu menghadapi pelbagai dugaan dalam hidupnya. Setiap detik nafas cintanya didatangi pelbagai cabaran hanya kerana status dirinya. Ehsanlah sentiasa menyokong dan membelanya tiap kali Ellina dihina dan dicerca.


Jadi dengan siapakah Elly akan bahagia kalau bukan dengan Ehsan, mama?


Tetapi... bagaimana mereka dapat bersama jika ayah Ehsan bukan setakat membencinya, malah memusuhinya terus-menerus. Apakah masih ada ruang dalam hatinya untuk lelaki lain? Wajarkah diberi sedikit hatinya yang sudah terluka itu pada Hannan Fakhri untuk dirawat sampai sembuh atau berikan sahaja pada Shahrul yang sudah berjanji mahu susah senang bersama?


Andai benar cinta

cintailah dia dengan hatimu yang tulus

Jika tidak janganlah biarkan dia menantimu

dengan sia-sia!

Hanya Dia Sufi : Lili Norlaili: Reserved By Kak Laila



Harga Jual: RM 13.00
2011

“Kenapa diam? Tak ada apa-apa yang nak ‘diupdatekan untuk one night husband’ awak ni?”


 

ada rasa sesal setelah aku membuka luas hati ini untuk dia mentadbirnya


Ini kisah Sufi Najiha yang terlalu berahsia. Sufi Najiha memang sentiasa ceria, tapi siapa tahu apa yang berlagu dalam hatinya? Sudah begitu banyak dia menanggung derita; sudah begitu lama kisah silamnya tersimpul rapi. Dia dipaksa memilih dan akhirnya dia sendiri terperangkap dengan pilihannya itu. Dia tinggalkan sebuah cita-cita untuk sebuah kebahagiaan yang bukan miliknya.


Tapi sampai bila, dia harus mengalah dengan hati?

Setelah sepuluh tahun berlalu dia bertemu semula dengan ‘suami semalam’nya itu semula.


“Kenapa diam? Tak ada apa-apa yang nak ‘diupdatekan untuk one night husband’ awak ni?”


Bagaimana untuk membuang Shah daripada hati, kalau dia tidak pernah sekali pun melupai ‘suami semalam’nya itu.

Promo: Nuansa Kota Merah : Khairyn Othman


Baca bab awal


 

Babak 1:

Dina menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Aaron Mauricio, tetapi dengan cepat lelaki itu mengangkat kedua-dua tangannya. Dia tidak menyumbangkan segaris senyuman. Dina dapat merasakan renungan tajam di balik tabir cermin mata hitamnya. Dina mengerutkan dahi. Boleh tahan sombong juga lelaki ini!


Babak 2:

Matanya liar mencari sasaran. Apabila sasaran sudah ditemui, Salma terus menumpukan sepenuh perhatiannya lalu melepaskan tali panah. Anak panah bermata tajam yang sedia bersalut racun berbisa terus meluncur laju membelah angin langsung menikam mangsanya.


Babak 3:

Shuaib, lelaki bersemangat waja yang mengetuai satu kumpulan kecil mujahidin tergamam ketika Razi memberitahu, “Abi berwasiat padaku, bahawa dia mahu kau dijodohkan dengan Salma.”


Bagaimana mungkin cinta antara dua benua, dua zaman, dua bangsa, dua peradaban dan dua kepercayaan boleh bersatu dalam Nuansa Kota Merah?
Bagaimana mungkin cinta antara dua benua, dua zaman, dua bangsa, dua peradaban
dan dua kepercayaan boleh bersatu dalam Nuansa Kota Merah?

Promo: Srikandi Vs Arjuna : Izza Aripin


Zarida dan Zaihan belajar di universiti yang sama. Emosi gadis itu tersentak tatkala sering dibuli dan dipandang rendah oleh lelaki itu. Dia berang kerana lelaki itu sanggup berkasar dengan perempuan. Memang lelaki itu menang peraduan fizikal, tetapi dia yakin lelaki itu tunduk dalam pertandingan hati dan perasaan.

Zarida bertekad mahu membuatkan lelaki itu jatuh cinta Kepadanya. Selepas lelaki itu rebah di pangkuannnya, dia akan memutuskan hubungan mereka, dia akan leburkan kasih tu sebagaimana besi dicairkan. Biar semangat jiwa Zaihan punah, biarkan lelaki itu patah hati. Itu rancangan balas dendam Zarida kerana Zaihan yang berlagak dan dingin itu telah memalukannya dulu.

