
Harga Jual: RM 15.00
Harga Asal: 23.90
Hati seorang Zahrul Azuan terluka bila isteri sendiri berlaku curang di depan mata. Namun yang lebih menyakitkan apabila saingannya bukan orang lain tetapi adik Hani Maisarah sendiri. Kerana terlalu menyanyangi, dia lebih rela menerima gelaran 'dayus' daripada berpisah dengan isteri kesayangan.
Kerana ingin membalas rasa sakit hati, Nur Indah diambil sebagai isteri. Nur Indah yang baik dan sabar dengan segala kerenahnya tidak pernah dihargai malah sering dilukai dan dinista. Kasih sayang terhadap Hani Maisarah tidak pernah pudar di hati.
Zahrul Azuan tahu dia mengumpul dosa dengan membenarkan kemungkaran di dalam rumah sendiri, namun rasa sayang terhadap isteri telah mengambus sendiri rasa bersalah itu apatah lagi bila dia sendiri tidak tidak pernah tahu arah kiblat.
Kesabaran dan ketakwaan Nur Indah sedikit demi sedikit meniupkan kesedaran di hati lelakinya. Nur Indah mula dihargai kehadirannya di dalam kekalutan jiwa dan hatinya. Kasih sayang Nur Indah yang tulus mula dirasakan indah di jiwanya.
Sayangnya, tika kasih sayang terhadap Nur Indah melimpah di jiwanya, Hani Maisarah menagih tempatnya di sisi seorang suami. Zahrul Azuan dibebani rasa serba salah yang amat antara Hani Maisarah yang masih disayanginya dan Nur Indah yang mula bertapak kukuh di hatinya...

Harga Jual: RM 13.00
Harga Asal: RM 20.90
Kenakalan Akmal Rezza membenihkan kebencian di hati Milia Ayuni. Kematangan Akmal Rezza membuahkan perasaan kasih di sanubari Milia Ayuni. Kesungguhan Akmal Rezza menyemarakkan api cinta di jiwa Milia Ayuni. Saat cinta mereka berpadu, mengapa harus ada rahsia yang tersingkap? Salahkah Milia Ayuni membawa lara hatinya saat Akmal Rezza terus membisu seribu bahasa, sedang segala rahsia telah terbentang di hadapan mata?
Rezza, belajarlah untuk menjadi seorang suami yang setia pada isterimu yang sedang sarat mengandungkan zuriatmu. Terima banyak-banyak kerana sudi melukakan hati ini. ~ Milia Ayuni
Ayuni, selagi nadi ini berdenyut, selagi itulah kau kucintai. Rezza yakin, Ayuni, kita sememangnya diciptakan untuk bersama. Rezza akan terus sabar menanti detik kepulangan Ayuni ke pangkuan Rezza. ~ Akmal Rezza

Kredit to : http://novelcinta.multiply.com
Harga Jual: RM 12.00
Harga Asal: RM 19.00
Ketakutan dan keresahan sentiasa mengiringi Ellynna. Trauma yg papanya ciptakan
sejak usianya tujuh tahun membuatkan Ellynna gentar utk menempuhi hari2 yg
mendatang. Setelah beberapa tahun berlalu, Ellynna cuba bangun semula membina
keyakinan diri yg tercicir. Dia menjadi seorg yg tabah dan tidak gentar pada
sesiapa jua. Dia hidup bersendirian setelah Jannah, mamanya meninggal dunia dan
abangnya kembali melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Namun, kecekalannya mula goyah semula apabila Haziq, bosnya yg berperangai
seperti papanya hadir dlm hidupnya. Insiden-insiden lucu sebelum ini berlalu
begitu sahaja. Dia semakin benci pada Haziq dan tambah tertekan bila wajah
papanya tiba-tiba muncul menagih 'hutang' di Cemara Holdings.
Ketakutan serta keresahannya kembali menghantui diri kerana papanya. Lalu, dia
sanggup menjadikan dirinya berada di sangkar emas Haziq. Betapa sukarnya utk
Ellynna menjalani hidup yg penuh ranjau. dapatkah dia menaruh setitis harapan
pada perkahwinan yg tidak dirancang ini? Mungkinkah dia mengecap kebahagiaan
sepanjang perkahwinannya dgn Haziq? Dan, wujudkah rasa cinta di hati Haziq utk
nya?
Suatu hari, dia terkedu apabila berhadapan dua lelaki ini yg rupa2nya punya byk
rencana utk memusnahkan hidupnya.

