ANAKNYA ANAKKU JUA: ANARIF: SOLD OUT


Bakal Berada Di Nantikan Jun 2011 Ini! Kurela Cinta Ini Bertamu!



NURIL BAHANUDIN

KURELA CINTA INI BERTAMU



SEMENANJUNG: RM 24.00 / AHLI : RM 20.00
SABAH/SARAWAK: RM 27.00 / AHLI : RM 23.00
ISBN: 978-967-5067-74-7


SINOPSIS:

Cinta datang tanpa diundang, sebagaimana pertemuan tak terduga antara Qistina Balqish dan Daniel Muaz. Setiap kali berjumpa, setiap kali itu juga akan berlaku sengketa sehinggalah berlakunya sesuatu yang mengaibkan sehingga mengikat mereka kepada sebuah tanggungjawab. Tanggungjawab yang perlu digalas atas perbuatan tanpa sengaja oleh kedua-duanya. Suatu ikatan pernikahan atas keterlajuran sikap Daniel Muaz dan kecuaian Qistina Balqish sendiri. Pernikahan ini perlu dirahsiakan daripada pengetahuan kedua ibu bapa Daniel Muaz. Setelah tanggungjawab diambil, bagaimana pula mereka mahu melaksanakannya jika mereka sering tidak sehati sejiwa. Bila tiada mereka merindu, bila ada mereka tidak sebulu. Tanpa sedar bibit cinta antara mereka mekar di dalam hati. Namun, relakah mereka menerima cinta itu...?

Daniel Muaz: “Macam ni la... aku bagi kau seratus ribu, kau tutup mulut kau, okey?

Qistina Balqish: “Seratus ribu??? Awak ingat harga diri saya nilai macam tu, ya? Terlalu murah, tau tak? Huh, awak ingat awak mampu beli segalanya dengan duit awak tu? Saya tak kira, saya nak awak bertanggungjawab. Kalau tak saya buat report polis. Lagipun saya boleh sue awak, saya ada bukti yang awak ceroboh bilik saya,”

Daniel Muaz: “Aku tak sengajalah. Lain kali kunci pintu kalau tak mahu orang lain masuk. Kau sendiri yang cuai. Ada ke nak tidur tak kunci pintu. Apa kau ingat kau kat rumah sendiri ke?
Bakal Berada Di Pasaran Jun 2011 Ini! - Anaknya Anakku Jua!





ANARIF
ANAKNYA ANAKKU JUA



SEMENANJUNG: RM 22.00 / AHLI : RM 18.00
SABAH/SARAWAK: RM 25.00 / AHLI : RM 21.00
ISBN: 978-967-5067-78-5


sinopsis:


Apakah perasaan anda sekiranya anda terpaksa memelihara anak bekas kekasih anda? Itulah yang perlu didepani oleh Nisa’. Sudahlah semuanya berlaku dengan sekelip mata, terpaksa pula menghadapi kekasih yang sarat dengan perasaan cemburu dan umi yang sangat tegas lagi garang orangnya. Mujurlah ada abah dan Mala yang menyokongnya.
Daniel tidak boleh menerima kehadiran Hana di antara dirinya dan Nisa’. Padanya, bayangan Badri dalam bentuk Hana menggugat kasih sayang Nisa’ terhadapnya. Tertekan dengan sikap tidak matang Daniel, Nisa’ nekad memutuskan cinta mereka. Dia pasrah dengan kehendak takdir kerana sayangnya pada Hana mula menggebu. Hana adalah keutamaannya.

Tidak mahu kehilangan Hana, Nisa’ ingin menjadikannya anak angkat yang sah. Namun, status bujangnya mengekang proses tersebut daripada berlaku. Nisa’ perlu berkahwin untuk memiliki Hana sepenuhnya. Kehadiran Irfan merupakan penyelamat kepada Nisa’. Harapannya untuk mengambil Hana sebagai anak angkat menjadi cerah. Namun, perkahwinannya dengan Irfan bersyarat. Selepas mereka menikah, mereka akan bercerai. Dan Hana akan kekal berada di bawah jagaannya.
Tetapi rancangan mereka ini harus dirahsiakan, terutamanya daripada pengetahuan umi. Umi masih belum dapat menerima kehadiran Hana sebagai ahli keluarganya.

Rancangan yang diatur berjalan dengan lancar. Nisa’ hampir-hampir boleh menarik nafas lega. Namun, kehadiran Shila yang tidak dialu-alukan oleh Irfan perosak segala-galanya.

Bagaimanakah Nisa’ dan Irfan menyelesaikan kemelut yang mengepung rumah tangga mereka sementelah mereka mula saling menyayangi? Bagaimana pula dengan umi? Bisakah dia menerima Hana sebagai cucunya? Shila… kenapa dia perlu menjadi perosak?
Segala-galanya bakal terjawab di dalam Anaknya Anakku Jua.

0 Response to "ANAKNYA ANAKKU JUA: ANARIF: SOLD OUT"

Post a Comment