Sebaliknya, setelah hubungan mereka semakin rapat, pendiriannya mula goyah. Personaliti Zaihan membuatkan hatinya terpaut. Namun, ada satu rahsia dalam sisi hidupnya yang belum diketahui oleh lelaki itu. Dia tidak keruan kerana hakikatnya dia tunangan orang.

Promo: Kemahuan Hati : Fida Rohani


NADIA terpinggir di rumah anak-anak yatim. Berpuluh tahun dia terpisah daripada keluarga setelah kematian ibu. Dia kembali menjejak darah daging yang menghilang entah ke mana. Hanya itu impiannya sejak dulu.

Sebagai manusia, dicurahkan kasih sayangnya pada anak-anak jiran yang kehilangan ibu. Kemesraan mereka menambat hati si ayah. Roslan mahu melamar Nadia sebagai pengganti arwah isterinya. Namun, Nadia ketepikan soal perasaan. Baginya, impian bertemu keluarga melebihi segala-galanya.

Latif pula sudah lama menaruh hati pada Nadia sejak mereka sama-sama menghuni rumah anak-anak yatim. Cinta itu dibawa hingga ke dewasa. Ketika kata cinta dilafazkan, Nadia tetap memberi jawapan yang sama seperti Roslan.

Makna cinta bagi Nadia adalah ketulusan. Siapa jua jodohnya, hanya ALLAH Yang Maha Mengaturkan. Impian itu harus diburu terlebih dulu kerana ada isi sejarah keluarganya yang dia perlu tahu.

Promo: Gelora : Ma Lee Chuswan



Adam  dijadikan sebagai anak angkat oleh Dato’ Mustaffa setelah ayahnya yang bekerja di syarikat Dato’ Mustaffa terbunuh di dalam satu nahas pesawat. Setelah menganakangkatkan Adam yang ketika itu berusia enam tahun, isteri Dato’ Mustaffa akhirnya mengandung dan melahirkan Mila Nur Adam.

Meningkat dewasa, Adam menjadi orang harapan Dato’ Mustaffa dalam menerajui Firma Perkasa. Adam menjadikan Firma Perkasa sebuah syarikat yang disegani di kalangan ahli-ahi korporat. Malangnya Mila pula merasakan kehadiran Adam membayangi hidupnya.

Jarak umur memisahkan Mila dan Adam. Adam bagakan seorang abang yang sentiasa melindungi dan ingin memastikan adik perempuannya menjadi seorang gadis yang sempurna. Pergerakan dan pergaulan Mila sentiasa dikawal. Sebagai seorang gadis remaja, Mila merasa diri terkongkong apabila setiap kesilapannya sentiasa dihitung oleh Adam. Mila merasa tertindas. Dia merasakan Adam seolah-olah ingin merampas kedudukannya di sisi Dato’ Mustaffa dan semua itu akhirnya melahirkan bibit-bibit kebencian di hatinya terhadap Adam.

Tidak berdaya dan ingin bebas dari cengkaman Adam, Mila menyambung pelajarannya ke luar negara dan hanya kembali selepas lima tahun kemudian. Dia berusaha menyaingi Adam dan menjadi orang baru yang tidak mungkin lagi diperkotak-katikkan oleh Adam. Namun Adam tetap seperti dulu – berkarisma, kental dan sukar digugat. Kegagalan Mila untuk mengatasi Adam dan merampas kembali teraju Firma Perkasa membuatkan perasaan dendam dan rasa bencinya terhadap lelaki itu kian membara.

Tanpa pengetahuan Mila, ayahnya telah merancang untuk menyatukan dia dan Adam di dalam sebuah perkahwinan. Mila membantah, tetapi demi kesihatan ayahnya dan juga kerana ingin mempertahankan haknya daripada jatuh ke tangan Adam, Mila akhirnya rela memperjudikan nasibnya dengan berkahwin dengan Adam yang dianggap bagaikan duri di dalam daging.

Bagi Adam, perkahwinan di antara dia dan Mila umpama mimpi menjadi nyata. Namun rumah tangga mereka bagaikan bahtera yang tidak henti-henti dilanda badai. Mila sentiasa dengan kerenah yang mencengkam perasaan. Tuduhan demi tuduhan dilemparkan. Rasa sangsi dan ketidakpercayaan beraja di hati. Tiada kasih yang disemai di istana mereka. Segalanya gersang. Adam hanyalah suami pada nama. Mengharap kasih bagaikan menunggu buah yang tidak mungkin gugur. Tetapi demi kasih yang terpendam sekian lama, Adam bertahan. Namun kesabaran manusia ada batasnya. Benteng kesabaran Adam akhirnya roboh ditunda Mila. Demi kebahagiaan Mila, Adam mengundur diri dan meninggalkan segala-galanya.