Harga Jual: RM 14.00 ( New Released)
Harga Asal: Rm 19.90
ALLYZA terperangkap dalam dunia cinta remaja. Cinta pandang pertama memusnahkan dirinya. Insan yang ingin dikasihi untuk selamanya mengkhianati kepercayaan yang diberi. Natijahnya, hati yang naif dan rapuh itu tidak mampu menanggung kehampaan dan kekecewaan. Dia dan Erry berpisah jua akhirnya.
Masa yang berlalu tetap tidak dapat memadamkan ingatan lampau. Dirinya yang tidak suci dirasakan tidak layak berdampingan dengan lelaki budiman. Sekeping cinta yang dihulurkan Haziq, tidak mampu dibalas. Dia malu untuk berterus terang mengenai keaiban kisah silamnya.
Tanpa disangka, Erry hadir semula dalam hidup Allyza untuk membuktikan keikhlasan janji yang pernah dilafazkannya dulu. Gadis itu gembira dengan kehadiran Erry di sisi. Barulah dia tahu bahawa Erry tidak bersalah dalam kejadian hitam yang menghantui dirinya. Kebahagiaan yang diimpikan, tetapi keperitan yang diperolehi. Saban hari dirinya dilukai dan disakiti. Akhirnya dia membawa diri. Allyza redha dengan apa yang bakal terjadi...

Harga Jual: RM 17.00 ( New Released)
Harga Asal: RM 21.00
Adrianna Mayesa (Ad), si tukang jahit yang rela berkorban demi keluarga tirinya. Walaupun dirinya tidak dihargai dan sering dipergunakan, namun itulah keluarganya semenjak ibunya meninggal dunia. Apatah lagi dia tidak pernah mengenali ayah kandungnya.
Takdir hidup menemukannya dengan Tengku Farriel Izumi (Iz) melalui satu salah faham. Dia yang pada asalnya diupah untuk menyamar sebagai kekasih Iz telah menjadi isteri akibat desakan Nenda Nerrisa. Setelah bergelar suami dan isteri, barulah Iz mengecam Ad, si tomboy yang pernah menjadi seterunya ketika di zaman persekolahan dahulu.
Maka, hiduplah mereka dengan pelbagai syarat dan perjanjian. Masing-masing menyakiti hati masing-masing.
Ad dikehendaki menyambung pelajaran supaya setaraf dengan Iz yang berpelajaran tinggi. Manakala Iz dikehendaki mengurangkan saiz badannya daripada XL kepada M, supaya sepadan digandingkan dengan Ad yang slim.
Setelah menempuh hidup bersama, cinta pun mula memekar di taman hati masing-masing. Ini membuatkan Iz keliru di antara cintanya terhadap Ad atau Marina, pujaan hatinya selama ini.
Kemunculan Tengku Ihsan, sepupu Iz a.k.a. playboy diraja telah mencabar ego Iz sebagai suami Ad kerana Ihsan terang-terangan cuba mencuri hati Ad.
Demi harta, Tengku Faris (papa Iz) tegar berkomplot dengan Mak Cik Midah (emak tiri Ad) untuk memisahkan Ad dan Iz. Dia mahu Iz mengahwini Marina yang berstatus jutawan.
Akibat komplot itu, sebuah rahsia yang tersimpan kemas selama ini pecah jua akhirnya.
Siapakah Ad sebenarnya? Apa kaitannya dengan Ann, cinta pertama Iz? Berjayakah rumah tangga mereka mengharungi segala badai yang mendatang? Semuanya bakal terjawab di dalam AD+IZ.

Harga Jual: RM 12.00
Harga Asal: RM 18.90
Dalam rela dan terpaksa Adam Khalis mengahwini bekas kekasihnya, Ameera Nadya kerana gadis itu disahkan menghidap barah usus. Ingin mengusir hati yang luka, Iza Masyitah melanjutkan pelajarannya di Maktab Perguruan Kota Bharu.
Namun kehadiran Adam Khalis sebagai pensyarah di maktab tersebut telah memutikkan kembali cinta mereka.

Harga Jual: RM 17.00 ( New Released)
Harga Asal: RM 22.90
Adam, anak orang kaya memiliki segalanya. Namun kerana kurang didikan agama dan kasih sayang, dia telah terjerumus ke dalam dunia keseronokan sementara. Kelebihan rupa paras yang dimiliki memberi peluang kepadanya untuk memperdaya gadis-gadis. Mulanya, dia turut berniat untuk memperdaya Nadya namun tanpa disedari dia telah jatuh hati dengan pekerti halus gadis itu. Hubungan Nadya dan Hafiz tidak disenangi Adam menyebabkan dia memusuhi Hafiz dan menjadi seorang pendendam. Pemergian Hafiz telah mengubah segala-galanya. Adam sedar akan hakikat diri dan mula berubah namun dia tetap tidak pernah berputus asa merebut hati Nadya walau sudah bertahun-tahun menunggu. Terimakah Adam di hati Nadya?