Egois: Norhayati Berahim-SOLD OUT

Harga Jual: RM 13.00 ( Third party's Collection)


ATIA dan Fikri berkawan sejak di bangku sekolah dan kini sama-sama bekerja sebagai remiser. Hubungan mereka telah diketahui oleh keluarga masing-masing. Namun sebagai wanita, Atia tidak pernah mempamerkan emosinya sama ada dia menyukai Fikri sebagai kekasih atau sebagai sahabat.


Fikri yang memang menyintai Atia mula mereka cerita yang dia sudah bertunang kerana mahu melihat reaksi Atia. Atia walaupun tidak pernah mempamerkan emosinya sebenarnya memang menyintai Fikri. Dia berasa amat kecewa dengan berita pertunangan itu. Sebagai seorang remiser, Atia mempunyai ramai pelanggan dan salah seorangnya Lokman.


Lokman seorang yang male chauvinist akhirnya jatuh cinta pada Atia namun Atia menolaknya kerana bagi dia cinta tidak semudah itu beralih arah.


Selepas emak Atia, Ramlah meninggal dunia, Atia diberitahu oleh ayah mereka Ramlah mempunyai seorang kakak. Atia pergi mencari emak saudaranya yang dipanggil Mak Long mempunyai seorang anak bernama Azali. Kerana kecewa mendengar cerita pertunangan Fikri, Atia selalu mengunjungi Mak Longnya ketika hujung minggu. Dari situ, hubungan Atia dengan Azali bertambah rapat. Haji Idris melahirkan kebimbangannya apabila Azali mahu meminang Atia. Mereka tidak boleh berkahwin kerana mereka adik-beradik. Sebelum Haji Idris berkahwin dengan Ramlah, dia pernah berkahwin dengan Hasnah ataupun Mak Long, emak kepada Azali. Berita tersebut membuat Atia bertambah luka dan dia membuat keputusan untuk ke luar negara mengubati hatinya yang terluka.


Mendengar berita Atia mahu meletakkan jawatan, Fikri menjadi kelam kabut. Dia mahu menjelaskan perkara sebenar pada Atia tapi Atia enggan menerimanya. Akhirnya Fikri mahu tidak mahu terpaksa meminta bantuan Halimah, kakak Atia dan rakan-rakan sekerja untuk menculik Atia.

1 Response to "Egois: Norhayati Berahim-SOLD OUT"

  1. isamsimsum says:
    March 19, 2013 at 5:32 PM

    Salam,
    Maaf, sy ingin tahu, masih ade lg ke koleksi buku ni utk dijual?

Post a Comment