Malangnya setelah kehilangan Adam, barulah Mila menyedari kesilapannya selama ini. Barulah dia sedar bahawa lelaki yang dibencinya selama ini adalah satu-satunya lelaki yang benar-benar mencintainya. Akibat khianat, fitnah dan hasad dengki orang ketiga, dia jadi buta hati. Dia menyesal kerana sikap buruknya selama ini terhadap Adam. Malangnya terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Perasaan cinta yang tiba-tiba saja meluap-luap terhadap Adam kini membakar diri. Tanpa Adam dunianya hambar. Namun sudah terlambat untuknya berpatah balik. Nasi sudah menjadi bubur. Adam yang dituduhnya bersikap tamak, ingin menjulang nama menjadi raja telah pergi sehelai sepinggang….

Syurga Di Wajahmu: Laila Hanni-RESERVED BY KAK LAILA


HARGA JUAL: RM 14.00
Hairi telah diarahkan untuk membuat penyelidikan tentang hal ehwal kesihatan penduduk di sekitar kampung dan telah ditempatkan di kampung yang sama didiami oleh gadis pemalu bernama Idayu. Bibit cinta mula hinggap di hati Hairi sewaktu dia bersiar-siar di kawasan belukar yang cantik lagi nyaman yang juga sebenarnya merupakan tempat rahsia Idayu untuk menghiburkan hatinya. Pertemuan pertama Idayu dan Hairi, melebatkan lagi rasa cinta di hati Hairi terhadap gadis pingitan ini. Walaupun dirinya sukar didekati, Idayu turut sama merasakan apa yang Hairi rasakan. Setelah beberapa lama Hairi cuba mengambil hati Idayu, ibu dan juga bapa Idayu sendiri... Hairi memberanikan diri untuk memberitahu hajat di hatinya itu. Mereka akhirnya bertunang dalam tempoh perkenalan yang singkat. Namun rahsia yang terbongkar tentang diri Idayu menyebabkan Idayu berasa sangat tertekan dan menyebabkan dia rasa sangat terhina. Idayu kemudian memutuskan pertunangannya dengan Hairi tanpa memberi sedikitpun penjelasan yang meyakinkan pemuda itu.

Setelah tamat pengajian Idayu berkerja sebagai jururawat peribadi kepada Engku Maryam yang sangat cerewet dan garang. Idayu memilih bekerja sebagai jururawat peribadi di rumah agam itu hanya kerana ingin terus meminggirkan diri dari dunia luar dan segala kisah hitam yang menyedihkan itu akan terus terkubur.

Namun pertemuannya dengan Engku Lokman, cucunda kepada Engku Maryam telah membawa kisah kasih yang ingin sekali dihindari oleh Idayu selama ini. Engku Lokman seorang yang mempunyai gaya hidup bebas dan sangat liar. Dia yang sedari kecil membesar di negara Barat telah menyebabkan tidak mengamalkan cara hidup Islam dan langsung tidak tahu adat budaya Melayu. Kehadiran Idayu yang baginya hanyalah seorang gadis biasa yang berasa dari kampung, yang kolot pengetahuannya, yang tidak tahu bergaya dan sememangnya bukan citarasanya pada mulanya tidak diendahkan oleh Engku Lokman. Namun, kejadian di satu senja, telah menyebabkan Engku Lokman tidak mampu untuk menghindarkan gadis itu dari ingatannya. Terbawa-bawa dengan naluri lelakinya untuk memiliki tubuh mulus gadis itu, dia telah memperkosa Idayu semasa gadis mulus itu sedang nyenyak tidur. Segala perlakuannya itu dirasakan sesuatu yang biasa kerana dia begitu jahil tentang soal agama dan budaya.

Kejadian itu telah menyebabkan Idayu tidak betah lagi untuk terus tinggal di rumah agam itu walaupun Engku Maryam begitu menyayanginya. Tetapi apabila perlakuannya itu diketahui oleh ayahandanya Engku Badrul yang sangat menyesali diri kerana telah membiarkan anaknya terus hanyut dengan dunia bebasnya, dia dipaksa mengahwini Idayu. Selepas mereka diijab kabulkan, rumah tangga mereka diuji apabila Astri, kekasih gelap Si Engku Lokman kembali menuntut janji yang pernah dibuat oleh Engku Lokman. Perjanjian tiga bulan untuk menjadi suami kepada Idayu telah meletakkan Engku Lokman dalam keadaan serba salah.

Apakah yang akan terjadi seterusnya? Adakah Astri telah menyebabkan terlerainya ikatan suci yang juga sebenarnya mempunyai rasa kasih dan sayang yang terlalu dalam antara Idayu dan Engku Lokman tetapi dipendamkan? Mampukah Idayu mengubah suaminya dari dosa dan noda hitam? Sejauh manakah rasa cinta Engku Lokman terhadap isterinya itu mendalam? Bahagiakah mereka akhirnya? Dan Hairi, apakah kembalinya dia nanti, adalah hanya untuk menagih cintanya yang tidak kesampaian? Syurga Di Wajahmu ada kesudahannya.

Cantiknya Si Comot: Miazal Zahra: Reserved By Kak Laila


Harga Jual: 13.00

Promo: Di Sebalik Wajah: Elee Mardiana

Promo: Purnama Merindu: Nora Isma Fuad


William Shakespeare, Journey’s end in lovers meeting. Cinta menamatkan penantian ‘pungguk dan bulan’ yang berlaku dalam kehidupan watak-watak Kameel, Wulan, Rafique, Zara Orkhid dan Asmira. Perkahwinan yang bahagia antara Kameel dan Wulan, cukupkah untuk memberhentikan ‘cinta lara’ yang ditanggung selama hayat? Masih adakah peluang kedua bagi menebus kesilapan silam yang ‘hitam’ antara Kameel dan Asmira? Akan bertemukah Wulan lagi dengan si pungguk ‘Rafique’ yang lama dia nantikan? Bersikap skeptis terhadap lelaki, kedatangan ‘hero cinta’ cukupkah membuka hati Zara semula terhadap cinta?

Cintamu Cintaku Satu: Ana Sofiya-SOLD OUT


HARGA JUAL: RM 14.00
Taufik Azhari - Nurul Hana, lelah aku mengejar bayangmu. Pandang pertama membuat aku nanar mencari si bidadari. Pesonamu memukau pandangan, pilu air mukamu sentiasa segar di ingatan sehingga memadamkan sinisnya pertuturan. Bagaikan satu sumpahan, aku terus mencari siapakah dirimu. Lalu aku sematkan tekad di hati, engkau akan kumiliki dan hanya aku yang berhak menjadi pemilik sekeping hati milikmu. Takdir Tuhan menemukan. Kau hadir mengharap pertolongan dan aku pasti tidak keberatan, namun ada balasannya. Mungkin ini satu paksaan. Sungguh bukan niat untuk mengambil kesempatan tapi hanya itu cara yang aku punya agar engkau kumiliki. Akan aku bahagiakanmu, suri hatiku.

Nurul Hana - Kerana kasihku terhadap Irfan, apakah aku wajar dijadikan cagaran? Perlukah aku membuat perngorbanan sebesar ini? Sudah berulang kali aku katakan tiada cinta di hati untukmu, lalu bahasa apa lagi harus kulafazkan agar kau bisa mengerti? Taufik Azhari, engkau terlalu bijak mengambil kesempatan dalam kesempitan, sehingga aku tidak punya pilihan. Menolak bererti aku kehilangan Irfan, namun menerima bererti perasaanku harus kukorbankan. Aku keliru di persimpangan, antara wasiat seorang kakak dan sekeping hati ini. Yang mana harus aku utamakan?

Abang Khai Tomboi: Nuraqilah Syuhaida: Reserved By Kak Laila




HARGA JUAL: RM 15.00
Tak tau aku pelakon. Wei, dari mana kau qoute ayat tu hah? Dari Kamus Dewan Bahasa edisi ke lima ke? Aku tiap2 hari masuk tv. Macam mana kau boleh tak tahu aku ni pelakon?"

Hanya dgn pertemuan tanpa sengaja, membawa Rizal dan Khai ke pertemuan seterusnya, seterusnya dan seterusnya. Juga tanpa sengaja telah memutikkan satu perasaan yg aneh dalam diri mereka. Khai lebih senang untuk memendam perasaannya. Manakala Rizal risau dgn perasaan yg wujud dalam dirinya-risau akan tercetus perasaan songsang.

Dengan menepis perasaan yg kian bercambah, pelbagai dugaan datang menimpa. Dato' Rashid yg tidak sudah2 dgn dendamnya. Rizal yg ingin menuntut hak. Geng 23X yg mula membuat onar. Khai juga ingin mencari kepastian diri.

Bagaimana kesudahannya? Mampukah hati Dato' Razali dilembutkan? Berjayakah Rizal merebut hak yg dipertahankan? Tertumpaskah Geng 23X? Adakah segala yg berlaku dalam hidup mereka semua, mampu memperkuatkan rasa kasih yg sudah tersemai?